VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

1 MUHARRAM 1433H : Hijrahkan Diri Ini


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt. kerana masih memberi kita ruang dan peluang untuk kita berpijak di muka bumi ini, dapat menghirup udara segar, suatu nikmat yang tidak putus-putus Allah  kurniakan kepada kita yang membolehkan kita hidup sampai ke saat ini. Lebih bermakna hidup kita ini kerana masih diberi nikmat Iman dan Islam. Walaupun kadang-kadang level Iman kita menurun secara mendadak, terlalu mudah diperdaya dek musuh durjana syaitan laknatullah dan hawa nafsu yang serakah, membuatkan kita rebah tersungkur dan terjatuh daripada landasan sebenar, berpaling tadah dan mengkhianati tuntutan hidup sebagai seorang hamba-Nya yang kerdil lagi daif. Namun, Sang Pencipta dan Pemilik Alam ini masih membuka pintu taubat untuk kita. Begitu sayangnya Allah kepada hamba-Nya. Walau berapa banyak pun maksiat kita terhadap Allah, tapi Dia tetap membuka pintu-pintu kemaafan dan keampunan. Alangkah rendahnya sifat pemaaf kita berbanding Allah, jika orang lain melakukan kesalahan kepada kita, cukup payah untuk kita bersedia memaafinya.Justeru, gunakan peluang yang ada untuk kita terus berusaha untuk bangkit dan bangun semula, kembali ke pangkal jalan yang diredhai-Nya, agar kita terhindar daripada murka-Nya. Jangan biarkan nafsu amarah dan syahwat mu terus merantai dan membelenggu diri.

1432 tahun sudah berlalu setelah penetapan kalendar hijrah, kini sudah masuk tahun ke-1433. Adakah kita telah bersedia untuk melakukan perubahan dalam diri kita? Atau masih ingin bersama kesalahan dan maksiat yang seringkali menjadi rutin kita? Jadikan tahun baru hijrah ini sebagai sebuah 'catalyst' untuk kita memperbaiki segala kelemahan yang ada. Sampai bila kita nak berdamping dengan kemaksiatan? Cukuplah sampai hari ini. Berazamlah untuk meninggalkannya, berdoalah supaya Allah menghindarkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaan-Nya. Memang benar, kita akui amat payah dan susah untuk kita meninggalkan suatu kemaksiatan begitu sahaja tatkala kita telah terjerumus ke dalamnya. Disinilah pengorbanan itu dituntut. Korbankanlah slot untuk kemaksiatan dan gantilah dengan slot untuk jalan ketaqwaan. Biarlah penghijrahan kita tak berlaku secara drastik dan mendadak, tetapi istiqamah dan berterusan. Sentiasalah berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam disertai dengan doa yang berterusan kepada Allah supaya Allah sentiasa membantu kita dalam merealisasikan usaha kita ini.

SALAM MAAL HIJRAH daripada BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN SBPI TEMERLOH. (n_n)

Reaksi:

0 pandangan sahabat-sahabat: