VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

PMR


Fikirkanlah ciptaan Allah kerana
padanya, tersimpan 1001 macam
perkara yang dapat difikirkan
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dan keadilanNya, ramai yang telah cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR) baru-baru ini. Bagi yang tidak mendapat semua A, janganlah bersedih kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita. Banyak A bukan bererti berjaya dan kurang A bukan tanda gagal. Bahkan berjaya atau gagal yang sebenarnya hanya diketahui apabila kita semua dihadapkan dihadapan Allah nanti. WAllahuA’lam.

Ketika sekolah dahulu, pengetua ana pernah berkata, andai kata banyak A itu akan mengecundangkan pelajar-pelajarnya ke kancah maksiat (riak, takabbur dsb.) dia sanggup pelajar-pelajarnya tidak memperoleh A.

Kadang-kadang, pemikiran kita terlalu mudah terpengaruh dengan budaya-budaya dan adat-adat sekitar sehinggakan orang yang gagal dalam peperiksaan besar dianggap teruk, gelap masa depan, dan macam-macam lagi. Orang yang mendapat semua A pula dianggap terlalu hebat sehingga andai dia melakukan kesalahan(couple, dating, mengumpat dll.) dianggap tidak bersalah.

Adik-adik, (adik kandung, adik saudara, adik junior, mahupun ADIK[Anak Dididk IbuKu]) di sini abang ingin berpesan, segala apa yang adik peroleh dalam PMR memang sudah tertulis di luh mahfuz sebagai takdir untuk adik. Namun begitu, tidak menjadi kesalahan bagi adik untuk bersedih, bergembira atau apa saja dengan keputusan itu. Tetapi janganlah sampai melampaui batas.

Sekarang, apa yang adik perlu lakukan adalah pandang ke hadapan, susun strategi untuk SPM pula. Berapa ramai kawan abang yang dapat semua A dalam PMR tetapi sedikit A untuk SPM? Berapa ramai pula yang tidak dapat semua A dalam PMR, tetapi berjaya memperoleh semua A dalam SPM? Pada hakikatnya, adik-adik kini sudah pun berada di fasa `menengah atas’ dan adik-adik kini berpeluang untuk memilih bidang yang ingin diambil untuk SPM. Jadi, buatlah keputusan yang betul dan jangan terpengaruh dengan orang lain(kecuali mereka adalah ibubapa). Dan setelah keputusan dibuat, janganlah menyesal bahkan carilah jalan penyelesaian untuk setiap cabaran yang dihadapi.

Adik, terkadang kita tersilap cara untuk memperoleh kejayaan. Kita memandang hanya dengan membaca, menghafal dan stay up tiap malam mampu membantu kita untuk berjaya dengan cemerlang. Padahal semua itu tidaklah penting sangat kalau dibanding dengan redha ibu bapa, guru-guru, dan rahmat dari Allah. So adik-adik, ingatlah, dalam setiap tindakan kita, samada ingin keluar rumah untuk study di rumah kawan, pergi perpustakaan, ataupun apa sahaja hatta ingin ke masjid sekalipun, kita hendaklah meminta kebenaran daripada ibubapa dahulu. Kalau mereka tidak membenarkan, maka ikutlah kata mereka. Kerana mereka lebih tahu dan lebih berpengalaman dari kita.

Kesimpulannya, berusahalah bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat dengan cara yang betul. Tanyalah mereka yang lebih mengetahui jika kita tidak mengetahui. Sekian…