VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

KEM MUSLIM SEJATI (KEMAS)



Pada bulan Januari yang lepas dalam tahun 2011, pihak BADAR SBPI Temerloh telah mengadakan program Kem Muslim Sejati (KEMAS). Program ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan dikelolai oleh fasilitator-fasilitator dari Tingkatan 3 dan 4. Program ini bertujuan untuk melahirkan individu Muslim yang mampu melaksanakan amal ibadat dengan lebih sempurna dan berkualiti.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini pada hari pertama ialah:

  1. Pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 1
  2. Taklimat ringkas daripada Ustaz abu Khuhafah bin Abu Bakar
  3. Ice Breaking
  4. Pembentangan kumpulan
Pada hari keesokannnya, pelajar telah melaksanakan aktiviti:
  1. Ceramah mengenai pelaksanaan ibadat daripada Ustaz Arselan Hakim
  2.  Tasmi' bacaan,praktikal solat dan tasmi' wirid serta praktikal wudhuk
  3. Permainan Islamic Playtime 
Pada hari terakhir, para peserta Tingkatan 1 telah melaksanakan aktiviti seperti berikut:
  1. Ucapan penutupan oleh Ustaz Abu Khuhafah bin Abu Bakar dan dua orang wakil pelajar Tingkatan 1 lelaki dan perempuan
  2. Penyampian hadiah kepada pemenang permainan Islamic Playtime
  3. Tayangan Slide KEMAS
Akhir kalam, semoga semua Muslim mampu untuk menjadi seorang umat nabi Muhammad yang sentiasa ikhlas dalam beribadat kepada Allah.