VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

KONVENSYEN PELAJAR ISLAM PAHANG (KONPIP) KALI KE-8


Batu Talam,- 5-6 februari 2010 - Buat ke sekian kalinya, Konvensyen pelajar Islam Pahang (KONPIP) kali ke 8 dapat di jalankan dengan jayanya di Sekolah Menengah Agama Al-Falah batu Talam, Raub, pahang.

Program peringkat negeri pada kali ini bertemakan "Memperkasa Dakwah, Mengemudi Perubahan" juga merupakan program tahunan yang di adakan khusus membincangkan kesinambungan pergerakan badan dakwah setiap sekolah.


KONPIP kali ini di sertai oleh 8 orang perwakilan dari 19 sekolah agama negeri pahang dan dari sebuah sekolah berasrama penuh SBPI Temerloh. Perwakilan yang hadir merupakan pimpinan dari Badan Dakwah.

setiap sekolah dari kalangan Majlis Tertinggi dan beberapa orang exco yang terpenting dalam badan dakwah.

Program yang sangat bermakna ini telah memuatkan pengisian ke arah pengurusan badan dakwah serta mewujudkan smart usrah dan smart dakwah di dalam menjalankan badan dakwah di peringkat sekolah masing-masing. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Bengkel pengurusan pentadbiran majlis Tertinggi (kelolaan Ustaz Fahmi Abd Jalil), Bengkel Pengurusan Smart Usrah (kelolaan Ustaz Azraie Saballah), Bengkel Smart Dakwah menjurus kepada Kertas Kerja Program (kelolaan Ustaz Zarimi Abu Zih), Ice-Breaking (kelolaan Ustaz Khairul Fathi Ali), riadhah bermodul, modul ukhuwah, serta ikat janji ukhuwwah setiap sekolah serta beberapa slot yang menjurus kepada cabaran menjadi pendakwah muda di peringkat sekolah.

Program ini juga menekankan aspek kerohanian, keilmuan, kepimpinan, berani tampil ke hadapan, tahan lasak, ukhuwah dan sebagainya.

Setelah berkampung selama 3 hari 2 malam di sana, semua perwakilan telah berjaya menghasilkan beberapa resolusi yang sangat penting demi mengembalikan semula kegemilangan sekolah-sekolah agama negeri pahang. Antara resolusi yang telah di sepakati ialah :

1) Menjadikan Usrah sebagai agenda terpenting bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan JAIP
2) Mematuhi jalinan ukhuwah diplomatik yang telah dipersetujui bersama
3) Memastikan pemilihan kepimpinan badan dakwah dibuat dengan serius & teliti
4) Memastikn pendokumentasian perjalanan aktiviti badan dakwah dibuat dengan lebih sempurna

Program ini telah di rasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, Puan Pahimah bt Abdul Rahman . turut hadir ialah En. Mustaparudin bin Osman, Pen. Pengarah Kokurikulum dan Pengetua-pengetua SMAN Pahang.

Dalam ucapan Puan Pahimah, beliau menyebut usaha yang sangat murni ini perlu di teruskan bagi melahirkan golongan yang berilmu. Ilmu sangat penting bagi semua pendakwah. Beliau menyeru kepada semua peserta agar membuat persediaan sebelum melakukan kerja-kerja dakwah dan KonPIP ini juga antara persediaan yang perlu bagi setiap pendakwah.

Pada akhir majlis, urusetia juga mengumumkan perwakilan terbaik. Anugerah Perwakilan terbaik KONPIP 2010 telah di raih oleh perwakilan Kulliyah Al-Lughah Wad Din sultan Abu Bakar, Pekan. Anugerah ini telah di sampaikan oleh KPP sendiri. Semua peserta juga diberikan sijil penyertaan.

AJK program adalah merupakan Alumni Badan Dakwah sekolah-sekolah agama negeri Pahang. Pihak urusetia mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak JAIP, SMA Al-Falah Batu Talam, Guru penasihat Badan Dakwah SMAN, urusetia KONPIP 2010, dan semua peserta yang terlibat. semoga usaha yang kita lakukan ini menjadi nilai di sisi Allah.





(Laporan diambil daripada http://ipahangent.blogspot.com/)

0 pandangan sahabat-sahabat: