VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

HATI INSAN MUKMIN, GELISAH MENGINGATI ALLAH

HATI..
"Dalam satu ayat, Allah menyebut, maksudnya: “Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang” (Raad’ : 2). Memberi faham kepada kita, bila kita ingat dan terhubung dengan Allah, hati kita akan tenang. Namun, dalam ayat lain, Allah menceritakan bahawa: “Orang Mukmin itu bila disebut nama Allah, gementar hati mereka” (Al-Anfaal : 2). Pada kedua-dua ayat itu berlaku apa yang dikatakan sebagai “zikrullah”.

Atau dalam erti kata lain, ada terhubung dengan Tuhan. Tetapi, walaupun kedua-duanya berlaku zikrullah, satu ayat sebut hati menjadi tenang dan satu ayat lagi sebut hati menjadi gementar. Bagaimana boleh menjadi begitu? Apakah bila kita dengan Allah, adakala hati menjadi tenang dan adakalanya hati menjadi gementar?

Jawapannya begini: Bukan maksud hati orang mukmin itu berubah-ubah bila terhubung dengan Tuhan. Hati mereka sebenarnya mempunyai dua keadaan pada masa yang sama. Iaitu berkeadaan tenang dan juga berkeadaan gementar. Yang dikatakan tenang itu ialah tenang dengan dunia. Atau lebih terperinci lagi tenang menghadapi perkara-perkara dunia yang melalaikan. Atau dengan perkara-perkara yang boleh memesongkan hati daripada Tuhan. Lebih tepat lagi, maksudnya di sini, hati mereka tenang daripada dipengaruhi cinta dunia. Cinta dunia adalah ibu segala kejahatan. Dari cinta dunia, timbul berbagai kejahatan lain seperti ri'ak, ujub, hasad dengki, bakhil dan pemarah. Dari cinta dunia, orang menjadi lalai dan melupakan Tuhan. Sehingga mereka sanggup meninggalkan suruhan Tuhan termasuk sembahyang.

Tenang dari perkara dunia juga membawa pengertian bahawa hati mereka itu tidak tergugat dengan ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan cercaan manusia. Malah semua itu menjadi hiburan apabila hati sudah kuat terhubung dengan Tuhan serta memahami maksud ujian Tuhan tersebut.

Yang dikatakan gementar pula, ialah bila hati terhubung dengan Tuhan, timbul rasa takut dan cemas dengan Tuhan. Takut dengan Tuhan inilah yang membuatkan hati gementar. Mana tidaknya, orang mukmin itu sentiasa merasa berdosa. rasa berdosa inilah yang membuatkan mereka takut sangat dengan Tuhan. Takut Tuhan murka. Takut taubat tidak diterima Tuhan. Takut Tuhan hukum di dunia lagi. Takut Tuhan hukum di Akhirat dengan mencampakkan ke Neraka. rasa takut dan cemas inilah yang datang. Lebih-lebih lagi orang mukmin itu hatinya sentiasa mencintai Tuhan. Ketakutan bagi orang bercinta ialah putus cinta atau cinta tak berbalas. Itulah sebabnya hati orang mukmin menjadi gementar dengan Tuhan. Gementar itu membuatkan hati mereka sentiasa berkata-kata:

“Maafkan saya, Tuhan”
“Jangan tinggalkan saya, Tuhan”
“Saya banyak dosa, Tuhan”

Tuhan seluruh makhluk, Allah subhanahu wa ta'ala, berfirman mensifati sebaik-baik makhluk (Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam): Sesungguhnya orang-orang yang berhati-hati kerana takut akan (adzab) Tuhan mereka, dan orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Tuhan mereka, dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Tuhan mereka (dengan sesuatu apapun), dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut, (karena mereka tahu bahwa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Tuhan mereka. (QS. Al-Mu'minuun: 57-60).


Dari 'Aisyah radhiyallahu 'anha, ia berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini, Dan orang-orang yang memberikan ayat yang telah mereka berikan dengan hati yang takut ..."'Aisyah berkata, "Apakah mereka orang-orang yang minum arak dan mencuri?" Beliau menjawab, Tidak wahai puteri Ash-Shiddiq, tapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, melaksanakan shalat, dan bershadaqah, sedangkan mereka merasa takut amalan-amalan itu tidak diterima. Mereka itu adalah orang-orang yang bersegera dalam kebaikan.

Allah menyebutkan kaum mukminin yang bersegera dalam kebaikan dengan sifat yang paling baik, walaupun mereka sentiasa takut amalan mereka tidak diterima. Rahsianya bukan kerana khawatir Allah tidak memberikan pahala kepada mereka, sekali-kali tidak!! Karena Allah tidak pernah mengingkari janji-Nya. "Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang shalih, maka Allah akan memberikan kepada mereka pahala amalan-amalan mereka dengan sempurna". (QS. Ali 'Imran: 57).

Bahkan Allah menambahkan untuk mereka kurnia, kebaikan dan nikmat-Nya: "Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya ..." (QS. Al-Fathir: 30).

Tapi, kerana mereka merasa takut belum melaksanakan (amalan-amalan)nya sesuai dengan syarat-syarat ibadah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah, maka mereka tidak dapat memastikan bahawa mereka telah melaksanakannya sesuai dengan keinginan Allah, tapi mereka mengira telah melakukan kekurangan dalam hal tersebut. Oleh kerana itu mereka merasa takut amalan mereka tidak diterima, maka mereka pun berlomba-lomba dalam kebaikan dan amal shalih.

Maka, hendaknya seorang hamba memperhatikan ini, mudah-mudahan dapat menambah semangat untuk memperbaiki ibadah dan meluruskan amalan dengan cara ikhlas semata-mata kerana Allah dan mengikuti Rasulullah. Para sahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam merasa khuatir amalan-amalan mereka batal tanpa disedari, hal ini termasuk bahagian dari kesempurnaan iman mereka.

Firman Allah Ta'ala:
".. Tidaklah yang merasa aman dari adzab Allah, kecuali orang-orang yang merugi." (QS. Al-A'raaf: 99).

Begitulah hati orang mukmin yang sudah menghayati Tuhan. Hati mereka tidak tenang dengan Tuhan sebaliknya sentiasa bergelombang atau bergelora. Hanya kerana mereka itu tenang dalam menghadapi cabaran dan ujian perkara-perkara dunia. Sudahkah hati kita menjadi seperti itu?...

0 pandangan sahabat-sahabat: