VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

WARKAH UNTUK HAWA.......


            Assalamu`alaikum w.b.t.
           
            Hawa, apa khabar anda di sana? Moga sihat hendaknya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan. Tujuan adam menulis surat ini adalah untuk mengimbau kembali kenangan-kenangan kita di sekolah dahulu. Ingatkah hawa ketika di sekolah dahulu, kita bahagia hidup dalam biah solehah yang tersedia di sekolah. Tetapi, selepas kita keluar dari sekolah, macam-macam biah dapat kita jumpa di dunia kita masing-masing. Dunia universiti, dunia matrikulasi, dunia institusi perguruan, dunia luar negara, dan lain-lain. Tidak lupa juga, dunia maya.
            Dalam penulisan kali ini, adam ingin memfokuskan tentang dunia maya. Dunia maya yang adam maksudkan di sini adalah dunia internet. Adam sedar bahawasanya internet sangat penting bagi kita semua kerana 1001 macam perkara boleh didapati di internet. Tapi hawa, hawa jangan lupa, internet ni ibarat dunia tanpa sempadan. Sangat bahaya!
            Baru-baru ni, adam ada membuka sebuah laman sesawang sosial di internet iaitu facebook. Macam-macam berita adam peroleh di sana khususnya tentang perkembangan sahabat-sahabat sekalian. Adam juga berpeluang melihat-lihat gambar-gambar para sahabat yang sekian lama dirindui. Tapi, sedang asyik melihat-lihat gambar-gambar, adam berasa agak terkilan melihat beberapa gambar hawa yang tidak menutup aurat. Mungkin hawa tidak meng‘upload’ gambar-gambar yang tidak menutup aurat, tetapi hawa mesti ingat, kawan-kawan hawa (khususnya yang non-muslim dan yang muslim tetapi tidak mengambil berat soal aurat) boleh ‘upload’ gambar-gambar macam tu bila-bila masa sahaja.

Hawa oh hawa……

            Hawa kena ingat, aurat hawa lagi banyak dari adam. Jadi, hawa sangat beruntung sebab hawa perlu banyak menjaga diri berbanding menjaga mata. Tapi adam perlu banyak menjaga mata. Kalau keluar ke Mid Valley, pandang atas silau, pandang bawah susah nak jalan, pandang kiri aurat, pandang kanan aurat, pandang depan aurat, pandang belakang pun aurat. Jadi, adam kena sangat berhati-hati semasa keluar rumah dalam erti kata menjaga mata. Hawa pula perlu menjaga diri sahaja semasa keluar rumah. Padankan pakaian yang menutup aurat dari rumah, dan hawa boleh berjalan dengan senang hati kemana-mana sahaja bumi Allah (semestinya bersama mahram/orang yang dipercayai mahram).    

            Hawa juga kena beringat, hawa ni cantik. Sangat cantik sehingga mampu menggoncang iman adam. Mata adam sangat ingin memandang hawa. Jadi, hawa kena sentiasa berhati-hati dengan adam. Tetapi, bukan mata adam sahaja yang perlu diwasapada. Hawa perlu ingat, ada satu mesin yang juga ada mata. Mata ‘dia’ bukan macam mata adam. Mata ‘dia’ biasanya besar dan boleh dipanjangkan atau dipendekkan. Mesin ni namanya kamera. Rasanya tak perlulah adam perincikan lagi fungsi kamera ni. Cuma adam hendak tegaskan di sini, kamera ni sangat bahaya kerana dengannya, boleh timbul pelbagai fitnah dan dosa.

            Errr……. Rasanya setakat ni sahaja warkah adam buat hawa kali ini. Lain kali, kalau ada masa lagi, bolehlah kita berhubung kembali.

Sekian, terima kasih.

Warkah ini hasilan komputer dan tidak perlu ditandatangani.

8 pandangan sahabat-sahabat:

em, bleh jgk dikaitkan dgn artikel
"kamera bermata"
insyaAllah, ambil iktibar...

ini tulisan original drpd sahabat ana...:D

yeke? sape? knl x?
Alhamdulillah, ada bakat terpndam..
kembangknlah...

tuan empunye badan tak kasi bgtau...hehe

owh...hehe
xpe2..rse mcm bleh agak sape..
suh dia truskan berkarya yea..

ini kisah bukan sekadar dongengan kan? so, all readers(termasuk lelaki) must beware of internet.

setuju...
wlupn kbanyakan profile private,
tp friends bkn sama2 jantina je
kdg2, org yg xtau dtg dari mana pn bleh je
di"approve" ....

subhanallah..
tQ for the info.=)