BERTAUBATLAH DAN LAKUKANLAH AMAL SOLEH

"Demi zatKu yang Mulia, Aku bersumpah demi Bukit Thur, demi kitab Al-Quran yang tersusun, demi lembaran-lembaran yang disebarkan, demi Baitul Makmur(tempat bertawaf para malaikat), demi bumbung yang dinaikkan(langit), demi lautan yang berbahang-bahang, Aku tak mungkin bersumpah tentang neraka kecuali mereka yang kafir, suka mengumpat, suka melaga-lagakan orang, orang yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang riyak, orang yang tidak membayar zakat, orang yang suka berzina, orang yang suka memakan riba, peminum-peminum arak, orang yang menzalimi anak-anak yatim, orang yang suka berdusta atau menipu, orang-orang jahat yang sentiasa menyakiti jiran kecuali MEREKA BERTAUBAT KEPADA ALLAH dan BERAMAL SOLEH ."

MARI BERMUJAHADAH !

Adapun orang yang bersungguh-sungguh untuk jalan Aku , maka Aku akan pastikan dia mendapat petunjuk Aku , yakni orang yang bersungguh-sungguh untuk bermujahadah .

JOM BERSYUKUR ! TIDAK MENGAPA , SIKIT PUN TAKKAN RUGI

Tidur sebenarnya adalah perjudian yang terbesar. Sebab itu bila bangun, saya rasa bersyukur. Sebab kalau Allah matikan saya masa tidur, saya sentiasa rasa saya akan bangun dengan berhadapankan neraka. Tetapi Allah bangunkan saya, tanda dia masih cinta. Maka siapakah yang bersyukur? Tetapi ramai yang alpa. Maka hari baru diisi lagi dengan ingkar dan dosa. "Sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur." Surah Saba' ayat 13. -Hilal Asyraf-

DO WE REALLY WISH TO GO TO JANNAH ?

Jannah, imagine you and your father were in the same age . Imagine when you show off your book with no shame . Imagine the nights with the sahaba with their stories to entertain . Imagine Prophet Muhammad s.a.w knowing your name . Gardens underneath which rivers flow . A goal so far and yet so close . A journey worth taking for those who know . Tell me do you not wish to go for more? You forgot and He forgave . He gave you guidance and you still strayed . You ask for mercy that He gave and more and more and more .

DEATH IS INEVITABLE

When Azrael came to pick us up, what would we say ? Could we say " I 'm not ready yet. Another day please ? " or " No , no , no. Not a suitable time right now . " or " Hey, can't you see what I'm doing right now ?! Totally busy !" or " Relax , bro. Life is only once . Let's have fun ." People, living a life is totally difficult. So busy and full of stress. Lots of obstacles we need to face. But still, DEATH always awaits us. Every seconds and every minutes. So, make the very best preparations to face it ! Tomorrow could never be our day.

VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Cahaya di Ufuk Barat

Amerika Syarikat merupakan lambang ketinggian tamadun Barat kini. Keupayaan ketenteraan yang tiada taranya serta pencapaian dalam pelbagai bidang di bumi bertuah tersebut memang tersohor dan boleh dikatakan, Amerika Syarikat adalah Ustaziatul Alam (Pemimpin Dunia) pada ketika ini. Ketinggian tamadun Amerika Syarikat diakui sendiri oleh penulis tafsir Fi Zilaal Al Quran yang masyur yakni As-Syahid Syed Qutb selepas tinggal sementara di negara itu, Amerika memiliki segalanya kecuali roh (roh Islam).

Peluang untuk berjaya yang dimanifestasikan sebagai the American Dream mengundang para imigran dari negara-negara luar untuk mencuba nasib, tidak terkecuali umat Islam. Berdasarkan sebuah laporan CNN, terdapat kira-kira 6 juta penduduk Islam di Amerika Syarikat. Ini menjadikan Islam agama kedua terbesar di negara itu selepas Kristian. Bagaimanapun, berbanding 1.4 billion umat Islam seluruh dunia, penduduk Islam di Amerika Syarikat masih sedikit.

Berikutan peristiwa 11 September 2001, pertembungan antara tamadun Islam dan Barat di zaman moden mencapai suatu tahap yang tidak pernah dicapai sebelum ini. Ini dibuktikan dengan penaklukan Amerika Syarikat ke atas Afganistan serta Iraq di samping persepsi umat Islam sebagai pengganas selepas peristiwa tersebut. Ini menimbulkan keresahan yang mendalam antara dua tamadun itu. Jika umat Islam di negara-negara Islam terasa bahang tekanan seperti kesusahan mendapat visa di samping pemeriksaan yang ketat di lapangan-lapangan terbang, bagaimana pula dengan warganegara Islam di Amerka Syarikat dan negara-negara barat lain itu sendiri?

Menurut Dr Walid A. Fatihi dari Sekolah Perubatan Harvard, Boston, Amerika Sayrikat, keadaan sebaliknya berlaku. Selepas peristiwa 11 September tersebut, masyarakat bukan Islam mula berminat bagi mengenali lebih lanjut tentang Islam. Dalam sebuah majlis anjuran Persatuan Islam Boston beberapa hari selepas peristiwa itu, lebih kurang seribu orang bukan Islam datang membanjiri tempat penganjuran dan bertanya tentang Islam dan ingin memahami ajarannya. Ramai yang hadir, rata-ratanya umat Kristian, menangis apabila mendengar ayat-ayat Allah dibacakan.

Firman Allah:

Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persabahatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya kami ini orang Nasrani". Yang demikian itu disebabkan karena di antara mereka itu (orang-orang Nasrani) terdapat pendeta-pendeta dan rahib-rahib, (juga) karena sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri. Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Qur'an) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata: "Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Qur'an dan kenabian Muhammad saw.) Al-Maaidah: 82-83.

Menurut seorang pakar dalam laporan The New York Times pada Oktober 2001, kira-kira 25,000 orang memeluk Islam di Amerika Syarikat setiap tahun, manakala laporan lain menyatakan 100,000 orang setahun. Kebanyakannya adalah masyarakat kulit hitam Amerika diikuti golongan wanita tanpa mengira bangsa. Bahkan, 4 daripada 5 saudara baru ialah wanita, suatu ironi kepada tanggapan bahawa Islam menindas wanita.

Jika dilihat daripada fenomena global pula, tanpa mengira peristiwa 11 September, Islam merupakan agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian dan merupakan agama nombor satu paling cepat berkembang di dunia. Sebuah laporan dalam Reader's Digest pada tahun 1984 menyatakan, dalam tempoh 50 tahun sebelumnya (1934-1984), agama Kristian berkembang sebanyak 47%, penduduk dunia bertambah sebanyak 136% manakala umat Islam berkembang sebanyak 235%! Kesedaran Islam juga berkembang dengan positif. Sebagai contoh, dua dekad dahulu, amat sedikit wanita kelas pertengahan di Mesir memakai tudung namun kini, kita boleh dapati banyak emporium-emporium yang menjual busana-busana Islam. Begitu juga di tanah air kita sendiri di mana kita dapati nasyid telah menjadi sebahagian daripada muzik arus perdana dalam sedekad kebelakangan ini.

Kembali ke Amerika Syarikat, kita dapati, antara faktor-faktor yang mendorong indidvidu-individu memeluk Islam ialah usaha kendiri mencari kebenaran, peranan media dan laman web kelolaan orang-orang Islam, ajaran Islam itu sendiri yang bertepatan dengan fitrah manusia seperti hanya ada satu tuhan, serta tiada unsur perkauman yang ditunjukkan dalam Islam seperti semasa solat berjemaah. Semua ini menidakkan tanggapan bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang. Kita dapati, kata kunci di sini ialah dakwah. Sungguhpun usaha kendiri mencari kebenaran turut memainkan peranan, namun usaha itu tidak akan berhasil tanpa sokongan para pendakwah Islam sendiri seperti penyediaan bahan bacaan tentang Islam, pencetakan Quran dalam bahasa Inggeris, dan kesabaran menerangkan dan menjawab pelbagai persoalan tentang Islam.

Sedari tadi perbincangan artikel ini banyak menyentuh fenomena Islam di Amerika Syarikat. Hakikatnya, Amerika Syarikat dianggap sebagai musuh Islam yang utama atas tindakan negara terbabit menyerang dunia Islam (Afganistan dan Iraq) serta menyokong penindasan berterusan zionis laknatullah terhadap umat Islam di Palestin. Namun, perkembangan Islam di negara musuh ini di samping usaha dakwah Islam di negara tersebut membawa sinar cahaya dalam dua bentuk kepada kita. Pertama, Islam mampu menyentuh hati manusia hatta di negara yang dikuasai orang bukan Islam sekalipun. Dalam konteks ini cahaya yang kita dapati adalah cahaya harapan kepada Deen Allah ini walau di mana jua, sekalipun di tengah-tengah kaum yang tidak beriman.

Firman Allah:

Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang-orang musyrik benci.Ash-Shof: 9

Kedua, jika di negara musuh Islam, usaha dakwah mampu berkembang baik, bagaimana pula dengan negara yang secara tradisionalnya adalah Islam seperti Malaysia? Dalam konteks ini, cahaya yang kita dapati ialah cahaya keimanan yang luhur yang mungkin mengatasi kita.

Firman Allah:

Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain, dan mereka tidak akan seperti kamu (ini). Muhammad: 38.

Oleh itu, sebagai meraikan cahaya di ufuk barat ini, ayuhlah kita berjuang di medan dakwah ini dengan penuh semangat dan iltizam!

Akhbar Mingguan iLuvislam Edisi Pengenalan

www.iLuvislam.com Im Koyube Editor : Im Koyube Alhamdulillah, akhbar mingguan iLuvislam(edisi pengenalan) telah pun siap dicetak. Akhbar setebal 40 muka surat dengan kertas berkualiti dan berwarna-warni, memaparkan isu kontemporari Islamik, dalam negara, luar negara dan pelbagai lagi kisah yang umat Islam dan bukan Islam. Ia sepatutnya dijadikan koleksi mingguan kita semua dalam usaha mencari cinta; cinta yang sempurna. InsyaAllah ia boleh didapati di pasaran bermula esok pagi dan akan sepenuhnya berada di pasaran pada hari Isnin. Menurut sumber, di mana ada jual akhbar Sinar Harian, di situ juga ada jual akhbar iLuvislam. Mengikut perancangan pihak pengurusan, insyaAllah akhbar ini akan dirasmikan pada 19 Disember 2009. Team event iLuvislam.com Malaysia bersama-sama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB) akan menganjurkan sebuah aktiviti istimewa sempena majlis pelancaran tersebut. Edisi pertama (01) akhbar majalah ini akan bermula pada 1 Januari 2010, setiap hari Jumaat, dijual dengan harga RM2.00. Dikesempatan ini, saya mewakili pihak pengurusan iLuvislam.com dan krew-krew iLuvislam.com, ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada CEO/Group Managing Director KKSB, Dato' Hussamuddin Yaacub, pihak pengurusan KKSB terutamanya Kak Fir (Penerbit Eksekutif), Abang Nong (Pengurus Perancangan Korporat), Abang Afif (Pengurus New Media), Abang RJ (Pengurus Pemasaran Jenama), Kak Salina (Managing Editor), Kak Fouziah (editor akhbar iLuvislam) dan semua individu yang terlibat dalam menjayakan penerbitan akhbar ini. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menukarkan suatu mimpi menjadi realiti. InsyaAllah, kita sama-sama doakan agar usaha sederhana dalam merancakkan lagi media islamik di Malaysia, akan diberkati oleh Allah SWT. Syurga Firdaus bukan mudah untuk dimasuki. Namun, itulah visi jangka panjang kami dan kita semua sepatutnya. Mari kita sama-sama muhasabah, apakah usaha dan komitmen yang kita lakukan untuk mencapainya. Jangan berlengah lagi, pastikan akhbar iLuvislam menjadi pilihan mingguan anda. Dapatkan edisi pengenalannya di pasaran dengan hanya RM 1! Pelaburan anda pasti berbaloi!

Dajjal Muncul Tahun 2020?????

(GENUIENE ARTICLE FROM http://apa-kenapa-bagaimana.blogspot.com/)

Dalam artikel lepas, ada satu perenggan yang menyatakan bahawa Dajjal akan muncul pada tahun 2020. Perenggan tersebut berbunyi begini: "Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020." Tahun 2020 bukanlah dipilih secara semberono atau kerana ramalan masyarakat kuno seperti Aztec dan Maya yang terkenal dengan ramalan-ramalan dan kalender yang sangat persis dan tepat, tetapi berdasarkan hadis Rasulullah dan ulama seperti Syeikh Imran Hussein. "Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa." Apakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis ini. Maksud di sebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein. satu hari terasa bagaikan setahun Pada waktu ini, Dajjal memerintah dunia melalui Britain. Waktu itu, mata wang pound sterling merupakan mata wang dunia dan mata wang yang paling mahal. satu hari terasa bagaikan sebulan pada waktu ini pula, Dajjal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat. waktu ini Amerika merupakan kuasa dan negara yang paling kuat. US Dollar menjadi mata wang dunia seperti apa yang berlaku ketika ini. satu hari terasa bagaikan seminggu Waktu ini, Dajjal akn memerintah dunia melaui Holy Land, Jerusalem (Israel). Dan bila Dajal perintah dunia melalui Israel, Israel akan jadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia. Sepertimana yang terjadi sekarang Israel seakan-akan kebal dari undang-undang dunia. Dollar amerika akan jatuh dan semua matawang di dunia ni akan turut jatuh Sekarang ini kita dah nampak tanda-tanda tu. Hanya emas yang akan kekal nilainya (jadi simpanlah emas banyak-banyak). Pasti ada yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan setahun, sebulan dan sehari seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah. Sekarang kita akan mula mengira. Menurut Islam, satu tahun syurga bersamaan 1000 tahun manusia. Berdasarkan hadis di atas Dajjal memerintah melalui Britain selama setahun, membawa maksud Dajjal memerintah melalui Britain selama 1000 tahun. Mengikut sejarah, Kerajaan beraja Britain bermula pada thun 900 M. Jadi, 1000+900=1900. Maka berakhirlah pemerintah di Britain dan beralih pula kepada Amerika selama sebulan. Pada 1917, Amerika Syarikat telah melibatkan diri ke dalam perang dunia (boleh tengok wiki) dan ini adalah langkah untuk menjadikan amerika sebagai kuasa dunia baru. Dajal memerintah dari sana seperti satu hari seperti sebulan. Jadi jika setahun bersamaan 1000 tahun, satu bulan bersamaan 1000/12=83 tahun... 1917+83=2000. Maka tamatlah pemerintahan Dajjal melalui Amerika. Cuba kita lihat apa yang berlaku pada tahun 2000, George W.Bush menjadi Presiden Amerika Syarikat. Selepas itu Dajal memerintah dunia melalui Israel pada 2000 dan menjadikan kita berada di satu hari yang terasa satu minggu an berlakulah pelbagai kekejaman ke atas umat islam yang didalangi Israel. 2001=World Trade Center (9/11)- Ini adalah konspirasi pihak Freemason sendiri untuk dijadikan modal menyerang umat Islam. Osama Laden adalah 'spacegoat' mereka. 2002=Afghanistan diserang dan ditawan. 2003=Irag pula menjadi mangsa. 2006=Lubnan pula diserang. 2009=Serangan ke atas Gaza. Semakin lama semakin cepat masa berlalu, peperangan berlaku dalam mase yang singkat. Selepas 9/11 Amerika Syarikat menubuhkan pangkalan tentera di 10 buah negara sepanjang Asia Barat. Ini untuk memastikan keselamatan Israel. As a Final Capital of New World Order! Setiap tindakan dan perang yang akan datang adalah untuk perlindungan dan keselamatan Israel. Untuk mempertahankan Israel sebagai kuasa utama dunia dan selepas itu bermula dari itu bermulalah fasa terakhir, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa. Seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Tentang 2012 pula ada pendapat mengatakan pada 2012 Planet Nibiru (boleh tengok kat youtube) akan menghentam bumi (ramalan masyarakat Maya mengatakan akan berlaku malapetaka besar pada 2012). Di sini saya jelaskan tanda2 kelahiran Imam Mahdi telah lama muncul, iaitu Pertumpahan darah di Mekah pada 1979 (rujuk internet untuk maklumat lanjut), 2 gerhana dalam satu ramadhan (1981 dan 1982). Tanda-tanda ini telah lama terjadi. Dan mengikut hadis rasullulah Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum Planet Berekor Nibiru (komet=berekor???) menghentam bumi. Di sini kita boleh kaitkan kronologi. Ok, jika betul Nibiru akan menghentam bumi pada 2012, bermakna pada 2013 Imam Mahadi akan dilantik di Mekah juga dikenali sebagai Haji Akbar. 2013-2020 (7 tahun). Imam Mahdi akan memerintah 7-9 tahun sebelum keluarnya Dajal al-masih. 2013-2020 (7 tahun). Anda sudah nampak kronologinya di sini? Ini bukan ramalan atau apa-apa. Ini hanyalah teori ulama (Imran N. Hosein). Segalanya adalah atas kekuasaan Allah s.w.t.. Jangan dijadikan pegangan, jadikanlah sebagai pengetahuan dan peringatan. Wallahualam.

Salahguna Nama Ijmak

Salahguna Nama Ijmak

SETIAP kali berlaku kebangkitan pemikiran Islam menghadapi cabaran baru sesuatu zaman kita akan dapati para penentang utama kebangkitan pemikiran Islam itu kadang-kala akan terdiri dari kelompok konservatif agama itu sendiri.

Mereka ini bimbang jika berlaku kebangkitan umat menghadapi cabaran baru mereka akan dianggap sudah ‘tidak laku’ atau menghadapi ‘tarikh luput’ di kerusi-kerusi empuk atas nama agama yang mereka duduk atau pengaruh agama yang mereka kuasai.

Mungkin juga yang menentang itu mereka yang bimbang apabila berlaku reformasi umat dalam mengembalikan ajaran Islam kepada sumbernya yang tulen iaitu al-Quran dan al-Sunnah akan menyebabkan aliran anutan mereka terjejas.

Mereka ini biasanya terdiri dari kelompok tarekat, juga kelompok agama yang selalu mengenakan caj atau bayaran yang berbagai-bagai atas nama agama. Mereka ini menjadikan agama sebagai sumber pendapatan.

Berbagai petua agama dari kesihatan sehingga kematian dikeluar serentak dengan berbagai bayaran pun dikenakan. Sehingga masyarakat merasa soal dunia atau harta itu kerja kita, soal akhirat atau agama itu kerja golongan agama.

Lalu mereka rasa mereka cari harta untuk hidup di dunia, sementara akhirat mereka serahkan kepada kelompok agama ini untuk uruskan dengan bayaran yang diberikan. Maka agama dijadikan alat untuk kuasa dan harta. Sebab itu kelompok ini akan menggunakan senjata agama dalam mempertahankan domain mereka ini.

Apabila ada yang menegur, bagi menjaga kedudukan mereka tuduh berbagai tuduhan. Antaranya, pengkritik menyanggahi ‘ijmak ulamak’. Maka golongan agama ini mendapat lesen besar untuk bercakap apa sahaja mengenai agama atas alasan mereka adalah ulama, jika menentang pendapat mereka bererti menentang pendapat ulama.

Jika menentang pendapat ulama bererti tidak berpegang kepada ijmak ulama. Sesiapa yang tidak berpegang dengan ijmak ulama bererti menolak sumber rujukan Islam yang ketika iaitu selepas al-Quran dan Hadis, al-Ijma’. Kesan, membawa kepada kekufuran.

Sehingga kita berjumpa orang awam yang disalahfahamkan menyebut ‘kita tidak boleh berpandukan al-Quran dan hadis sahaja, kita kena ikut apa kata ustaz kerana ustaz itu ulamak dan kita kenalah ikut ijmak ulama’. Bila ditanya dia apakah itu ijmak ulama? Jawabnya “Pendapat ulama-ulama kita la..”. Demikianlah atas kejahilan orang awam, atau sengaja mereka dijahilkan maka sebahagian pihak menikmati lesen besar untuk menggunakan agama atas tiket ijmak ulama.

Justeru, wajib kita fahamkan masyarakat apakah itu al-Ijma’ atau Ijmak Ulama Mujtahidin yang dijadikan sumber ketiga dalam pengambilan hukum-hukum Islam. Ijmak sebenar itu dijunjung dan dipegang. Cumanya, apakah itu al-Ijma’ yang sebenar?

Takrif bagi perkataan al-Ijma’ ini di sisi majoriti ulama ialah:

“Kesepakatan seluruh para mujtahidin (ahli ijtihad) dalam kalangan umat Muhammad s.a.w, selepas kewafatan baginda, pada sesuatu zaman, mengenai sesuatu hukum syarak”. (lihat: Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 1/490, Beirut: Dar al-Fikr).

Inilah takrif ijmak. Kita akan temuinya atau takrif yang hampir menyamainya dalam hampir semua buku usul fekah klasik dan semasa.

Dari takrif ini beberapa perkara mesti kita faham sebelum kita menamakan sesuatu perkara itu sebagai ijmak ulama, antaranya; ijmak itu adalah kesepakatan tanpa kecuali seluruh para ahli ijtihad pada sesuatu zaman.

Maksudnya, para mujtahidin tanpa pengira perbezaan mazhab fekah, tidak terbatas kepada empat mazhab sahaja, tidak kira di mana berada bersetuju dengan hukum berkenaan. Jika ada yang berbeza pendapat walaupun seorang, maka itu tidak boleh dianggap ijmak.

Bayangkan para mujtahid dalam berbagai aliran fikir dan mazhab yang sering berbeza boleh bersepakat dalam perkara tersebut. Maka betapa sukarnya untuk berlakunya ijmak sebenar melainkan dalam perkara-perkara yang jelas nasnya.

Maka sekadar kesepakatan ulama mujtahidin sesuatu mazhab, atau negara tertentu seperti Madinah, atau Mekah, atau Arab Saudi seluruhnya, atau Jordan, atau Indonesia atau Malaysia tidak dianggap ijmak kerana ia bukan kesepakatan seluruh para mujtahid (lihat: Dr ‘Abd al-Karim Zaidan, al-Wajiz fi Usul al-Fiqh, 180, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Maka dakwaan sesetengah kelompok agama di Malaysia bahawa ‘arus perdana’ atau main stream atau kebiasaan ulama Nusantara itu sebagai ijmak ulama adalah tidak tepat. Juga keputusan majlis fatwa mana-mana negara dalam perkara-perkara ijtihadiyyah (terdedah kepada pandangan yang pelbagai) tidak boleh dianggap ijmak ulama.

Kedua, kesepakatan itu hendaklah kesepakatan para mujtahid iaitu ahli ijtihad bukan tokoh agama, atau ustaz atau tok guru atau penceramah agama semata. Mujtahid bermaksud mereka yang sampai ke peringkat mampu beristinbat (merumuskan) hukum-hukum syarak dari dalil-dalilnya.

Mereka ini bukan sekadar muqallid atau hanya sekadar mengikut pendapat atau fatwa orang lain, sebaliknya mereka sendiri berkemampuan merumuskan fatwa dengan ijtihad sendiri, maka kesepakatan mereka ini yang diambil kira.

Adapun kesepakatan mereka yang sekadar memakai gelaran ulama sedangkan bukan ahli ijtihad dan masih bergantung kepada fatwa mazhabnya, atau orang lain maka kesepakatan mereka tiada nilaian dalam ijmak kerana mereka bukan mujtahid.

Sebab itu Dr Yusuf al-Qaradawi pernah menyebut:

“Tiada dalil wajib mengikut mana-mana imam mazhab sama dari nas al-Quran atau sunnah atau ijmak. Pendapat golongan muqallidin (pengikut mazhab) bahawa wajib mengikut mazhab tidak diambil kira. Ini kerana al-Ijma’ yang muktabar ialah kesepakatan para mujtahidin pada sesuatu zaman bukan kesepakatan para muqallidin” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Taisir al-Fiqh li al-Muslim Mu’asir, 38, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Apabila kita tahu hal ini maka jelaslah bukan senang untuk mendakwa sesuatu perkara sebagai ijmak ulama. Banyak perkara yang didakwa ijmak sebenarnya tidak ijmak. Sesetengah pihak mudah benar menyebut ijmak ulama sedangkan tidak demikian.

