Isnin, Disember 31, 2007
Zafer Muslim
0
Selamat Tahun Baru & Selamat Kembali ke Sekolah!
Assalamulalaikum.
Sempena 1 Januari 2008, pihak QH ingin mengucapkan selamat tahun baru dan selamat kembali ke sekolah kepada semua pelajar SBP Integrasi Temerloh. Semoga tahun 2008 memberi inspirasi kepada kita untuk menjadi lebih baik.
Menjadi harapan juga, buletin QH lebih menarik dan mempunyai kandungan yang lebih banyak pada tahun 2008, insyaAllah.
Salam hormat.
Buletin Qudwatul Hasanah,
Badan Dakwah dan Kerohanian,
SBP Integrasi Temerloh.
Rabu, Disember 26, 2007
Zafer Muslim
Sebuah SELOKA: KITA & AURAT (III)
Selamat bersua sekali lagi,
Emak dan anak ceriakan pagi,
Langkah bermula tak mahu rugi,
Orang tersenyum nampakkan gigi.
Kalau beramal kerana Allah,
Apa terjadi tiada masalah,
Bulat tekad menuju arah,
Enak dirasa hati yang pasrah.
Rajin beramal banyak pahala,
Tetap yakin tuju dan hala,
Aurat dijunjung di atas kepala,
Jauhi perangkap elakkan bala.
Utamakan nasihat bertegur sapa,
Kita bersaudara janganlah lupa,
Kita dilahirkan tidak serupa,
Iman dan Taqwa janganlah alpa.
Tegur menegur kewajiban semua,
Allah perintahkan kalau bersua,
Dengan tangan kalau berkuasa,
Atau lisan pun boleh juga.
Namun begitu kalau tak upaya,
Anyamkan di hati maksiat bahaya,
Usah timbul simpati padanya,
Ringankan hati doakan tuannya.
Amalan menegur mesti teruskan,
Tak kira anda apa kedudukan,
Dalam keluargalah diutamakan,
Anak dan isteri mesti dahulukan.
Nasihat diberi biarlah berlapik,
Kita tak usah terus bertempik,
Ingatlah sasaran dan juga objek,
Terapkan Iman pentingkanlah lojik.
Andainya masih tak makan saman,
Doakanlah mereka semoga aman,
Allah tunjukkan mereka jalan,
Nasihat diterima berhati nyaman,
Allahlah sahaja yang Maha Kuasa,
Usahlah kita terlalu memaksa,
Rajin beramal Iman perkasa,
Akhirat nanti dijauhkan seksa.
Tapi saya dah sampaikan semua,
Di akhirat nanti jangan didakwa,
Ana tetap terus mempelawa,
Nanti di akhirat siapa kecewa!.
Keras sangatkah hati kita,
Ini nasihat bukannya auta,
Tapi jangan dianggap dusta,
Allah tahu isi hati kita.
Oleh itu fikirkanlah selalu,
Kita lupakanlah cerita yang lalu,
Ayuhlah melangkah menuju hulu,
Yang! Mulalah takusah malu.
Sekian terima(lah) kasih.
Oleh: Azhari(s)
Rabu, Disember 26, 2007
Zafer Muslim
Sebuah SELOKA: KITA & AURAT (II)
Seloka pertama sudah dibaca,
Eloklah diamal pemberat neraca,
Lihatlah diri di dalam kaca,
Otak tak usah memikir cerca.
Kita mengamal bukan menunjuk,
Allah beri Hidayah pertunjuk,
Kalau diejek janganlah merajuk,
Ilmuan muktabar tempat merujuk.
Timbanglah fakta nilailah Iman,
Adakah nafsu tak makan saman?,
Degilnya diri pentingkan nyaman,
Agama menyaran kehidupan aman.
Nasihat diberi cukup diplomasi,
Aurat jangan dianggap basi,
Ulamak dahpun beri motivasi,
Rebutlah peluang mengamalkan visi.
Aurat disentuh perlu insafi,
Tak usah amalkan nafsu nafsi,
Demi kehidupan penuh sensasi,
Anggaplah nasihat sepinggan nasi.
Namun begitu tolonglah sabar,
Kalau mengamal Iman berkobar,
Ingatlah kawan telah mencabar,
Tabahkan hati hilangkan debar.
Agama kita agama suci,
Dalam dan luar kita dicuci,
Allah dan Rasul telah perinci,
Nak ingkari nanti dibenci.
Aurat dijaga kebaikan kita,
Untuk mengelak segala derita,
Renunglah selalu akan cerita,
Allah "Israkkan" Nabi kita.
Telah disebutkan dalam sirahNya,
Dalam perjalanan Israk baginda,
Allah perlihatkan contoh derita,
Namun manusia degil hatinya.
Kita berdegil apakah sebabnya?
Iman kita lemah powernya,
Tetapi nafsu kita hyper kuasanya,
Akibatnya kita yang terinaya.
Dicheck Iman, kurus keremping,
Akhirnya kita duduk menyamping,
Nafsu kita ramping dan langsing,
Awas di akhirat! Tidakkah runsing?.
Ulamak dah tegur tak ambil pusing,
Rasakan umur fajar menyingsing,
Akan tetapi senja dah bising,
Tafakkurlah sebentar di tepi dinding.
Malanglah nasib orang bertangguh,
Amalkan Islam tidak bersungguh,
Alim Ulamak dah pukul tabuh,
Fikirkanlah aurat sepanjang tubuh.
Sekian terima(lah) kasih,
Oleh: Azhari(s)
Nukilan dihasilkan pada:
07 J. Akhir 1423H,
16 Ogos 2002M.
Abu Edda Soyiddeqa El-Binangkit"
Ahad, Disember 23, 2007
Zafer Muslim
Seloka Bertajuk : "KITA DAN AURAT(I)"
Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.
Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.
Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.
Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.
Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.
Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.
Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.
Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.
Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.
Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.
Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.
Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.
Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.
Selokaku ini bukanlah jahat,
C u m a saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.
Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.
Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.
Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.
Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.
Sekian Terima(lah) Kasih,
Oleh: Azhari(s)
Abu Edda Soyiddeeqa El-Binangkit











