BERTAUBATLAH DAN LAKUKANLAH AMAL SOLEH

"Demi zatKu yang Mulia, Aku bersumpah demi Bukit Thur, demi kitab Al-Quran yang tersusun, demi lembaran-lembaran yang disebarkan, demi Baitul Makmur(tempat bertawaf para malaikat), demi bumbung yang dinaikkan(langit), demi lautan yang berbahang-bahang, Aku tak mungkin bersumpah tentang neraka kecuali mereka yang kafir, suka mengumpat, suka melaga-lagakan orang, orang yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang riyak, orang yang tidak membayar zakat, orang yang suka berzina, orang yang suka memakan riba, peminum-peminum arak, orang yang menzalimi anak-anak yatim, orang yang suka berdusta atau menipu, orang-orang jahat yang sentiasa menyakiti jiran kecuali MEREKA BERTAUBAT KEPADA ALLAH dan BERAMAL SOLEH ."

MARI BERMUJAHADAH !

Adapun orang yang bersungguh-sungguh untuk jalan Aku , maka Aku akan pastikan dia mendapat petunjuk Aku , yakni orang yang bersungguh-sungguh untuk bermujahadah .

JOM BERSYUKUR ! TIDAK MENGAPA , SIKIT PUN TAKKAN RUGI

Tidur sebenarnya adalah perjudian yang terbesar. Sebab itu bila bangun, saya rasa bersyukur. Sebab kalau Allah matikan saya masa tidur, saya sentiasa rasa saya akan bangun dengan berhadapankan neraka. Tetapi Allah bangunkan saya, tanda dia masih cinta. Maka siapakah yang bersyukur? Tetapi ramai yang alpa. Maka hari baru diisi lagi dengan ingkar dan dosa. "Sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur." Surah Saba' ayat 13. -Hilal Asyraf-

DO WE REALLY WISH TO GO TO JANNAH ?

Jannah, imagine you and your father were in the same age . Imagine when you show off your book with no shame . Imagine the nights with the sahaba with their stories to entertain . Imagine Prophet Muhammad s.a.w knowing your name . Gardens underneath which rivers flow . A goal so far and yet so close . A journey worth taking for those who know . Tell me do you not wish to go for more? You forgot and He forgave . He gave you guidance and you still strayed . You ask for mercy that He gave and more and more and more .

DEATH IS INEVITABLE

When Azrael came to pick us up, what would we say ? Could we say " I 'm not ready yet. Another day please ? " or " No , no , no. Not a suitable time right now . " or " Hey, can't you see what I'm doing right now ?! Totally busy !" or " Relax , bro. Life is only once . Let's have fun ." People, living a life is totally difficult. So busy and full of stress. Lots of obstacles we need to face. But still, DEATH always awaits us. Every seconds and every minutes. So, make the very best preparations to face it ! Tomorrow could never be our day.

VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.
Memaparkan catatan dengan label aqidah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aqidah. Papar semua catatan

Siapa golongan al-asyairah?

Penjelasan daripada Sayyid Muhammad bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani:

Ramai kaum muslimin jahil (tidak mengetahui) mengenai madzhab al-‘Asya’irah (kelompok ulama pengikut madzhab Imam Abul Hasan al-Asy’ari) dan tidak mengetahui siapakah mereka, dan metode mereka dalam bidang aqidah. Lantaran dari itu, sebahagian dari mereka, tidak berhati-hati, melemparkan tuduhan bahawa golongan Asya’irah sesat atau telah keluar dari Islam dan mulhid (menyimpang dari kebenaran) di dalam memahami sifat-sifat Allah
Kejahilan terhadap madzhab al-Asya’irah ini adalah faktor retaknya kesatuan golongan Ahl as-Sunnah dan terpecah-pecahnya kesatuan mereka, sehingga sebahagian golongan yang jahil memasukkan al-Asya’irah dalam kelompok golongan yang sesat . Saya tidak tahu, mengapa golongan yang beriman dan golongan yang sesat disamakan? Dan bagaimana golongan Ahl as-Sunnah dan golongan ekstrim mu’tazilah (Jahmiyyah) disamakan?
أَفَنَجْعَلُ ٱلْمُسْلِمِينَ كَٱلْمُجْرِمِينَ - مَا لَكُمْ كَيْفَ تَحْكُمُونَ
Patutkah Kami (berlaku tidak adil, dengan) menjadikan orang-orang Islam (yang taat), sama seperti orang-orang yang berdosa (yang kufur ingkar)? Apa sudah jadi kepada akal kamu? Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)? (Surah al-Qalam: 35 – 36)
Al-Asya’irah adalah para pemimpin ulama yang membawa petunjuk dari kalangan ulama muslimin yang ilmu mereka memenuhi bahagian timur dan barat dunia dan disepakati oleh manusia sepakat atas keutamaan, keilmuan dan keagamaan mereka. Mereka adalah tokoh-tokoh besar ulama Ahl as-Sunnah berwibawa tinggi yang berdiri teguh menentang kepongahan dan kesombongan golongan mu’tazilah.
Dalam mengupas tentang golongan al-Asya’irah, Ibn Taimiyyah berkata:
والعلماء أنصار علوم الدين والأشاعرة أنصار أصول الدين – الفتاوى الجزء الرابع
Artinya: “Para ulama adalah pembela ilmu agama dan al-Asya’irah pembela dasar-dasar agama (ushuluddin) - (al-Fataawaa, juzu’ 4) Sesungguhnya mereka (penganut madzhab al-Asya’irah) terdiri dari tokoh-tokoh hadits, fiqih dan tafsir dari kalangan tokoh imam yang utama (yang menjadi panutan dan sandaran para ulama lain) seperti:
  • Syaikhul Islam Ahmad ibn Hajar al-‘Asqalani رحمه الله, tokoh hadits yang tidak dipertikaikan lagi sebagai gurunya para ahli hadits, penyusun kitab Fathul Baari ‘ala Syarhil Bukhaari. Bermazhab Asya’irah. Karyanya sentiasa menjadi rujukan para ulama’.
  • Syaikhul Ulama Ahl as-Sunnah, al-Imam an-Nawaawi رحمه الله, penyusun Syarh Shahih Muslim, dan penyusun banyak kitab yang masyhur. Beliau bermazhab Asya’irah.
  • Syaikhul Mufassirin al-Imam al-Qurthubi رحمه الله penyusun tafsir al-Jaami’ li Ahkaamil Qur’an. Beliau bermazhab Asya’irah.
  • Syaikhul Islam Ibnu Hajar al-Haithami رحمه الله, penyusun kitab az-Zawaajir ‘an al-Iqtiraaf al-Kabaa’ir. Beliau bermazhab Asya’irah.
  • Syaikhul Fiqh wal Hadits al-Imam al-Hujjah wa ats-Tsabat Zakaaria al-Anshari رحمه الله Beliau bermazhab Asya’irah.
  • Al-Imam Abu Bakar al-Baaqilani رحمه الله
  • Al-Imam al-Qashthalani رحمه الله
  • Al-Imam an-Nasafi رحمه الله
  • Al-Imam asy-Syarbini رحمه الله
  • Abu Hayyan an-Nahwi رحمه الله, penyusun tafsir al-Bahr al-Muhith.
  • Al-Imam Ibn Juza رحمه الله, penyusun at-Tashil fi ‘Uluumittanziil.
  • Dan lain-lain lagi, kesemuanya merupakan tokoh-tokoh ‘Asya’irah.
Seandainya kita menghitung jumlah ulama besar dari ahli hadits, tafsir dan fiqh yang bermazhab al-Asya’irah, maka keadaan tidak akan memungkinkan dan kita memerlukan beberapa jilid buku untuk merangkai nama para ulama besar yang ilmu mereka memenuhi wilayah timur dan barat bumi. Adalah salah satu kewajiban kita untuk berterimakasih kepada orang-orang yang telah berjasa dan mengakui keutamaan orang-orang yang berilmu dan memiliki kelebihan yakni para tokoh ulama, yang telah menabur khidmat mereka kepada syari’at Penghulu Para Rasul, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم. Dimanakah lagi kebaikan yang kita harapkan sekiranya kita melemparkan tuduhan menyimpang daripada kebenaran dan sesat kepada para ulama besar kita dan para salafus sholeh? Bagaimana Allah akan membukakan mata hati kita untuk mengambil manfaat dari ilmu-ilmu mereka setelah kita beri’tiqad bahwa mereka berada dalam keraguan dan menyimpang dari jalan Islam?. Sungguh saya ingin mengatakan: “Adakah terdapat ulama masakini daripada kalangan doktor [penyandang ijazah PhD] dan cerdik pandai, mampu melakukan sepertimana yang dilakukan oleh Ibnu Hajar al-‘Asqalani dan al-Imam an-Nawawi رحمهماالله dalam berkhidmat terhadap sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang suci? Adakah kita mampu untuk memberi khidmat terhadap sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم sebagaimana yang dilakukan oleh kedua-dua ulama besar ini? Semoga Allah mengurniakan kepada mereka rahmat dan keredhaanNya. Lalu bagaimana kita boleh menuduh sebagai sesat mereka berdua[1] dan para ulama al-Asya’irah yang lain, padahal kita memerlukan ilmu-ilmu mereka? Dan bagaimana kita boleh mengambil ilmu dari mereka jika mereka didalam kesesatan? Padahal al-Imam Ibnu Sirin رحمه الله pernah berkata:
إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم
Artinya: Sesungguhnya ilmu ini adalah agama, maka perhatikan daripada siapa kalian mengambil agama kalian. Apakah tidak cukup bagi orang yang tidak sependapat dengan para imam di atas, untuk mengatakan, “Mereka rahimahullah telah berijtihad dan mereka salah dalam menafsirkan sifat-sifat Allah. Maka yang lebih baik adalah tidak mengikuti metode mereka.” Sebagai ganti dari ungkapan kita menuduh mereka telah menyimpang dan sesat lalu kita marah atas orang yang mengkategorikan mereka sebagai ahlussunnah. Dan seandainya al-Imam an-Nawawi, al-‘Asqalani, al-Qurthubi, al-Fakhrurrazi, al-Haithami dan Zakaria al-Anshari dan ulama berwibawa yang lain tidak dikategorikan sebagai Ahlussunnah Wal Jama’ah, lalu siapakah mereka yang termasuk Ahlussunnah Wal Jama’ah?. Sungguh, dengan tulus kami mengajak semua pendakwah dan mereka yang bergiat di medan dakwah Islam agar bertaqwa kepada Allah dalam urusan ummat Muhammad صلى الله عليه وسلم, khususnya terhadap tokoh-tokoh ulama dan para fuqaha’nya. Kerana, ummat Muhammad صلى الله عليه وسلم sentiasa berada dalam kebaikan hingga hari kiamat. Dan tidak ada kebaikan bagi kita jika tidak mengakui kedudukan dan keutamaan para ulama kita sendiri. Al-Asya’irah adalah pengikut Imam Abu Hasan al-Asy'ari yang mempunyai jasa yang besar dalam membersihkan aqidah Ahlussunnah wal Jamaah daripada kekeruhan yang dicetuskan oleh golongan Mu'tazilah. Kebanyakan pendokong dan ulama ulung umat ini adalah daripada golongan al-Asya’irah. Sedangkan golongan yang mempertikaikan mereka ini tidak pun mencapai separas buku lali mereka dari segi ilmu, wara' dan taqwa. Di antara ulama al-Asya’irah ialah: Imam al-Haramain, Imam al-Ghazali, al-Hafidz Ibn Hajar al-'Asqalani, Imam Fakhruddin ar-Razi dan sebagainya. Apakah dosa yang telah mereka lakukan? Adakah kerana mereka bertungkus-lumus untuk membuat penolakan ke atas kekeliruan yang ditimbulkan oleh golongan Musyabbihah berhubung dengan Dzat Allah? Golongan Musyabbihah ini cuba untuk menetapkan bahawa Allah Ta’ala mempunyai jisim melalui ayat-ayat mutasyabihat dan hadits-hadits yang menyatakan secara dzahirnya bahawa Allah mempunyai tangan, mata, siku, jari-jari dan sebagainya. - Tamat petikan. ULAMA' yang bermazhab asyairah. Peringkat Pertama - Dari Kalangan Murid Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari
  • Abu Abdullah bin Mujahid Al-Bashri
  • Abu Al-hasan Al-Bahili Al-Bashri
  • Abu Al-Hasan Bandar bin Al-Husein Al-Syirazi As-Sufi
  • Abu Muhammad At-Thobari Al-‘Iraqi
  • Abu Bakr Al-Qaffal As-Syasyi
  • Abu Sahl As-So’luki An-Naisaburi
  • Abu Yazid Al-Maruzi
  • Abu Abdillah bin Khafif As-Syirazi
  • Abu Bakr Al-Jurjani Al-Isma’ili
  • Abu Al-Hasan Abdul ‘Aziz At-Thobari
  • Abu Al-Hasan Ali At-Thobari
  • Abu Ja’far As-Sulami Al-Baghdadi
  • Abu Abdillah Al-Asfahani
  • Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Zuhri
  • Abu Bakr Al-Bukhari Al-Audani
  • Abu Al-Manshur bin Hamsyad An-Naisaburi
  • Abu Al-Husein bin Sam’un Al-Baghdadi
  • Abu Abdul Rahman As-Syaruthi Al-Jurjani
  • Abu Ali Al-Faqih Al-Sarkhosyi
Peringkat Kedua
  • Abu Sa’ad bin Abi Bakr Al-Isma’ili Al-Jurjani
  • Abu Thayyib bin Abi Sahl As-So’luki An-Naisaburi
  • Abu Al-Hasan bin Daud Al-Muqri Al-Darani Ad-Dimasyqi
  • Al-Qodhi Abu Bakr bin At-Thoyyib bin Al-Baqillani
  • Abu ‘Ali Ad-Daqqaq An-Naisaburi (guru Imam Al-Qusyairi)
  • Al-Hakim Abu Abdillah bin Al-Bai’e An-Naisaburi
  • Abu Manshur bin Abi Bakr Al-Isma’ili
  • Al-Ustaz Abu Bakr Furak Al-Isfahani
  • Abu Sa’ad bin Uthman Al-Kharkusyi
  • Abu Umar Muhammad bin Al-Husein Al-Basthomi
  • Abu Al-Qasim bin Abi Amr Al-Bajli Al-Baghdadi
  • Abu Al-Hasan bin Maysazah Al-Isfahani
  • Abu Tholib bin Al-Muhtadi Al-Hasyimi
  • Abu Mu’ammar bin Abi Sa’ad Al-Jurjani
  • Abu Hazim Al-‘Abdawi An-Naisaburi
  • Al-Ustaz Abu Ishaq Al-Isfara’ini
  • Abu ‘Ali bin Syazan Al-Baghdadi
  • Abu Nu’aim Al-Hafiz Al-Isfahani
  • Abu Hamid Ahmad bin Muhammad Al-Istawa’ie Ad-Dalwi
Peringkat Ketiga
  • Abu Al-Hasan As-Sukri Al-Baghdadi
  • Abu Manshur Al-Ayyubi An-Naisaburi
  • Abu Muhammad Abdul Wahab Al-Baghdadi
  • Abu Al-Hasan An-Na’imi Al-Bashri
  • Abu Thohir bin Khurasah Ad-Dimasyqi
  • Al-Ustaz Abu Manshur An-Naisaburi
  • Abu Dzar Al-Haraqi Al-Hafiz
  • Abu Bakr Ad-Dimsyaqi (Ibn Al-Jurmi)
