Jumaat, November 14, 2008
Tanpa Nama
MENGAPA PERLU BERJEMAAH DI MASJID / SURAU
Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesunggguhnya setan itu adalah serigala bagi manusia,sepertimana serigala yang menyerang kambing-kambing yang terpisah dari kumpulannya.Maka hati-hatilah kamu,jangan menyendiri di lembah-lembah tetapi hendaklah menyertai jemaah dan berada di masjid". Allah berfirman dalam hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Al Baha'ie dari Anas : "Demi Keagungan dan Kebesaranku,jika Aku hendak menurunkan azab atas penghuni bumi,lalu Aku melihat mereka yang memakmurkan rumah-rumahKu(masjid),dan yang saling kasih keranaKu,dan yang meminta ampun kepadaKu di waktu malam,maka aku elakkan azab itu dari mereka."
Kesimpulannya:Marilah saudaraku kita meluangkan masa untuk berjemaah di masjid!
Jumaat, November 14, 2008
Tanpa Nama
QH Bumper Aidilfitiri!!!!!!
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh diucapkan kepada semua pembaca Qudwah Alhasanah yang masih setia demi meneruskan dakwah islamiah. Kini telah diterbitkan QH edisi ke-16 "Bumper Aidilfitri". Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kami telah berjaya menerbitkan QH ini. Ini merupakan kejayaan kedua bagi Sidang Editorial QH sesi 08/09. Di kesempatan ini, saya sebagai ketua editor ingin mewakili semua ahli BADAR amnya dan ahli Lajnah Buletin khususnya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Diharap dengan kehadiran syawal ini dapat memberi keinsafan kepada diri kita.
"DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA"











