VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya blog Qudwah Alhasanah masih dapat bertahan sehingga hari ini. Pada tahun ini kami telah berazam untuk menerbitkan satu edisi majalah Qudwah Alhasanah setiap bulan. Kami berharap agar semua pembaca setia Qudwah Alhasanah mendoakan supaya azam kami ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi menyebarkan dakwah islamiah. Sesungguhnya orang yang membantu dalam memperjuangkan agama Islam akan mendapat bantuan daripada Allah. InsyaAllah pihak Lajnah Buletin BADAR SBPI Temerloh akan menerbitkan Qudwah Alhasanah edisi ke-17 pada minggu ini. Untuk tidak mengecewakan pengunjung blog ini yang bukan daripada warga SBPI Temerloh, InsyaAllah pihak kami akan mengusahakan perkhidmatan memuat turun Qudwah Alhasanah secara percuma. Di kesempatan ini juga, ana ingin memberi tahu bahawa pada 12 Februari 2009 ini, InsyaAllah ana akan berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengrjakan Umrah bersama ayah dan dua orang adik ana dan akan pulag ke tanah air pada 24 Februari 2009. Ana berharap agar semua pengunjung blog ini mendoakan supaya ana dapat mengerjakan umrah dengan sempurna dan selamat pergi dan selamat kembali dari Mekah. Akhir kalam, ana berharap agar Qudwah Alhasanah akan sentiasa maju dan lebih baik dari semasa ke semasa serta menjadi medium utama untuk berdakwah. Kepada BADAR SBPI Temerloh, ana mengharapkan agar kita akan sentiasa terus berjuang dalam menegakkan kebenaran dan menyebarkan dakwah islamiah. Sesungguhnya Amar Ma'ruf dan Nahi Mungkar itu adalah kewajipan bagi setiap muslim. Sekian, Wasalam. TAKBIR!!!!!!!!!

0 pandangan sahabat-sahabat: