VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

.::Ramadhan::.

TERBUKA PINTU SYURGA DI BULAN RAMADHAN




عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ.



(رواه البخاري)
Maksudnya: Dari Abu Hurairah RA., bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga".
ULASAN HADIS : 

    Rasulullah SAW bersabda bahawa sesungguhnya apabila tiba Bulan Ramadhan maka terbukalah pintu-pintu syurga. 1.
2.        Pintu syurga terbuka luas pada bulan Ramadhan memberi makna bahawa ALLAH telah membuka jalan bagi umat manusia untuk mendapat syurga ALLAH SWT. 
3.        Ramadhan adalah medan luas bagi memudahkan kita mendapat kebaikan dan lebih segera mendapat ganjaran yang lebih besar. Syurga ALLAH SWT adalah tempat kembali dan balasan hebat bagi orang-orang yang beramal soleh, yang kuat ibadah serta baik kehidupannya ketika di dunia. Namun, dengan Ramadhan semua hamba di beri peluang untuk meraihnya sekalipun kita bukan dikalangan yang terbaik. 
4.        Maka hendaklah kita bersama-sama merebut peluang dan kesempatan ini dengan bersungguh-sungguh dalam ibadah di bulan ini. Ganjaran yang ALLAH kurniakan adalah syurga tempat melihat NYA, justeru syukur dan hargailah kurniaan ALLAH ini dengan berpenat lelah melakukan amalan ketaatan. Jadikan syurga yang ditawarkan  ALLAH ini sebagai motivasi kita dalam beribadah. WALLAHU’ALAM. 
-- 
'' Dan hanyalah kepunyaan Allah-lah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi supaya Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Dan memberi balasan kepada orang-orangyang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik" (An-Najm: 31) 




Reaksi:

0 pandangan sahabat-sahabat: