VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

RU’YAH HILAL – SATU TUNTUTAN SUNNAH

Ru’yah Al Hilal atau melihat anak bulan merupakan tuntutan sunnah Rasulullah SAW.
Ru’yah Al Hilal atau melihat anak bulan merupakan tuntutan sunnah Rasulullah SAW. Ia merupakan syarat utama dalam penetapan awal bulan Ramadhan untuk membolehkan kita mengerjakan ibadah puasa. Sabda Rasulullah SAW Bermaksud :Berpuasalah kamu setelah melihat anak bulan Ramadhan dan berhari rayalah kamu setelah melihat anak bulan Syawal. Kalau ia terlindung dari penglihatan kamu maka sempurnakanlah bilangan bulan Syaaban tiga puluh hari. (H.R Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah R.A) Malahan dalam hadith yang lain Rasulullah SAW menegaskan : Jangan berpuasa sehingga melihat anak bulan dan jangan berhari raya sehingga melihat anak bulan melalui sabda baginda :- Bermaksud : Jangan kamu berpuasa sehingga melihat anak bulan Ramadhan dan jangan kamu berhari raya sehingga melihat anak bulan Syawal. Kalau kamu tidak dapat melihatnya disebabkan awan maka kirakanlah baginya. (H.R Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar R.A) Jelasnya daripada hadith di atas bahawa melihat anak bulan itu adalah asas manakala kiraan atau hisab hanyalah sebagai pembantu sahaja dengan syarat – syarat yang tertentu.Keputusan ini adalah yang telah dipersetujui di dalam Mu’tamar Islam Sedunia di Istanbul pada tahun 1978 dan di Amman pada tahun 1986 . Program melihat anak bulan adalah merupakan ibadah kerana menunaikan tuntutan Sunnah Rasulullah SAW yang dijanjikan pahala dan limpahan kasih sayang ALLAH SWT.

1 pandangan sahabat-sahabat:

wah...aku tau r gne alat kt atas 2...name die total station...mst org 2 tgh m'crp...then die akn srh surveyor calculate sket2 4 cofirmation psl anak bulan 2...