VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Anda berada di tingkat yang mana satu?

PERTAMA: Tingkat ukhuwwah yang paling rendah Memenuhi dahulu segala keperluan kita dengan harta kita.Apabila masih ada lebih,maka bakinya itu adalah hak saudara kita. Segera memberinya sebelum ia meminta. Bila ia meminta,itu tanda kurangnya perhatian kita dalam memenuhi hak ukhuwwah. KEDUA: Tingkat Pertengahan Meletakkan saudara kita sebagaimana diri kita sendiri. Kita libatkan dan ikut sertakan saudara kita dalam mengaturkan seluruh harta yang kita miliki seakan-akan ia memiliki sebahagian daripada harta tersebut. Tingkatan ini selari dengan Hadis Rasulullah S.A.W:- “ Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri” Menurut Hasan Al-Basri,bagaikan orang yang memotong dua kain sarungnya untuk diberikan separuh kepada saudaranya. KETIGA: Tingkat Paling Utama -‘ITHAR’- Meletakkan saudara kita melebihi diri kita sendiri. Dalam mengatur keperluan harta,kita mengutamakan keperluan saudara kita dahulu,kemudian barulah menyelesaikan keperluan kita. Inilah hasil tarbiyyah agung Rasulullah kepada para sahabat.Misalnya: kisah tiga sahabat yang sanggup mendahulukan keperluan air kepada sahabat lain ketika selesai Perang Mu’tah yang mengakibatkan ketiga-tiga sahabat syahid. Dalam kisah lain Abu Hurairah ra. menceritakan, seorang lelaki menghadap Rasulullah S.A.W seraya berkata: "Saya sangat susah untuk dapat makan" kemudian,Rasulullah pun bertanya kepada para sahabat: "Siapa yang mahu menerima tetamu hari ini?" Seorang sahabat Ansar pun berdiri: "Saya, ya Rasulullah!" Ia pun pulang menjumpai isterinya dan berkata: "Adakah masih tersedia makanan?" Isterinya menjawab: "Ada, tetapi ini bahagian anak-anak kita malam ini" Si suami memberi tunjuk ajar: "Ajak anak-anak bermain. Bila mereka minta makan, tidurkan segera. Nanti ketika tetamu kita masuk,matikan lampu dan berbuatlah seolah-olah kita makan bersamanya." Mereka pun duduk dan si tetamu makan dengan seleranya, sementara keluarga anshar tersebut menahan lapar malam itu. Paginya, Rasulullah saw. berkata: "Luar biasa kalian dalam memuliakan tetamu" ingatlah!rakyat islam di negara-negara yang susah senantiasa mengharap pertolongan Allah dan pertolongan anda.Jadi,bagaimanakah cara anda menolong mereka di saat mereka kesusahan?"siapakah saudara kamu?"bersiap sedialah anda untuk menjawab pertanyaan tersebut di alam......xxxx

0 pandangan sahabat-sahabat: