VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Di mana kabel kami?

Assalamualaikum. Impak daripada operasi besar-besaran kabel komputer di sekolah saban hari, komputer Badan Dakwah dan Kepimpinan telah menjadi mangsa kecurian kabel 'power supply'. Sepatutnya perkara ini tidak mungkin berlaku kerana bilik BADAR berkunci. Namun entah bagaimana, kunci bilik pula rosak. Oleh kerana kekangan masa, belum sempat diganti lagi, bilik BADAR dipecah masuk seorang hamba Allah yang pastinya mempunyai mata, telinga dan akal. Firman Allah S.W.T: “Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A‘raf: 179) Sebagai salah seorang krew QH, saya amat berdukacita dengan masalah ini. Kami terpaksa memberhentikan proses penerbitan QH Bumper Raya dan nampak gayanya, Bumper Raya tahun ini tidak dapat diedarkan. Sehubungan dengan itu, Saudara Ameer Faris selaku Ketua BADAR 07/08 telah meminta Saudara Aidil Azim, Setiausaha BADAR 07/08 untuk memohon kabel dari pihak sekolah serta mengambil kabel dari pihak yang mengambilnya. Semoga permohonan tersebut diluluskan, insyaAllah.

0 pandangan sahabat-sahabat: