VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Qudwah Alhasanah Kini Berwajah Baru!!!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!!!!!!! Selamat berpuasa kepada semua pengunjung blog Qudwah Alhasanah. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya penerbitan QH edisi ke-15 "Bumper Ramadhan" berjalan dengan lancar. Edisi QH pada kali ini amat istimewa kerana banyak pembaharuan telah dilakukan dari segi muka depan bewarna dan lebih menarik, isi kandungan yang lebih tersusun dan teratur serta kualiti cetakan yang lebih bermutu tinggi. Penerbitan QH ini merupakan salah satu usaha dakwah dan sebagai medium bagi warga SBPI Temerloh untuk mengetahui isu semasa dan maklumat terkini tentang Islam serta aktiviti-aktiviti terkini Badan Dakwah dan Kerohanian SBPI Temerloh. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan terutamanya kepada semua Ahli Lajnah Buletin BADAR yang telah banyak membantu dalam menyiapkan QH untuk edisi kali ini. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru penasihat BADAR serta semua warga SBPI Temerloh yang telah memberi sokongan kepada penerbitan QH ini. Akhir kata, Semoga buletin BADAR ini terus maju dari semasa ke semasa.

"DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

2 pandangan sahabat-sahabat:

hehe. improvements. Jazakallah khairan.