VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

bertalaqqi adalah jalan mengenal islam

ilmu-ilmu agama yang dhruri (ilmu fardhu ain) tidak boleh dipelajari atau diambil dengan hanya semata-mata mentela'ah atau membaca kitab-kitab(atau mengambilnya dari internet dan membaca artikel) tanpa berguru. Ia dilarang kerana mungkin kitab-kitab yang dibaca oleh seseorang itu terdapat penipuan , tokok tambah, ubah suai mengikut hawa nafsu, atau kesalah percetakan. selain daripada itu mungkin dia tersalah memahami sesuatu perkara yang sebenarnya bertentangan dengan apa yang dimaksudkan oleh ulama' salaf dan khalaf. Akibatnya, ia boleh membawa kepada peribadatan yang salah ataupun boleh termasuk kedalam fahaman yang salah umpamanya, mentasybihkan atau mentajsimkan Allah dengan makhluq. Justeru, tidak ada jalan yang sohih dalam mempelajari ilmu agama melainkan melalui jalan yang telah ditempuhi oleh para salaf dan khalaf ( iaitu dengan belajar secara bertalaqqi daripada guru yang bersanad).Ini adalah kerana melalui mereka seseorang akan mendapat ilmu dan keberkatan. Al-hafiz Abu bakar al-Khatib al-Baghdadi, salah seorang Ulama' hadith yang masyhur, telah berkata: " tidak diambil ilmu itu melainkan daripada mulut para Ulama' ". Maka tidak dapat tidak, ilmu-ilmu fardhu ain ini mestilah diambil dari Ulama' yang arif lagi thiqah dan Ulama' tersebut mengambilnya dari Ulama' yang arif dan lagi thiqah sebelumnya dan begitulah seterusnya sehingga bersambung kepada para sahabat Nabi (ridhwanullahi alaihim ajmain). Imam muslim telah meriwayatkan dari ibn Sirin bahawa Rasulullah(selawat dan salam keatasnya) bersabda : " sesungguhnya ilmu ini agama, maka hendaklah kamu melihat daripada siapa kamu mengambil agamamu". *semua pesanan diatas telah disampaikan oleh guru saya ustaz Muhadhir bin hj Joll daripada gurunya syaikh Muhammad bin Othman al-Bairuti.

2 pandangan sahabat-sahabat:

sila klik disini: http:jutawanklik.com/?a_aid=onemorezero

sila klik disini: http://jutawanklik.com/?a_aid=onemorezero