Umpamanya, dakwaan yang menyatakan ijma ulama wajib hukuman hudud ke atas peminum arak. Padahal ada dalam kalangan ulama mujtahidin yang berpendapat tiada hukuman hudud ke atas peminum arak.

Juga dakwaan Ibn Munzir bahawa telah berlaku ijmak menyatakan bahawa zakat harta tidak boleh diberikan kepada bukan muslim juga bercanggah dengan riwayat daripada al-Zuhri, Ibn Sirin dan Ikrimah yang membolehkannya. Inilah apa yang zahir dari mazhab Saidina ‘Umar bin al-Khattab. Banyak sentuhan penting lain yang disebut oleh Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai ijmak ini dalam bukunya Taisir al-Fiqh li al-Muslim Mu’asir .

Banyak perkara yang disebut sebagai ijmak ulama itu padahal hanya pendapat beberapa orang ulama atau ulama mazhab tertentu, atau negara tertentu, atau aliran tertentu, atau majlis fatwa tertentu bukan ijmak sebenar yang wajib kita mematuhinya. Tuduhan sesetengah pihak bahawa si fulan menyanggahi ijmak ulama itu belum tentu benar. Bahkan mungkin tuduhan palsu jika sekadar menyanggahi pendapat ulama kelompok atau aliran atau negara tertentu sahaja.

Pandangan ilmuwan atau ulama itu dihormati, tetapi bukanlah sampai ke darjat ijmak yang diwajibkan kita patuh tanpa bantah. Selagi ia bukan ijmak, padangan selainnya bukan diberikan. Kata Dr Wahbah al-Zuhaily:

“Kerapkali kita terjumpa dalam buku-buku mazhab fekah seseorang ahli fekah berdalil dengan perkataan al-ijma’ (ijmak). Kadangkala kita dapati dalam perkara yang mazhab-mazhab berbeza pendapat, tetapi setiap mazhab mendakwa ijmak menyokong pendapat imam mereka. Ini menjadikan ijmak berlaku dengan banyak. Kata al-Ustaz Abu Ishak al-Isfaraiini: “Kita tahu bahawa masalah-masalah ijmak lebih dari dua puluh ribu. Adakah dakwaan ini benar?! Adakah ini ijmak yang diiktiraf sebagai sumber ketiga syariat islam?! Inikah ijmak yang istimewa berbanding dengan ijmak dalam ilmu lain?! bagaimanakah mungkin untuk diserasikan perkataan para ahli fekah ini dengan apa yang disebut oleh majoriti ulama Usul fekah bahawa ijmak adalah hujah yang putus menjadi kafir sesiapa yang membantahnya?! Sebenarnya, tidak boleh dipegang ijmak-ijmak fekah ini melainkan setelah dipastikan dan diselidiki. Barangkali yang dikatakan ijmak itu hanya sekadar pendapat kebanyakan, bukan semua mujtahid. Boleh jadi hanya pendapat imam-imam yang empat sahaja, bukan selain mereka. Atau boleh jadi pendapat ulama mazhab tertentu, bukan selain mereka. Atau mungkin mereka tidak tahu ada yang berbeza dengan mereka. Biasanya mereka maksudkan dengan ijmak itu kesepakatan mazhab tertentu” (Dr. Wahbah al-Zuhaili, Usul al-Fiqh al-Islami, 1/488-489).

Maka jika anda memberikan pendapat yang berbeza dengan tokoh agama, atau ustaz atau majlis agama atau tokoh ilmuwan tertentu, bukanlah bererti anda menyanggahi ijmak ulama. Dalam banyak perkara ulama berbeza pendapat, anda berhak memilihnya dengan adil dan faham.

Berbeza dengan sesetengah ulama tiada salahnya jika ada alasan yang betul. Apatahlagi jika yang dikatakan ulama itu bukan ulama. Atau ulama, tetapi sekadar muqallidin sahaja. Jangan salahfaham maksud ijmak ulama dan jangan salah guna nama ijmak ulama!