VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

KEMPEN KENALI MUSUH-MUSUH ISLAM : MATLAMAT FREEMASONRY

MATLAMAT Freemasonry terbahagi kepada dua bahagian, iaitu ;

1)Matlamat Utama dan Membina Haikal Sulaiman

Bagi merealisasikan matlamat ini, mereka menggunakan segala bentuk perancangan untuk merampas Baitul Maqdis dan membina Haikal Sulaiman di atas runtuhan Masjidil Aqsa.

Mereka menggunakan segala bentuk tekanan dan kekerasan ke atas penduduk Palestin terutamanya pemimpin-pemimpin mereka. Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel pernah berkata :

"Saya yakin, kita (kaum Yahudi) boleh hidup bersama umat Islam Palestin tetapi menerusi kaedah Sabra dan Syatila."
21 tahun lalu, selama tiga hari berturut-turut (16-18 September 1982) Menteri Pertahanan Israel, Ariel Sharon bersama pasukannya melakukan pembunuhan kejam terhadap umat Islam di perkhemahan Sabra dan Syatila, selatan Lubnan menyebabkan 3000 orang gugur syahid. Ini bukan kekejaman pertama dan terakhir. Ia telah bermula sejak dahulu dan berterusan hingga kini.


Orang Yahudi dari semasa ke semasa semakin berani merealisasikan matlamat mereka. Semangat mereka semakin membara apabila mereka telah menguasai semua pentadbiran antarabangsa terutamanya dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam kuasa besar dunia, Amerika Syarikat.

Kajian telah dibuat menjelang akhir tahun 2002 menunujukkan bahawa 60% daripada pekerja PBB adalah anggota Freemasonry. Manakala mengikut sumber terkini pula, terdapat sekitar 6 juta orang Yahudi (Freemasonry) bergerak secara aktif dalam organisasi penting dunia terutamanya organisasi yang terdapat di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain dan negara-negara Eropah yang lain.

2)Matlamat Sampingan untuk Menguasai Alam Ini

Telah dimaklumi bersama bahawa tujuan utama mereka ialah untuk merampas Masjidil Aqsa dan membina Haikal Sulaiman di atas runtuhannya. Untuk merealisasikan matlamat itu, mereka menghadapi jalan yang amat sukar dan terpaksa berdepan dengan pelbagai tribulasi penentangan daripada pelbagai pihak. Justeru, mereka telah merancang matlamat sampingan sebagai batu loncatan untuk sampai kepada matlamat utama.

Antara matlamat sampingan tersebut ialah :

1. Menyebarkan fahaman Ilhadiyah (tidak mempercayai wujudnya tuhan dan tidak menganut apa-apa agama di dunia) dan memporak-perandakan masyarakat dunia. Matlamat ini dapat direalisasikan dengan langkah berikut :-
  • Bangsa Yahudi bekerja dengan segala kekuatan melalui pertubuhan rahsia seperti Freemasonry untuk menguasai alam.
  • Mereka tidak membenarkan mana-mana agama untuk dianuti melainkan agama Yahudi.
  • Tidak bertolak ansur dengan mana-mana agama dan cuba sedaya upaya menggoncangkan keimanan dan pegangan masyarakat dunia terhadap agama tersebut.
  • Mengaktifkan aktiviti hiburan dan maksiat di kalangan muda-mudi.
Seorang Freemasonry yang bernama Proudon pernah berkata :
"Freemasonry adalah suatu penyangkalan terhadap kepentingan agama. Apabila ada seseorang anggota freemasonry yang berkata-kata tentang kewujudan tuhan, maka yang dimaksudkan adalah alam dan kekuatan material atau mereka menganggap bahawa tuhan dan manusia sebagai suatu benda."
Dalam protokol Zionisme yang juga menjadi pegangan Freemasonry ada dinyatakan dalam ayat pertama :

"Orang-orang Kristian merupakan makanan yang sesuai untuk dimasukkan pengaruh alkoholisme kerana kebodohan mereka. Para pemudanya juga dungu kerana tenggelam dalam kesenangan sejak kecil kerana memang diasuh oleh ejen-ejen kita dari kalangan pendidik dan pengasuh yang dapat menyusup masuk ke rumah orang-orang berada dan para pegawai kerajaan."
2. Menghapuskan semua kerajaan dan menghapuskan perasaan cintakan negara. Matlamat ini dapat direalitikan dengan beberapa langkah seperti berikut :-
  • Mewujudkan dua blok negara yang berbeza iaitu negara-negara maju dan negara-negara yang mundur.
  • Mengelakkan masyarakat Arab daripada bersatu dengan menerapkan semangat Nasionalisme yang jelas bercanggah dengan Islam kerana ia berasaskan kepada ketaksuban pada negara masing-masing.
  • Menjuzuk-juzukkan negara Arab kepada negara-negara yang lebih kecil dan mempunyai sistem pemerintahan sendiri tanpa ada sebarang pergantungan atau campur tangan dari negara lain.
  • Menguasai parti politik di negara-negara Arab.
  • Akhirnya pemerintahan negara-negara tersebut dilumpuhkan sama sekali.
Dalam protokol ayat yang ke-5 menyatakan :
"Pemerintahan negara akan digerakkan oleh satu kekuatan di tangan kita. Kekuatan itu adalah kekuatan Gold (modal). Pengetahuan ekonomi dan politik yang ditemukan oleh para pakar kita menetapkan bahawa kekuatan modal menguasai semua kekuatan."
Dalam ayat ke-2 pula ada dinyatakan :
"Untuk jawatan pentadbir (pemimpin), kita hendaklah memilih mereka daripada masyarakat biasa (bodoh) yang belum memiliki pengalaman dalam masalah pentadbiran dan undang-undang negara. Langkah ini penting kerana mereka akan mudah diperalatkan untuk melaksanakan setiap arahan dan nasihat yang diberikan oleh cendiakawan dan penasihat kita yang memang sudah dilatih sejak kecil untuk menguasai dunia."
Manakala dalam ayat ke-10 pula dinyatakan :
"Untuk mencapai tujuan yang dikehendaki, hendaklah memilih beberapa orang pemimpin yang pernah dibongkar tipu muslihatnya atau pernah bergiat dalam mana-mana pertubuhan yang disangsikan. Pemimpin seperti ini amat berpotensi dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan oleh kita. Hal ini kerana mereka takut jika rahsia mereka akan dibongkar kepada pengetahuan umum dan khuatir kedudukannya akan digugat oleh musuh politiknya..."
Perkara ini diakui sendiri oleh Presiden Mesir, Muhammad Hosni Mubarak dalam ucapannya ketika merasmikan hospital tentera di Qina pada 17 Oktober 2003 sebagai penjelasan kepada penyelesetan ekonomi Mesir akhir-akhir ini. Beliau berkata :-
"Dunia hari ini mengalami krisis ekonomi yang begitu gawat. Bukan kita sahaja yang merasainya bahkan seluruh dunia merasai kegawatan ini. Kita banyak bercakap tentang kelemahan kerajaan dalam menangani krisis ini dan kita banyak bertanya kenapa kerajaan tidak mampu memulihkan ekonomi? Tetapi adakah kita sedar bahawa ekonomi sebenarnya berada di bawah kuasa Yahudi. Seluruh Eropah dan negara lain di dunia mengalami nasib yang sama. Harga barang melambung tinggi, kesan daripada kos import dan eksport yang naik secara mendadak mengikut pasaran semasa..."

1 pandangan sahabat-sahabat:

takut plak dengar umat islam ni banyak musuh...tapi kite orang islam kene lawan dowang secara halus..semoga agama islam terus mekar dalam hati kita!!!