VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADHAN

Sepanjang bulan ramadhan tahun ini, pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan bagi menghidupkan bulan yang mulia ini.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti tahunan seperti tadarus Al-Quran, solat terawikh,berbuka puasa, qiamullail, soal-jawab ad-din, dan lain-lain.

Pada tahun ini, bulan ramadhan disemarakkan lagi dengan pertandingan-pertandingan yang cukup menarik yang dilaksanakan dengan jayanya oleh ahli Badar dengan kerjasama guru-guru penasihat Badar. Antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan khutbah yang disertai oleh wakil rumah dari kalangan pelajar tingkatan 5, pertandingan azan dari kalangan tingkatan 3&4, dan pertandingan nasyid untuk ahli usrah tingkatan 1&2.

Oleh itu, pada 2 september 2010 bersamaan 24ramadhan1431H, majlis penutupan ihya ramadhan telah diadakan. Majlis ini telah diadakan di surau al-ghazali sbpi temerloh dengan gemilangnya. Ramai guru hadir bagi menyerikan lagi majlis ini. Ustaz Abu Khuhafah telah merasmikan majlis penutupan ihya ramadhan ini.

Dalam majlis ini, pertandingan nasyid antara ahli usrah telah dijalankan. Pertandingan ini dimulakan dengan persembahan nasyid dari pasukan nasyid sekolah. pertandingan nasyid ini telah dihakimi oleh dua orang guru iaitu ustazah Rafidah dan cikgu Najwa. Selepas tamat sesi pertandingan nasyid, majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan-pertandingan yang dijalankan sempena dengan ihya ramadhan.


Pertandingan nasyid ahli usrah tingkatan 1&2

10 pandangan sahabat-sahabat:

Tahniah kepada semua tenaga kerja yang menjayakan program tersebut khususnya BADAR, guru-guru dan semua..

diharapkan program ihya ramadhan akan dapat dijalankan dengan lebih gemilang pada tahun hadapan..

bagos2....akhirnye ade gak post aktiviti BADAR...teruskan usaha di samping kesempitan ruang, masa dan komputer..hehe

Alhamdulillah...
dh lama x dengar citer psl skolah
truskan!

terbaik!!sedap gak suare2 generasi mude sbpitemerloh..

chief editor,,maap le klu tAk brape ok sgt post ni,,bdk bru blajarr..

takpe2.....asalkan ade usaha.....yg penting tros update.......:)

teruskan usaha adik2 badar sbpit...do the best!!!

cikgu adah??? mcm kenal je...hihihi