VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

TEKNIK-TEKNIK BERGADUH

Keluarga bahagia, impian semua

Pada era modenisasi kini, terdapat ramai antara kita yang berusaha bersungguh-sungguh dalam mencapai wawasan 2020. Namun begitu, dalam setiap usaha yang dilakukan, pasti terdapat 1001 macam kesulitan dan masalah yang melanda. Kebejatan ekonomi, bencana alam, keruntuhan moral, dan lain-lain lagi. Kenapa hal ini berlaku? Apakah sebabnya? Punca dan penyelesaian bagi masalah-masalah ini pastinya satu iaitu Islam.

Sidang pembaca yang dihormati sekalian,
               
                Bukankah agama Islam merupakan ad-Din yang membawa maksud suatu cara hidup yang lengkap? Apabila  Islam ditinggalkan, maka bersedialah menghadapi kehancuran! Antara masalah yang sering kita dengar adalah masalah antara ibu bapa dan anak-anak. “ANAK SAMAN BAPA!”…….. “BAPA SAMAN ANAK”……… “ANAK TERAJANG PERUT IBU SEDANG SOLAT”……… “ANAK MENGAKU IBU BAPA SUDAH TIADA” dan pelbagai lagi tajuk berita yang sering terpampang di dada-dada surat khabar kebelakangan ini.

                Bukankah telah dijelaskan di dalam Al-Quran, di dalam surah Luqman, ayat 14:
“Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 2 tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua-dua orang tuamu. Hanya kepada Aku kamu kembali.”

Dan dalam sebuah hadis, ada disebut yang mafhumnya:
“siapa yang tidak menyayangi, tidak akan disayangi.”

                Nah, bukankah telah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlu dihormati dan dimuliakan dan anak-anak pula perlu dikasihi dan disayangi?


                K ah, malas dah nak tulis karangan panjang-panjang. Aku sendiri baca pun naik bosan. Hehe…  kalau kita perhati karangan kat atas ni, pastu tengok pulak tajuknya, macam tak kena kan? Tapi sebenarnya memang ada kaitan. Memang semua orang tahu yang menghormati ibu bapa ni wajib. Tetapi, macam mana pula kalau ibu bapa yang salah? Contohnya ibu bapa yang berat sebelah.

                Anak pertama mintak skateboard, tak dapat. Mintak sweater arsenal, dapat,  tapi dapat jersi jek. Itu pun barcelona punya. Anak kedua pula, minta nak pergi kelas tambahan, kena marah, minta beli baju baru, kena maki. Anak ketiga pula, minta keluar jalan-jalan kat bandar, dapat RM 50, minta beli seluar jeans, dapat Levi’s original.

                Bayangkan kalau ibu bapa yang perangai camni, mesti susah anak-anak kan?  Walaubagaimanapun, hendak atau tidak, kita sebagai anak-anak wajib menyayangi ibu bapa. Sedangkan sahabat nabi, Mus`ab bin Umair r.a. - yang mana ibunya tidak menyukainya memeluk agama Islam - pun masih berbuat baik terhadap ibunya, inikan pula kita. Siapalah kita?

                Namun begitu, tidak semestinya kita tidak perlu berbuat apa-apa. Dalam sesetengah keadaan, kita perlu bergaduh dengan ibu bapa. Ya! Bergaduh! Tapi bagaimana? Di bawah ini ada disediakan beberapa cara bergaduh dengan ibu bapa.

1) Tumbuk
Haha…  standard ah bro, kalo x puas ati, tumbuk jek ah kan. Macam biasa buat kat sekolah dulu. Tapi nak tumbuk mak ayah, tak boleh sembarangan. Kita kena cari peluang baik, baru berkesan. Bila peluang tu? Haa… bila mak atau ayah kita lenguh. Mesti diorang cari kita punyalah. Kalau diorang tak cari, kita sendiri offer kat diorang. “ayah, angah tumbuk belakang ayah boleh? Nampak cam lenguh jek tu”.  Korang bayangkanlah kalau buku lima korang beratnya 500gram(0.5kg). kelajuan tumbukan pula  5meter per saat. Maka, dalam setiap tumbukan, korang akan menghasilkan sebanyak 2.5momentum(kgm/s). Korang mesti tumbuk banyak kali kan? Kalo seratus kali, dengan momentum yang  tidak berubah, korang sudah berhasil menumbuk mak atau ayah korang sekuat 250 momentum. Kalau korang tumbuk 4 hari seminggu, maka korang telah berjaya menumbuk mak atau ayah korang dengan kekuatan 1000 momentum! Amacam? Cuba dulu maaa…

2) Pemulauan
 Kalau korang takut nak tumbuk mak atau ayah korang, korang boleh cuba cara lain pula. Kalau tumbuk, korang kena buat sorang2, tapi idea kedua ni kena buat ramai-ramai. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. Tak gitu? Untuk menjayakan idea kedua ni, korang kena pakat ngan semua adik beradik yang teraniaya (kalau macam kes atas ni, along dengan angah lah) untuk bersatu padu memulaukan mak, ayah, dengan anak yang dimanjakan tu. Pulau macam mana? Korang pulau diorang sampai diorang tak boleh buat apa-apa pun kat rumah. Bila nampak rumah bersepah, korang kemas cepat-cepat. Jangan bagi peluang kat mak ataupun anak manja tu kemas. Kalau ada pinggan mangkuk belum basuh, korang basuh cepat-cepat. Kalau nampak tong sampah dah penuh, korang cepat-cepat buang keluar. Korang kena sentiasa cepat, barulah diorang ni(mak, ayah dengan anak manja) tak boleh buat apa-apa kat rumah tu.

3) busy-body
Teknik ni memang cukup berguna untuk balas dendam kalau korang tak puas hati dengan mak ayah korang. Aku sendiri masa ada sorang minah ni busy-body nak tahu hal peribadi aku, aku bengang tak ingat…(opss, kantoi). Haha…takyah pedulikan hal aku. Sekarang ni kita nak buat sesuatu sebagai balasan sikap pilih kasih mak ayah korang. Camne nak busy-body dengan mak ayah? Contohnya, kalau korang baru balik dari sekolah, korang jenguk dapur, tanya mak korang, “mak apa khabar harini?”. Bukan korang tak taw yang mak korang sihat, tapi saje nak busy-body. Pastu bila ayah korang balik dari kerja, korang tanya, “ayah, camne kerja harini? Penat tak? Nak along tumbuk?”. Kalau korang amal teknik ni, InsyaAllah dendam korang akan terbalas.

4) Lari dari rumah
Ini teknik yang paling aku suka. Sebenarnya ramai orang dah buat cara ni. Tapi mungkin sebab diorang salah kaedah, diorang tidak berhasil membalas dendam yang terbuku di hati, bahkan merosakkan lagi hubungan dengan mak ayah. Kalau nak lari dari rumah, kita kena tahu tempat mana kita nak pergi, kita kena pastikan juga samada kita cukup duit atau tidak untuk support belanja kat tempat baru, kemudian kena tahu juga mak ayah kita izinkan atau tidak. Aku pernah buat teknik ni, dan dengan kaedah yang betul, aku berjaya membalas dendam terhadap mak dan ayah aku. Macam mana yang aku kata dendam terbalas tu? Aku biarkan diorang tersiksa dengan selalu merasa rindu kat aku. Hahaha… korang kena cuba. Kaedahnya, belajar sungguh-sungguh, dapatkan keputusan peperiksaan terbaik, pastu, cari mana-mana badan yang sanggup sponsor korang untuk belajar di luar negara. Simple. Tapi teknik ni ada side-effect iaitu korang juga akan selalu merasa rindu kat diorang…(T_T)

Ulasan:
-apa yang aku kata berjaya balas dendam kat teknik-teknik di atas ni adalah korang berjaya mendapat kasih sayang daripada ibu bapa korang.
-teknik keempat merupakan teknik yang paling susah untuk dilakukan. Tetapi, andaikata korang tak mampu nak buat teknik keempat, korang masih ada tiga teknik lagi untuk diamalkan. (^_^)

Reaksi:

7 pandangan sahabat-sahabat:

alhamdulillah..artikel y sangat menarik..pendekatan ayat y digunakan pon simple n sng nk phm..i just like it very much!!

teknik2 yg sgt UNIK,,
alhamdulillah,,
semoga dpt menawan hati ibubapa
insyallah,,

teknik ke empat byk parents takkan faham dgn tujuan kite...:(

payah maksudnya masih boleh kan?
hehe...cuba dulu maa...