VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

SEKSUALITI MERDEKA? APA DAH JADI DENGAN MALAYSIA?!!!


Saban hari, kita semakin dikejutkan dengan pelbagai berita pelik lagi aneh di Malaysia. Cukuplah dengan kucar-kacir yang berlaku dalam politik Malaysia, masalah remaja, buang anak, simbah asid di jalanan, dan sekarang, seksualiti merdeka? Apa nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang ini?

            Tidakkah penganjur program tersebut sedar akan kekeliruan identiti yang terjadi kepada mereka yang bermasalah dengan hubungan seks sejenis ini? Kenapa hendak diketengahkan isu ini dan disokong mereka atas alasan kebebasan hak asasi manusia? Telah terbukti di seluruh dunia bahawa semua kebebasan dalam seks mengundang masalah tidak kiralah seks sejenis, seks rambang, ‘main belakang’ dan lain-lain kebebasan dalam seks. Kenapa perlu diadakan perhimpunan untuk menyatakan kepada seluruh dunia bahawa mereka adalah golongan pengamal seks songsang? Adakah kita bersetuju untuk menggalakkan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh mampu merosakkan manusia? Kalau begitu, kenapa tidak disokong sahaja para pencuri untuk mencuri?
Bukankah mereka juga berhak melakukan sesuatu selagi tidak menganggu gugat nyawa dan keamanan manusia lain? Mencuri bukanlah bererti mencederakan orang yang dicuri, tetapi sekadar mengambil duit dan barang-barang berharga lain yang digunakan untuk membeli barangan keperluan seharian. Itu sahaja.

            Sangat peliklah kalau ada pihak yang masih tidak mampu melihat masalah-masalah yang timbul ini bahkan sanggup mempertahankannya atas tiket hak asasi manusia. Hak asasi apakah yang kalau dilaksanakan, akan mengganggu ketenteraman masyarakat? Kata mereka: “Tiada masalah dalam kebebasan seksual.” Benarkah tiada masalah? Bagaimana kita terangkan ‘tiada masalah’ ini jika ramai manusia di luar sana menghidap penyakit berbahaya disebabkan kebebasan seksual ini? Sifilis, Gonorrhea, Herpes, vaginitis dan AIDS merupakan antara contoh penyakit seksual. Lebih malang, ada pula mereka yang tidak bersalah(contoh: isteri) yang tidak terlibat dalam seks bebas ini terpaksa menghidap penyakit berbahaya ini disebabkan suami mereka terlibat dalam seks bebas dan menjadi pembawa kepada penyakit tersebut.

            Suatu keaiban yang amat sangat apabila diketahui bahawa badan yang dipandang hebat seperti Badan Peguam Malaysia juga menyokong program ini secara terbuka. “Oh, presidennya bukan seorang muslim”. Muslim mahupun bukan muslim tidak menjadi isu. Seks songsang seperti gay bukanlah suatu aktiviti yang hanya diharamkan dalam Islam. Hal ini bahkan melibatkan moral manusia. Sudah berkurun lamanya manusia, bahkan haiwan, mengetahui bahawa konsep ‘key and lock’ digunapakai dalam hubungan seksual sepertimana ia diaplikasi dalam menerangkan fungsi enzim dalam ilmu biologi. Jadi, kenapa perlu disokong apabila ada puak yang ingin memasukkan ‘key’ ke dalam ‘lock’ yang tidak sepatutnya?
           
            Namun begitu, kuat manalah sangat ‘suara’ artikel-artikel di dalam blog ini sampai mampu mengubah pendirian golongan-golongan ‘atasan’ untuk membatalkan himpunan seks songsang tersebut atau menghentikan konsert yang akan diadakan tidak lama lagi . Oleh itu, penulis menyeru semua muslimin dan muslimat yang membaca artikel ini agar cakna dengan perkara-perkara yang berlaku di sekitar anda dan ambillah iktibar dari perkara yang baik dan bermanfaat dan jauhilah sebarang aktiviti yang boleh merosakkan akhlak, iman, dan akidah kita sebagai muslim. Aktiviti seperti konsert yang melibatkan percampuran lelaki dan perempuan perlulah dijauhi apatah lagi jika konsert tersebut memperkenalkan artis yang terlibat dalam masalah sosial seperti seks sejenis.

            Akhir kata, semoga kita semua terselamat daripada fitnah akhir zaman. Berjuanglah dengan berhikmah selagi boleh. Perbaikilah diri sedaya mungkin. Realisasikan apa yang dikatakan. Sekian.


Penafian/Disclaimer:
1) Artikel ini ditulis untuk mengecam perhimpunan 'seksualiti merdeka' yang pada hemat penulis merupakan satu perhimpunan yang jijik dan perlu dihalang daripada diadakan.
2) Artikel ini tidak ditulis untuk mengecam konsert Elton John yang bakal diadakan di Malaysia atas alasan dia seorang gay. Sebaliknya, artikel ini ditulis untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap konsert tersebut atas alasan  terdapat pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
3) Penulis 100% mengecam dan memandang hina akan kelakuan seks songsang tanpa memandang hina kepada pengamalnya kerana setiap pengamal seks songsang tersebut masih mempunyai masa untuk bertaubat selagi pintu taubat belum tertutup.


*Jika terdapat sebarang kekurangan dan kekaburan di dalam artikel ini, para pembaca dialu-alukan untuk menulis komen di ruang komen di bawah. Terima kasih.

3 pandangan sahabat-sahabat:

astaghfirullah..
saya benar-benar setuju dengan 'post' ini..
sangat menyedihkan pabila Datuk Marina Mahathir menyokong perhimpunan ini..
semoga kita semua sentiasa diberi hidayah daripada Allah utk menjauhi larangannya..

yang haram tetap haram, sy bersetuju...jgn kita pndg hina pada pengamalnya, kerana peluang taubat masih terbuka lagi.... apa yg perlu dibanteras adalah organisasinya... sy bantah seksualiti merdeka...!!!

urm,jgn pndg hina pada pengamalnya,kerana mungkin suatu hari nanti mereka akn bertaubat..
tetapi sentiasalh pandang hina pada perbuatan terlarang ini..^^