VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

QH EDISI KE-19 TELAH DITERBITKAN!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada allah s.w.t. kerana dengan keizinannya dapat lagi kami menerbitkan majalah Qudwah Alhasanah (QH) untuk edisi ke-19. Walaupun dengan kesuntukan masa, ruang dan peluang serta tekanan dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia 2009, tetapi dengan kekuatan dan semangat untuk meneruskan dakwah islamiah di samping usaha untuk memuhasabah diri ini yang sering alpa dan lalai dengan duniawi, akhirnya penerbitan QH edisi ke 19 ini dapat diterbitkan dengan sempurna. QH edisi ke-19 ini merupakan keluaran yang terakhir dibawah pimpinan saya sebagai ketua lajnah buletin dan penerbitan merangkap ketua editor qudwah alhasanah sesi 0809. Dalam keterpaksaan ini, saya berasa amat sedih untuk meninggalkan lajnah ini kerana telah banyak pengalaman pahit dan manis yang telah dilalui bersama ahli-ahli lajnah yang telah membanting tulang bersama-sama saya dalam usaha untuk memperkasakan lagi gerak kerja dakwah.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru amnya dan guru-guru penasihat Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) SBP Integrasi Temerloh, yang telah memberikan sokongan dan bimbingan sepanjang penglibatan saya dan ahli-ahli lajnah dalam gerak kerja BADAR. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli lajnah buletin dan penerbitan 0809 yang telah banyak menyumbang dalam penerbitan QH selama ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan QH selama ini.

Akhir kalam, saya ingin memohon maaf kepada semua pelajar atas kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan selama ini. Saya berharap agar kualiti penerbitan QH akas terus dipertingkat dari semasa ke semasa pada masa akan datang.

Sekian, wassalam.

“DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

0 pandangan sahabat-sahabat: