VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Ghuraba'

Maka beruntunglah orang-orang asing...ghurabaa


نقل فؤادك حيث شئت من الهوى مـا الحـب إلا للحبيب الأول
Palingkan hatimu pada apa saja yang kau cintai
Tidaklah kecintaan itu kecuali pada cinta pertamamu
Yaitu Alloh jalla wa ‘ala

كم منزل في الأرض يألفه الفتى وحنينـــه أبــدا لأول مــنزل
Berapa banyak tempat tinggal di bumi yang ditempati seseorang
Dan selamanya kerinduannya hanya pada tempat tinggalnya yang semula
Yaitu surga


Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari) 

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Ghurabaa:
1. Pendapat Qadhi 'Iyad sendiri ialah: Zahir hadis adalah umum, yakni Islam telah dimulai oleh golongan yang sedikit kemudian berkembang tetapi akhirnya akan kembali berkurangan sehingga berada pada golongan yang sedikit sebagaimana ia bermula.

2. Menurut al-Sindi (syarh Sunan Ibnu Majah), Islam bermula dagang kerana penganutnya yang sedikit. Ia akan kembali dagang kerana kurangnya orang yang menegakkannya walaupun penganutnya ramai. al-Ghuraba' ialah mereka yang menegakkannya. Mereka dipanggil al-Nuzza', iaitu orang yang keluar meninggalkan watan mereka untuk menegakkan sunnah-sunnah Islam, dan menurut pendapat sebahagian ulama' salaf, mereka adalah Ahlul Hadis.

3. Manakala al-Ghuraba' menurut al-Mubarakapuri (syarh Jami' al-Tirmizi) ialah orang Islam di awal Islam dan di akhir Islam, ekoran kesabaran mereka menghadapi penindasan dan sebagainya.

Reaksi:

0 pandangan sahabat-sahabat: