VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Alhamdulillah, QH Edisi 14 berjaya diedarkan

Assalamualaikum Alhamdulillah, dengan usaha yang sedaya upaya, QH Edisi 15/Akhir tahun 14/Akhir tahun dapat diedarkan. Dengan menggunakan pelbagai sumber (macam-macam komputer digunakan), QH dapat disiapkan dan dicetak. Bagi edisi kali ini, Buletin QH hanya dicetak sebanyak 128 naskhah di mana setiap kelas hanya diwajibkan membeli 2 naskah sahaja (dengan membayar RM4.00). Seperti yang dimaklumkan saudara Fadhil, QH kali ini dijual dengan harga RM2.00 senaskhah. Agak mahal ya? Hal ini kerana, kos percetakan meningkat kerana menggunakan perkhidmatan fotostat perpustakaan SBPIT. Namun begitu, warga SBPIT yang sekian lama menunggu QH terbaru, segera mendapatkannya. Dalam masa 2 hari baki QH sebanyak 92 naskhah berjaya dijual. Ini menunjukkan betapa komitmen dan kesungguhan warga SBPIT dalam menyokong buletin QH! Sebagai penutup bicara tahun 2007, pihak pengurusan QH (Lajnah Buletin BADAR), memohon berbenyak-banyak ampun dan maaf kerana penerbitan QH tahun ini tidak mengikut jadual seperti yang direncanakan. Semoga kepimpinan QH baru dapat melakukan yang lebih baik dan harapan agar isi (content) yang lebih menarik dan matang dapat dimuatkan dalam buletin QH tahun hadapan. Salam hormat, Lajnah Buletin BADAR 07/08.

0 pandangan sahabat-sahabat: