VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

ADAB MENJAGA PANDANGAN

Kata Sayidina Umar r.a., orang yang dapat menjaga pandangan matanya akan diberi kemantapan jiwa. Mata ialah jendela bagi hati. Apabila terjaga mata, maka terjaga hati kita. Dalam buku pendidikan Anak-Anak dalam Islam, Dr. Abdullah Abu Nasih Ulwan menulis bahawa seorang ayah perlu menjaga pandangan mata terhadap anak perempuannya. Kalau anaknya sudah berumur dua tahun, dia tidak boleh melihat anaknya dalam keadaan bogel.

Begitu juga anak-anak lelaki tidak boleh sewenang-wenangnya memasuki bilik ibunya. Walhal si anak dan ibu tinggal dalam satu rumah dan mereka rapat setiap hari. Ini bermakna perhubungan dan pandangan mata perlu sentiasa dijaga.

Oleh sebab itu,ibu bapa perlu memberikan ilmu kepada anak-anak remajanya tentang pandangan yang haram dan pandangan yang halal. Bagaimanakah anak-anak lelaki dan perempuan harus menjaga pandangan mereka terhadap sesama mahram, misalnya sesama adik beradik, ibu ayah, mentua dan sebagainya. Begitulah islam menjaga soal pandangan dan aurat ini. Jika tidak dijaga, berlakulah zina dalam keluarga yang asalnya bermula dengan pandangan.

Dalam satu riwayat, Rasulullah s.a.w. ternampak Jarhad yang sedang berada di masjid. Saat itu terdedah paha Jarhad. Rasulullah menegurnya melalui sabda, Baginda yang bermaksud:
“Paha itu aurat.” (Riwayat al-Tirmizi no. 2795)
Jika berada di tempat awam pula, didiklah anak-anak lelaki yang telah baligh supaya menjaga pandangan mata terhadap wanita lain sekalipun tidak dengan pandangan syahwat. Termasuk juga anak-anak lelaki yang sudah tahu membezakan antara wanita cantik dan hodoh juga perlu menundukkan pandangan. Begitu juga bagi anak-anak perempuan.

Rasulullah s.a.w. bersabda melalui sebuah hadis kudsi yang bermaksud:
 “Allah berfirman: ‘Pandangan itu adalah salah satu di antara panah-panah iblis. Sesiapa meninggalkannya kerana takut kepada-Ku, nescaya Aku akan memberikan ganti kepadanya dengan suatu keimanan yang akan dirasai kemanisannya dalam hati.”
(Riwayat al-Tabarani dan al-Hakim)


[Artikel ini disunting daripada MAJALAH SOLUSI: ISU NO. 24 - m/s 30 & 31]

1 pandangan sahabat-sahabat:

subhanallah... artikelnya sangat bagus.... perlu di baca oleh para remaja....