VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Tasawwur Islam : Apa Itu Islam

PENGERTIAN ISLAM

Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hukum-hakam berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyah dan jamai'yyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Secara khususnya, Islam sebagaimana yang dikemukakan oleh ulama'-ulama' berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah adalah :

"Bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa"

Firman Allah swt,

"Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan dibumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan"

[Ali Imran : 83]

Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kepada Allah swt ialah redha menerima agamaNya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama yang diredhai Allah, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul a.s untuk disampaikan kepada manusia.

Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yang lengkap bagi mengatur  kehidupan  manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw daripada Allah swt, disampaikan kepada manusia serta menyatakan apa yang dikatakan mengenai orang yang mengikut dan menentang sama ada dosa dan pahala.

Firman Allah swt,

"Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam, maka dia tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti, dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi"

[Ali-Imran : 85]

Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada Rasulnya saw, yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah adalah perintah untuk disampaikan kepada manusia. 

Firman Allah swt,

"Wahai Rasul, sampaikanah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintah itu) bererti kamu tidak menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari gangguan manusia"

Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung aqidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.

Firman Allah swt:

"Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran di sisi tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka juga tidak berdukacita"

[Al-Baqarah : 112]

Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja, sekalipun dengan tidak ada iman di dalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa kepada penganutnya.

Firman Allah swt,

"Orang Arab Badwi berkata : "kami telah beriman". Katakanlah kepada mereka : "Kamu belum beriman", tetapi katakanlah : "Kami telah Islam, kerana iman itu belum masuk kedalam hati-hati kamu"

[Al-Hujurat : 14]

Islam merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap manusia, iaitu :

  1. Dari manakah ia datang ?
  2. Mengapakah ia dijadikan ?
  3. Kemanakah ia dikembalikan ?

Jawapan soalan yang pertama terkandung di dalam Firman Allah di dalam Surah Al-Haj ayat 5, Surah Al-Mukminun ayat 12-14 dan Surah At-Tariq ayat 5.

Jawapan soalan yang kedua, "Mengapahkah ia dijadikan" terkandung di dalam Surah Az-Zariyat ayat 56.

Jawapn untuk soalan yang ketiga, "Ke manakah ia akan dikembalikan" ada di dalam Surah Al-Insyiqaq ayat 6, Surah Ar-Rum ayat 11, Surah Az-Zumar ayat 7, Surah An-Najm ayat 42 dan Surah Al-Alaq ayat 8. 

Islam merupakan penghayatan yang sebenar  bagi manusia, merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan, merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi, memperbaiki masyarakat dan jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat kepada sesiapa yang melaluinya.

sumber

1 pandangan sahabat-sahabat:

Terima kasih atas penjelasan tentang Apa itu Islam yang sederhana tetapi cukup mudah dipahami...

Salam kenal