VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

LAJNAH DAN EXCO

LAJNAH USRAH DAN TARBIYAH 
Visi
Melahirkan warga sekolah yang berpegang kepada konsep persaudaraan islam dan kefahaman islam yang syumul
Misi
Memantapkan ukhwah fillah antara warga sekolah seperti sebuah keluarga.
Menerapkan budaya saling menasihati dan perkongsian ilmu.
Mewujudkan sebuah komuniti warga sekolah yang saling membantu dalam memperbaiki mutu akhlak.
  Bidang-bidang tugas
Mengadakan usrah sekurang-kurangnya dua kali sebulan.
Menyusun modul-modul usrah untuk perbincangan ahli usrah dalam setiap sesi perjumpaan yang ditetapkan.
Mengendalikan liqanuqababersama ustaz sebelum sesi perjumpaan usrah.
Mentarbiyah warga sekolah melalui tazkirah sama ada dalam ceramah atau risalah-risalah yang dikeluarkan.

LAJNAH TAMRIN DAN KEGIATAN LUAR 
Visi 
Ke arah wahdatul fikrah.
Misi
Melatih bakal-bakal pemimpin cepat bertindak, tangkas, tepat dan mematuhi masa.
Melatih pelajar merancang, merumus, menyelaras dan melaksanakan tarbiyah islamiah.
Mendidik, menyemai dan menanam fikrah islamiyah dalam kalangan pelajar.
Melahirkan pelajar yang mampu berfikir, beramal dan bertindak berlandaskan syariah islamiah.
Mendidik ke arah wahdatul fikrah.
Bidang-bidang tugas
Mengendalikan urusan perhubungan dengan pihak luar.
Mengadakan kerjasama erat dalam menjalin persahabatan dengan badan-badan dakwah di SBP dan SMKA dan SMA lain.
Mengendalikan kursus-kursus dan kem-kem dengan kerjasama lajnah-lajnah lain.

 LAJNAH KEROHANIAN DAN IBADAH
Visi
Mewujudkan suasana penuh kerohanian di SBP Integrasi Temerloh.
Misi
Melahirkan pelajar yang berakhlak dunia dan akhirat.
Bidang-bidang tugas
Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.
Memenuhkan maklumat di papan kenyataan BADAR.

LAJNAH MUSOLLA 
Visi
Musolla terjaga ibadah sempurna.
Misi
Menjamin ibadah yang lebih sempurna berkonsepkan amalan 3K di musolla.
Menjadikan surau sebagai asas perpaduan ummah.
Menjadikan surau sebagai modus operandi pendidikan.
Melahirkan pelajar muslim dan muslimat yang seimbang jasmani, rohani, emosi dan intelek. 

Bidang-bidang tugas
Sentiasa memastikan surau dalam keadaan bersih.
Sentiasa mematikan surau mempunyai kelengkapan yang mencukupi.
Memastikan papan kenyataan surau terjaga.
Sentiasa memastikan surau dalam keadaan yang selesa kepada pelajar.

LAJNAH EKONOMI 
Visi
Membentuk modal insan yang berintelek dalam memajukan ekonomi di sekolah. 

Misi
Melatih individu bergiat aktif dalam bidang ekonomi sekaligus meneruskan dan meningkatkan dakwah islamiah di sekolah khususnya
Bidang-bidang tugas
Menguruskan jualan malam minggu BADAR.
Menjadi orang tengah dalam penjualan di kawasan sekolah dengan kebenaran guru peasihat.

LAJNAH TUGAS-TUGAS KHAS 

Visi
Membentuk peribadi muslim yang mantap dari segi akidah, sahsiah dan rohaniah.
Misi
Melahirkan insan yang berakidah mantap dan berfikiran kreatif.
Bidang-bidang tugas
Memastikan kekemasan bilik BADAR.
Memastikan kekemasan papan kenyataan BADAR.
Bertindak sebagai ahli jawantankuasa dalam membantu lajnah lain jika diperlukan.

LAJNAH BULETIN DAN PENERBITAN 

Visi
Tinta tamsil penyubur bi’ah solehah.
Misi
Menghasilkan risalah sebagai utusan dakwah.
Menyebarkan isu-isu berkaitan islam dalam bentuk penulisan.
Menjadikan majalah Qudwah Alhasanah sebagai medium tarbiyah dalam membentuk keperibadian pelajar.
Bidang-bidang tugas
Mengedarkan risalah BADAR.
Menerbitkan majalah Qudwah Alhasanah untuk memberi info keislaman kepada para pelajar.
Menyebarkan dakwah islamiah dalam bentuk penulisan.