VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Jawapan Persoalan

Assalamualaikum. Pertama sekali, pengurusan blog BADAR/QH memohon seribu kemaafan kerana gagal mengemaskini blog secara berterusan. Kekangan masa serta kekurangan kemudahan penjadi faktor utama. Komputer kelas tidak lagi dilengkapi dengan kemudahan Internet seperti tahun sebelumnya akibat dari tangan-tangan yang mencuri antenna Internet wireless pada komputer. Semoga mereka yang melakukannya memperoleh hidayah dan diberi pentunjuk oleh Allah S.W.T. Terima kasih kepada semua pengunjung blog QH ini yang sentiasa memberikan galakan dan pendapat ke arah penambahbaikan. Untuk tahun 2008, QH masih lagi dalam proses penerbitan. Komputer BADAR baru saja dibaiki. Sebagai timbal balik, QH menerbitkan Risalah QH secara bulanan yang diedarkan kepada setiap kelas. InsyaAllah QH akan mula diterbitkan selepas cuti penggal. Merujuk persoalan oleh Kyrasephia dalam ruangan Rantai Ukhwah, BADAR tidak ada sebarang masalah tahun ini. Jika dilihat perkembangan tahun 2008, BADAR merupakan badan yang mempunyai dana terbesar setakat ini hasil daripada jualan dan aktiviti-aktiviti lain serta derma di surau. Namun, pasti ada yang terlepas pandang. Jika saudara/i Kyrasephia boleh memperincikan persoalan saudara/i, persoalan mungkin boleh djelaskan dengan lebih mendalam. BADAR 2008 telah menjalankan pelbagai aktiviti sama ada melibatkan kerjasama dengan badan-badan lain serta kerjasama Biro Bina Insan PIBG. Yang terbaru, Majlis Tadarus Al-Quran (MTAQ) peringkat sekolah baru saja dilangsungkan dan alhamdulillah berjalan dengan lancar. Pertandingan seperti Syarahan Agama, Hafazan, Tilawah Al-Quran, Syarahan Bahasa Arab dan Nasyid bertujuan memilih wakil sekolah ke peringkat daerah. Setiap rumah diwajibkan menghantar peserta dan bagi pertandingan Tilawah dan Hafazan, wakil pelajar tingkatan 1 dari setiap rumah wajib bertanding. Pemenang tempat 1, 2, dan 3 menerima sijil dan plak yang mana telah disampaikan oleh Bonda Pengetua pada waktu perhimpunan. Sebelum itu, bersempana 10 Muharram, anjuran aktiviti tahunan memasak asyura telah dijalankan. Semua pelajar terlibat dan sebahagian pelajar mewakili sekolah dalam Program Memasak Bubur Asyura di Masjid Ketam. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan komitmen semua pihak, semua aktiviti berjalan lancar. Kalaulah dicoret semuanya pasti takkan tertulis. Semoga penganjuran aktiviti-aktiviti ini akan memberi dorongan dan panduan pada masa akan datang. Jazakumullah khairan kathira diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan secara tidak langsung. Salam hormat. Buletin Qudwatul Hasanah, Badan Dakwah dan Kerohanian, SBP Integrasi Temerloh.

2 pandangan sahabat-sahabat:

tahniah pewaris QH dengan post yang bagus dan berkesan...
semoga dapat meneruskan legasi QH dan memantapkan lagi penerbitannya... aku di zaman 2006 dulu tak berjaya memantapkan Qh jadi, korang yang skarang ni hendaklah cuba sedaya upaya... Tapi, dalam memantapkan QH, jangan lupakan Study...
adios...
maas salamah...