VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Cuti Pertengahan 2008

Assalamualaikum. Pertamanya, saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga SBPIT dan pelawat blog ini. Semoga cuti sepanjang kira-kira dua minggu ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh kalian. Tidak lupa juga kepada ingatan bahawa peperiksaan SPM dan PMR semakin hampir. Oleh itu, jangan dibazirkan masa dan jangan lupa berdoa serta berserah kepada Allah atas setiap yang kita lakukan. Juga ucapan terima kasih diucapkan kepada meraka yang senantiasa mengambil acuh dengan BADAR SBPIT. Segala komen bernas berserta cadangan amatlah dialu-alukan. Secara peribadi, saya menghargai pandangan dari bekas pereka grafik Buletin QH 05/06, Redzwan Abdullah dalam kiriman lepas. Ada baiknya jika saya mulakan kiriman blog dengan perancangan BADAR selepas cuti ini. InsyaAllah Majlis Kebudayaan dan Kesenian Islam (MKKI) 2008 dan Pertandingan Khutbah, Azan serta Tazkirah bagi setiap dorm akan dijalankan. Tentunya, perancangan ini memerlukan kerjasama dan komitmen semua pelajar. Dalam masa yang sama, pelajaran jangan diabaikan. Selain itu, pengisian malam minggu dan malam-malam cuti lebih diberi perhatian. Kebelakangan ini Ustaz Shahrir rajin mengisi selang masa antara Maghrib dan Isyak dengan Tafsir al-Quran dan tidak lupa juga tazkirah-tazkirah agama. Sekalung terima kasih dan penghargaan diucapkan. Hendak menulis, tapi kekurangan idea pula. Nampak gayanya terpaksa berhenti di sini sahaja. Akhir kalam, semoga BADAR dapat meneruskan agenda yang dirancang khusus buat pelajar SBPIT. Sekian, terima kasih. Lajnah Buletin, Badan Dakwah dan Kerohanian SBPIT.

0 pandangan sahabat-sahabat: