VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Sebuah SELOKA: KITA & AURAT (III)

Selamat bersua sekali lagi, Emak dan anak ceriakan pagi, Langkah bermula tak mahu rugi, Orang tersenyum nampakkan gigi. Kalau beramal kerana Allah, Apa terjadi tiada masalah, Bulat tekad menuju arah, Enak dirasa hati yang pasrah. Rajin beramal banyak pahala, Tetap yakin tuju dan hala, Aurat dijunjung di atas kepala, Jauhi perangkap elakkan bala. Utamakan nasihat bertegur sapa, Kita bersaudara janganlah lupa, Kita dilahirkan tidak serupa, Iman dan Taqwa janganlah alpa. Tegur menegur kewajiban semua, Allah perintahkan kalau bersua, Dengan tangan kalau berkuasa, Atau lisan pun boleh juga. Namun begitu kalau tak upaya, Anyamkan di hati maksiat bahaya, Usah timbul simpati padanya, Ringankan hati doakan tuannya. Amalan menegur mesti teruskan, Tak kira anda apa kedudukan, Dalam keluargalah diutamakan, Anak dan isteri mesti dahulukan. Nasihat diberi biarlah berlapik, Kita tak usah terus bertempik, Ingatlah sasaran dan juga objek, Terapkan Iman pentingkanlah lojik. Andainya masih tak makan saman, Doakanlah mereka semoga aman, Allah tunjukkan mereka jalan, Nasihat diterima berhati nyaman, Allahlah sahaja yang Maha Kuasa, Usahlah kita terlalu memaksa, Rajin beramal Iman perkasa, Akhirat nanti dijauhkan seksa. Tapi saya dah sampaikan semua, Di akhirat nanti jangan didakwa, Ana tetap terus mempelawa, Nanti di akhirat siapa kecewa!. Keras sangatkah hati kita, Ini nasihat bukannya auta, Tapi jangan dianggap dusta, Allah tahu isi hati kita. Oleh itu fikirkanlah selalu, Kita lupakanlah cerita yang lalu, Ayuhlah melangkah menuju hulu, Yang! Mulalah takusah malu. Sekian terima(lah) kasih. Oleh: Azhari(s)

Reaksi:

0 pandangan sahabat-sahabat: