VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Sebuah SELOKA: KITA & AURAT (II)

Seloka pertama sudah dibaca, Eloklah diamal pemberat neraca, Lihatlah diri di dalam kaca, Otak tak usah memikir cerca. Kita mengamal bukan menunjuk, Allah beri Hidayah pertunjuk, Kalau diejek janganlah merajuk, Ilmuan muktabar tempat merujuk. Timbanglah fakta nilailah Iman, Adakah nafsu tak makan saman?, Degilnya diri pentingkan nyaman, Agama menyaran kehidupan aman. Nasihat diberi cukup diplomasi, Aurat jangan dianggap basi, Ulamak dahpun beri motivasi, Rebutlah peluang mengamalkan visi. Aurat disentuh perlu insafi, Tak usah amalkan nafsu nafsi, Demi kehidupan penuh sensasi, Anggaplah nasihat sepinggan nasi. Namun begitu tolonglah sabar, Kalau mengamal Iman berkobar, Ingatlah kawan telah mencabar, Tabahkan hati hilangkan debar. Agama kita agama suci, Dalam dan luar kita dicuci, Allah dan Rasul telah perinci, Nak ingkari nanti dibenci. Aurat dijaga kebaikan kita, Untuk mengelak segala derita, Renunglah selalu akan cerita, Allah "Israkkan" Nabi kita. Telah disebutkan dalam sirahNya, Dalam perjalanan Israk baginda, Allah perlihatkan contoh derita, Namun manusia degil hatinya. Kita berdegil apakah sebabnya? Iman kita lemah powernya, Tetapi nafsu kita hyper kuasanya, Akibatnya kita yang terinaya. Dicheck Iman, kurus keremping, Akhirnya kita duduk menyamping, Nafsu kita ramping dan langsing, Awas di akhirat! Tidakkah runsing?. Ulamak dah tegur tak ambil pusing, Rasakan umur fajar menyingsing, Akan tetapi senja dah bising, Tafakkurlah sebentar di tepi dinding. Malanglah nasib orang bertangguh, Amalkan Islam tidak bersungguh, Alim Ulamak dah pukul tabuh, Fikirkanlah aurat sepanjang tubuh. Sekian terima(lah) kasih, Oleh: Azhari(s) Nukilan dihasilkan pada: 07 J. Akhir 1423H, 16 Ogos 2002M. Abu Edda Soyiddeqa El-Binangkit"

0 pandangan sahabat-sahabat: