VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Merdekakah Kita?


Marilah kita umat Islam bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan ialah kita dapat membebaskan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dari pengabdian sesama makhluk kepada pengabdian kepada Allah Taala semata-mata.

Dalam kita memahami dan menghayati erti kemerdekaan ini, kita boleh melihat di paras atau tahap mana kita berada sekarang. Kita perlu ingat, menghayati erti kemerdekaan bukan sekadar mengibarkan Jalur Gemilang di kereta, rumah, bangunan mahu pun kedai. Itu sekadar simbolik semata-mata.

Kita sebagai umat Islam yang mempunyai kesempurnaan akidah mestilah meluaskan skop pandangan dan pemikiran kita. Lihat diri kita sendiri. Lihat disekeliling kita. Penjajahan terbahagi kepada dua iaitu penjajahan secara fizikal dan penjajahan secara pemikiran. Alhamdulillah negara kita dapat memerintah sendiri oleh anak watan. British telah lama meninggalkan tanah air kita. Tetapi adakah diri kita dan masyarakat kita telah merdeka dan bebas dari pemikiran penjajah kuffar?

Lihat dalam rumah kita. Adakah masih ada unsur penjajahan pemikiran seperti TV, radio mahu pun media cetak? Adakah filem-filem masih bersarang dan menjajah minda kita dan keluarga kita? Adakah bahan bacaan hiburan masih menjadi koran kita ? Adakah artis-artis luar mahupun tempatan menjadi qudwah hasanah kita? Masihkah Marlboro, Dunhill menjadi wirid kita? Masihkan lagu-lagu yang melalaikan masih menjadi zikir kita?Kita perlu memuhasabah diri kita. Bumi bertuah ini juga perlu dimuhasabah. Bumi yang pernah dijajah selama 450 tahun oleh pelbagai bangsa dan negara.

Bumi bertuah yang pernah menyaksikan keberanian pejuang kemerdekaan seperti Haji Abdul Rahman Limbong, Tok Janggut, Mat Kilau, Rentap, Mat Salleh, Dato Maharaja Lela, Ustaz Abu Bakar Baqir, Pak Sako, Dr. Burhanuddin Al Helmi berjuang demi membebaskan bumi bertuah ini dari penjajahan kuffar. Mereka berjuang agar Tanah Melayu ini bebas dari penjajahan kuasa asing.

Persoalannya sekarang adakah kita benar-benar merdeka? Merdekakah kita jika kalau 90% anak Melayu menjadi siswa di Pusat Serenti? Merdekakah kita jika anak-anak Melayu Islam menjadi juara dalam serba serbi perkara kemungkaran dan jenayah? Merdekakah kita kalau sistem yang kita gunakan masih disulami sistem yang dicipta oleh penjajah kuffar? Merdekakah kita kalau kita masih menyambut kemerdekaan itu dengan konsert-konsert yang boleh menjurus masyarakat kepada kemurkaan Allah?

Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. Semoga kita memahami maksud kemerdekaan yang sebenarnya.

[disunting oleh QH Chief Editor 0809] 

0 pandangan sahabat-sahabat: