Sabtu, November 17, 2007
Zafer Muslim
0
Alhamdulillah, QH Edisi 14 berjaya diedarkan
Assalamualaikum
Alhamdulillah, dengan usaha yang sedaya upaya, QH Edisi 15/Akhir tahun 14/Akhir tahun dapat diedarkan. Dengan menggunakan pelbagai sumber (macam-macam komputer digunakan), QH dapat disiapkan dan dicetak. Bagi edisi kali ini, Buletin QH hanya dicetak sebanyak 128 naskhah di mana setiap kelas hanya diwajibkan membeli 2 naskah sahaja (dengan membayar RM4.00).
Seperti yang dimaklumkan saudara Fadhil, QH kali ini dijual dengan harga RM2.00 senaskhah. Agak mahal ya? Hal ini kerana, kos percetakan meningkat kerana menggunakan perkhidmatan fotostat perpustakaan SBPIT. Namun begitu, warga SBPIT yang sekian lama menunggu QH terbaru, segera mendapatkannya. Dalam masa 2 hari baki QH sebanyak 92 naskhah berjaya dijual. Ini menunjukkan betapa komitmen dan kesungguhan warga SBPIT dalam menyokong buletin QH!
Sebagai penutup bicara tahun 2007, pihak pengurusan QH (Lajnah Buletin BADAR), memohon berbenyak-banyak ampun dan maaf kerana penerbitan QH tahun ini tidak mengikut jadual seperti yang direncanakan. Semoga kepimpinan QH baru dapat melakukan yang lebih baik dan harapan agar isi (content) yang lebih menarik dan matang dapat dimuatkan dalam buletin QH tahun hadapan.
Salam hormat,
Lajnah Buletin BADAR 07/08.
Ahad, November 04, 2007
Zafer Muslim
Di mana kabel kami?
Assalamualaikum.
Impak daripada operasi besar-besaran kabel komputer di sekolah saban hari, komputer Badan Dakwah dan Kepimpinan telah menjadi mangsa kecurian kabel 'power supply'. Sepatutnya perkara ini tidak mungkin berlaku kerana bilik BADAR berkunci. Namun entah bagaimana, kunci bilik pula rosak. Oleh kerana kekangan masa, belum sempat diganti lagi, bilik BADAR dipecah masuk seorang hamba Allah yang pastinya mempunyai mata, telinga dan akal.
Firman Allah S.W.T:
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (al-A‘raf: 179)
Sebagai salah seorang krew QH, saya amat berdukacita dengan masalah ini. Kami terpaksa memberhentikan proses penerbitan QH Bumper Raya dan nampak gayanya, Bumper Raya tahun ini tidak dapat diedarkan.
Sehubungan dengan itu, Saudara Ameer Faris selaku Ketua BADAR 07/08 telah meminta Saudara Aidil Azim, Setiausaha BADAR 07/08 untuk memohon kabel dari pihak sekolah serta mengambil kabel dari pihak yang mengambilnya. Semoga permohonan tersebut diluluskan, insyaAllah.











