VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Jurang Mariana -bukti Keagungan Allah


Alhamdulilah. marilah kita sama-sama melahirkan rasa syukur kepada Allah Yang Maha Agung kerana  telah meletakkan kita ditempat yang berjauhan dari bencana alam. Allah berkuasa  memberi hidayah kepada orang-orang yang DisukaiNYA dan tiada siapa yang mampu menyesatkan  dia dan dia pun tidak mampu menyesatkan orang lain.

Mari kita hayati keAgungan ALLAH S.W.T 

Jurang Mariana terletak di dasar Lautan Pasifik, di Timur Mindanao, Filipina. Jurang ni membentuk sempadan antara 2 plat tektonik di antara Plat Pasifik dengan Plat Filipina.



Jurang Mariana ialah jurang yg paling dalam di dunia ( lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi ). Kedalamannya mencecah sehingga 11 kilometer.

Jurang sepanjang 2550 kilometer ni memiliki kelebarannya sehingga 69 kilometer.

Bahagian dasar laut di Jurang Mariana menerima tekanan air yg sangat kuat sehingga 108.6 MPa, iaitu lebih dari 1000 kali ganda tekanan atmosfera piawai pada aras laut.



Puncak Gunung Everest lebih kurang 8 kilometer dari aras laut. Sementara bahagian paling dasar Jurang Mariana mencecah sehingga 11 kilometer dari aras laut. Bermakna kedalaman Jurang Mariana jauh melebihi ketinggian Gunung Everest.

Dengan dasar yg sangat dalam dan gelap, pasti 1001 misteri tersembunyi dalam jurang tersebut. Antaranya ialah jenis hidupan marin yg mampu survive dan membiak dalam habitat yg sebegitu rupa. Pasti tak sama dengan hidupan yg hidup di permukaan dan pertengahan laut.

Mari kita saksikan kebesaran Allah Ta'ala melalui ciptaan2Nya yg unik dan penuh misteri. Inilah antara hidupan marin yg terdapat di celah Jurang Mariana yg berjaya dirakamkan.





















Subhanallah. . Allah Maha Pencipta, Maha Hebat lagi Maha Besar!

3 pandangan sahabat-sahabat:

Dah 18 tahun aku hidup. Tapi masih ada banyak bende yang aku tak taw. Memang btol ah orang cakap "makin banyak kita blaja, makin kita taw kebodohan kita". Allah jualah yang maha mengetahui segalanya. MasyaAllah..

em...hanya Allah Maha Mengetahui..