BERTAUBATLAH DAN LAKUKANLAH AMAL SOLEH

"Demi zatKu yang Mulia, Aku bersumpah demi Bukit Thur, demi kitab Al-Quran yang tersusun, demi lembaran-lembaran yang disebarkan, demi Baitul Makmur(tempat bertawaf para malaikat), demi bumbung yang dinaikkan(langit), demi lautan yang berbahang-bahang, Aku tak mungkin bersumpah tentang neraka kecuali mereka yang kafir, suka mengumpat, suka melaga-lagakan orang, orang yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang riyak, orang yang tidak membayar zakat, orang yang suka berzina, orang yang suka memakan riba, peminum-peminum arak, orang yang menzalimi anak-anak yatim, orang yang suka berdusta atau menipu, orang-orang jahat yang sentiasa menyakiti jiran kecuali MEREKA BERTAUBAT KEPADA ALLAH dan BERAMAL SOLEH ."

MARI BERMUJAHADAH !

Adapun orang yang bersungguh-sungguh untuk jalan Aku , maka Aku akan pastikan dia mendapat petunjuk Aku , yakni orang yang bersungguh-sungguh untuk bermujahadah .

JOM BERSYUKUR ! TIDAK MENGAPA , SIKIT PUN TAKKAN RUGI

Tidur sebenarnya adalah perjudian yang terbesar. Sebab itu bila bangun, saya rasa bersyukur. Sebab kalau Allah matikan saya masa tidur, saya sentiasa rasa saya akan bangun dengan berhadapankan neraka. Tetapi Allah bangunkan saya, tanda dia masih cinta. Maka siapakah yang bersyukur? Tetapi ramai yang alpa. Maka hari baru diisi lagi dengan ingkar dan dosa. "Sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur." Surah Saba' ayat 13. -Hilal Asyraf-

DO WE REALLY WISH TO GO TO JANNAH ?

Jannah, imagine you and your father were in the same age . Imagine when you show off your book with no shame . Imagine the nights with the sahaba with their stories to entertain . Imagine Prophet Muhammad s.a.w knowing your name . Gardens underneath which rivers flow . A goal so far and yet so close . A journey worth taking for those who know . Tell me do you not wish to go for more? You forgot and He forgave . He gave you guidance and you still strayed . You ask for mercy that He gave and more and more and more .

DEATH IS INEVITABLE

When Azrael came to pick us up, what would we say ? Could we say " I 'm not ready yet. Another day please ? " or " No , no , no. Not a suitable time right now . " or " Hey, can't you see what I'm doing right now ?! Totally busy !" or " Relax , bro. Life is only once . Let's have fun ." People, living a life is totally difficult. So busy and full of stress. Lots of obstacles we need to face. But still, DEATH always awaits us. Every seconds and every minutes. So, make the very best preparations to face it ! Tomorrow could never be our day.

VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Anda berada di tingkat yang mana satu?

PERTAMA: Tingkat ukhuwwah yang paling rendah Memenuhi dahulu segala keperluan kita dengan harta kita.Apabila masih ada lebih,maka bakinya itu adalah hak saudara kita. Segera memberinya sebelum ia meminta. Bila ia meminta,itu tanda kurangnya perhatian kita dalam memenuhi hak ukhuwwah. KEDUA: Tingkat Pertengahan Meletakkan saudara kita sebagaimana diri kita sendiri. Kita libatkan dan ikut sertakan saudara kita dalam mengaturkan seluruh harta yang kita miliki seakan-akan ia memiliki sebahagian daripada harta tersebut. Tingkatan ini selari dengan Hadis Rasulullah S.A.W:- “ Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri” Menurut Hasan Al-Basri,bagaikan orang yang memotong dua kain sarungnya untuk diberikan separuh kepada saudaranya. KETIGA: Tingkat Paling Utama -‘ITHAR’- Meletakkan saudara kita melebihi diri kita sendiri. Dalam mengatur keperluan harta,kita mengutamakan keperluan saudara kita dahulu,kemudian barulah menyelesaikan keperluan kita. Inilah hasil tarbiyyah agung Rasulullah kepada para sahabat.Misalnya: kisah tiga sahabat yang sanggup mendahulukan keperluan air kepada sahabat lain ketika selesai Perang Mu’tah yang mengakibatkan ketiga-tiga sahabat syahid. Dalam kisah lain Abu Hurairah ra. menceritakan, seorang lelaki menghadap Rasulullah S.A.W seraya berkata: "Saya sangat susah untuk dapat makan" kemudian,Rasulullah pun bertanya kepada para sahabat: "Siapa yang mahu menerima tetamu hari ini?" Seorang sahabat Ansar pun berdiri: "Saya, ya Rasulullah!" Ia pun pulang menjumpai isterinya dan berkata: "Adakah masih tersedia makanan?" Isterinya menjawab: "Ada, tetapi ini bahagian anak-anak kita malam ini" Si suami memberi tunjuk ajar: "Ajak anak-anak bermain. Bila mereka minta makan, tidurkan segera. Nanti ketika tetamu kita masuk,matikan lampu dan berbuatlah seolah-olah kita makan bersamanya." Mereka pun duduk dan si tetamu makan dengan seleranya, sementara keluarga anshar tersebut menahan lapar malam itu. Paginya, Rasulullah saw. berkata: "Luar biasa kalian dalam memuliakan tetamu" ingatlah!rakyat islam di negara-negara yang susah senantiasa mengharap pertolongan Allah dan pertolongan anda.Jadi,bagaimanakah cara anda menolong mereka di saat mereka kesusahan?"siapakah saudara kamu?"bersiap sedialah anda untuk menjawab pertanyaan tersebut di alam......xxxx

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

Marilah kita sama-sama menghayati khutbah terakhir rasulullah ini… Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. “Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. “Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. “Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. “Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh. “Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. “Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku. “Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”

Untuk Mu Palestin
Album : Gema Alam Munsyid : Raihan http://liriknasyid.com
Berdzikir dengan nama tuhanmu Bermunajatlah di tengah malam Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba Agar doa kita di.. makbulkan Agar Palestina kita genggam semula Agar Palestin bebas di tangan kita Kembali damai disirami air Kebenaran Al-Quran dan sunnah Palestina kan dimiliki lagi Ingatlah Allah dan hindarkan dosa Palestin kan aman lagi Dengan ketaatan dan amalan soleh Palestine you will regain your land Remember Allah and stay away from sin Palestine will be at peace again And filled with the worship of Allah Dengan kata dan ketaqwaan Pada Allah yang maha kuasa Ketakutan dan kelemahan Peluru dan dentuman Bukan lagi penghalang Pembelaan Allah akan datang Palestin... Palestin... Palestin Palestin... Palestin... Pa...lestin

Anjuran:

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor

Tarikh:

31 Januari 2009

Tempat:

Perkarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Artis Terlibat:

Rabbani | Mu'adz | Algebra | Zaidie Wildan | One Faith

Masuk Percuma!

boycott israel!!

p/s:tertinggal mcdonald,tesco,kfc,dan carrefour
cube bayangkan bila anda beli je barang2 di atas,duit anda tu disalurkan terus kpd manager brand tersebut dan kemudiannya disumbangkan kpd pihak israel (lebih kurang mcm sponsor laa).duit itu digunakan utk melatih tentera2 israel,membeli peluru serta bom2.apa tujuannya?utk membunuh rakyat islam di palestin laa..korang x sedih ke?seperti artikel sebelum ini,cube bayangkan malaysia diserang,kemudian rakyat dari palestin,lubnan dan negara islam yang lain senang lenang membeli produk2 yg brand lah katekan..dan duit2 itu digunakan utk membunuh ayah,ibu,nenek,datuk,kakak,abang,dan adik2 korang.so,enough!please stop..beli barang2 dari brand2 berikut...kalaulah kite berada di tempat mereka sekarang..

jika malaysia diserang

memang artikel ni panjang.tapi cube amek mase beberapa minit untuuk baca.sekejap je.cerita ni sungguh menyayat hati.serius.konfem x tipu! seringkali kita melihat di dada akhbar atau kaca televisyen menyiarkan mengenai penyeksaan masyarakat islam di palestin.namun,pernahkah kita cuba selami penderitaan itu?kita selalu mendengar pemimpin2 negara kita berucap,"kita patut bersyukur kerana malaysia aman dan damai,"tidak pernahkah terlintas di lubuk hati kita jika malaysia yang kita banggakan ini diserang? MALAYSIA DISERANG?? AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas... ada pejuang Hizbullah terlepas ke malaysia... lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya (CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa tentera untuk menyerang malaysia... AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel menyerang Lubnan dan Palestin. Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hizbullah dan Malaysia ada Pengganas Jemaah Islamiah. Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin. Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya... semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara. Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS dan sekutunya. Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-Khattab... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan hadapan berdepan musuh-musuh Islam. SAAT Peperangan bermula... Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom... melancar peluru berpandu... membedil... menembak Rakyat Malaysia... mereka membunuh Orang tua...perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita... sama seperti Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!! AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran. Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi pesawat musuh silih berganti...Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom Kelantan, Terengganu, Pahang... datang lagi pesawat musuh silih berganti... Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO.. diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri sembilan dapat ditawan tentera musuh. Anda di berada di Kedah... Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari bahagian Utara... tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda... menentang pintu rumah anda... anda bersama dengan Isteri yang sarat mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah... Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun anda depan mata anda... sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat Islam Bosnia... muncung senapang ditujukan di kepala anda... Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya 2006... diajukan muncung senapang... DAMMMMMM... anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera bersekutu... Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati ditembak... anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada dirisendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan mata... Anda menangis ketakutan...Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa menaiki trak... untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukulseparuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati... tetapi umur anda masih panjang... anda masih hidup... anda merangkak menuju ke hutan berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri...Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH...Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba hari ini diuji berlaku peperangan.Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut menghilangkan diri... Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini... Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata... Anak kecil ditembak didepan mata... Isteri dirampas untuk diperkosa... didepan mata!!!kawan-kawan... sahabat taulan... ramai yang terkorban...dan tidak kurang juga yang cedera parahh...Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tuadan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri... mereka tidak bernasib baik seperti anda... Diatas bukit itu juga... anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam yang masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat Islam lain yang jadi mangsa... Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua dengan Tentera bersekutu nanti....Apa yang anda Harapkan pada masa itu???? Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali... BANTUAN ALLAH... BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH... ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!! ANDA MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA, SELATAN THAILAND, BANGLADESH, PAKISTAN,DAN NEGARA OIC YANG LAINNNNNN... BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI... Tetapi tunggu punya tunggu... bantuan ketenteraan tidak kunjung tiba... ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN menyatakan: "Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang Malaysia " (Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru) "Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas tamat perang nanti... setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh tentera bersekutu"(Presiden NAM ) "Alhamdulillah... Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan negara Malaysia yang dilanda peperangan... Kita semua patut bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali dalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni) "Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand ) "Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)...bagi komen dan pendapat... APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

Kekejaman Zionis

Al-Fatihah buat Ayah Mokhsen

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh... "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (al-Baqarah: 155-156) Kepada semua pengunjung blog Qudwah Alhasanah, ambillah sedikit kesempatan untuk membacakan surah Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah ayah Mohamad Mokhsen, Ketua BADAR SBP Integrasi Temerloh yang telah kembali kerahmatullah pada 28 Disember 2008 bersamaan 30 Zulhijjah 1429H. Sama-samalah kita mendoakan agar roh ayahnya sentiasa dalam keadaan yang tenang dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh.
Amin......