  • Abu Muhammad Al-Juwaini (ayahnda Imam Al-Haramain Al-Juwaini)
  • Abu Al-Qasim bin Abi Uthman Al-Hamdani
  • Abu Ja’far As-Samnani
  • Abu Hatim At-Thobari Al-Qozwini
  • Abu Al-Hasan Rasya bin Nazhif Al-Muqri
  • Abu Muhammad Al-Isfahani (Ibn Al-Laban)
  • Abu Al-Fath Salim bin Ayyub Al-Razi
  • Abu Abdillah Al-Khobazi Al-Muqri
  • Abu Al-Fadhl bin ‘Amrus Al-Baghdadi Al-Maliki
  • Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Isfarayini
  • Al-Hafiz Abu Bakr Al-Baihaqi (empunya Al-Asma’ wa As-Sifat)
Peringkat Keempat
  • Abu Bakr Al-Khatib Al-Baghdadi
  • Al-Ustaz Abu Al-Qasim Al-Qusyairi
  • Abu ‘Ali bin Abi Harishoh Al-Hamdani Ad-Dimasyqi
  • Abu Al-Muzhoffar Al-Isfara’ini
  • Abu Ishaq Ibrahim bin ‘Ali As-Syirazi
  • Imam Al-Haramain Abu Al-Ma’ali Al-Juwaini
  • Abu Al-Fath Nasr bin Ibrahim Ad-Dimasyqi
  • Abu Abdillah At-Thobari
Peringkat Kelima
  • Abu Al-Muzoffar Al-Khowafi
  • Al-Imam Abu Al-Hasan At-Thobari (Balika Al-Harrasi)
  • Hujjatul Islam Al-Imam Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali
  • Al-Imam Abu Bakr Al-Syasyi
  • Abu Al-Qashim Al-Anshori An-Naisaburi
  • Al-Imam Abu Nasr bin Abi Al-Qasim Al-Qusyairi
  • Al-Imam Abu ‘Ali Al-Hasan bin Sulaiman Al-Isbahani
  • Abu Sa’id As-ad bin Abi Nashr bin Al-Fadhl Al-‘Umri
  • Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Yahya Al-Uthmani Ad-Dibaji
  • Al-Qadhi Abu Al-‘Abbas Ahmad bin Salamah (Ibn Al-Ratbi)
  • Al-Imam Abu Abdillah Al-Farawi
  • Imam Abu Sa’ad Isma’il bin Ahmad An-Naisaburi Al-Karmani
  • Imam Abu Al-Hasan Al-Sulami Ad-Dimasyqi
  • Imam Abu Manshur Mahmud bin Ahmad Masyazah
  • Abu Al-Fath Muhammad bin Al-Fadhl bin Muhammad Al-Isfara’ini
  • Abu Al-Fath Nasrullah bin Muhammad Al-Mashishi
Peringkat Keenam
  • Al-Imam Fakhruddin Al-Razi (empunya At-Tafsir Al-Kabir dan Asas At-Taqdis)
  • Imam Saifullah Al-Amidi (empunya Abkar Al-Afkar)
  • Sulton Al-Ulama’ Izzuddin bin Abdil Salam
  • Sheikh Abu ‘Amr bin Al-Hajib
  • Sheikhul Islam Izzuddin Al-Hushairi Al-Hanafi (empunya At-Tahsil wal Hashil)
  • Al-Khasru Syahi
Peringkat Ketujuh
  • Sheikh Taqiyuddin Ibn Daqiq Al-‘Idd
  • Sheikh ‘Ala’uddin Al-Baji
  • Al-Imam Al-Walid Taqiyuddin Al-Subki (murid Sheikh Abdul Ghani An-Nablusi)
  • Sheikh Shofiyuddin Al-Hindi
  • Sheikh Shadruddin bin Al-Marhal
  • Sheikh Zainuddin
  • Sheikh Shodruddin Sulaiman Abdul Hakam Al-Maliki
  • Sheikh Syamsuddin Al-Hariri Al-Khatib
  • Sheikh Jamaluddin Az-Zamlakani
  • Sheikh Jamaluddin bin Jumlah
  • Sheikh Jamaluddin bin Jamil
  • Qodhi Al-Quddho Syamsuddin As-Saruji Al-Hanafi
  • Al-Qadhi Syamsuffin bin Al-Hariri
  • Al-Qodhi ‘Addhuddin Al-Iji As-Syirazi (empunya kitab Al-Mawaqif fi Ilm Al-Kalam)
  • Dan sebagainya… Nafa’anaLlahu bi ulumihim wa barakatihim.. amin…..... Tamat nukilan
Lihatlah, sesungguhnya al-asyairah diikuti oleh sebilangan besar para 'ULAMA'. Adakah mereka semua ini sesat jika ada pihak mendakwa golongan al-asyairah sesat? Fikirkanlah...dan bagaimana pula dengan golongan-golongan di sebelah sana, adakah aliran mereka ada melahirkan para ULAMA' seperti al-asyairah? Wallahu 'alam..

Isu Penggunaan Kalimah Allah swt

(diambil daripada http://episodeperjuangan.blogspot.com/) 1. Keputusan mahkamah yang membenarkan sebuah akhbar [ Herald ] menggunakan kalimah Allah swt telah mencetus polemik dikalangan masyarakat dalam negara kita . Keadaan kelihatan tegang antara penganut ajaran Kristian dan ummat Islam . 2. Saya mengharapkan semua pihak terlebih dahulu tidak mengambil tindakan terburu - buru dan diluar kawal dengan hanya berpandukan emosi khasnya kepada ummat Islam . Justeru , Islam adalah agama yang tetap benar dan utuh malah ia akan terus dipelihara dengan hujjah yang benar dan kuat . 3. Asalnya , agama Kristian [ Nasara ] , Yahudi dan Islam berkongsi Tuhan yang sama iaitu Allah swt. Tuhan yang satu dan Tuhan yang Maha Esa . Inilah jua yang termaktub di dalam Taurat dan Injil . 4. Namun Taurat dan Injil yang asal telah dipinda oleh para paderi dan pendita Yahudi sejak lama dulu sehingga menghasilkan Injil Barnaba , Injil Matthew dan sebagainya . Semenjak itu mereka menyengutukan [ mensyirikkan ] Allah swt Tuhan yang Maha Esa dengan menganggap ada tuhan lain selain Allah seperti tuhan anak , tuhan bapa dan tuhan ibu . 5. Konsep ketuhanan yang sedemikian adalah sangat bercanggah dengan Islam . Justeru Allah swt adalah Tuhan yang Esa . Tuhan yang Satu dan tiada Tuhan yang lain selain Allah yang layak disembah . 6. Sementara mana - mana pihak mahu mengambil tuhan yang lain sebagai tuhan mereka untuk di sembah adalah terpulang kepada keyakinan mereka dan itu menjadi hak mereka dalam beragama . Tetapi mereka tidak boleh menggunakan Lafzul Jalaalah [ Allah ] sebagai Tuhan dan diletakkan di dalam rumah - rumah ibadah mereka untuk disekutukan , kerana ia disifatkan satu penghinaan kepada ummat Islam yang meletakkan Allah swt sebagai Tuhan yang Esa yang tidak sekali - kali layak disekutukan dengan segala apa jua . 7. Saya bersetuju bahawa kalimah Allah swt boleh digunakan oleh sesiapa jua tanpa ia menjadi milik ekslusif ummat Islam , kerana Allah swt adalah Tuhan kepada seluruh ummat manusia . Tetapi penggunaan kalimah Allah itu mestilah benar dan tepat dengan keesaan Allah swt . Seperti mereka mengatakan Allah adalah Tuhan yang mencipta Alam dan Tuhan yang mencipta manusia , maka itu adalah perkataan yang benar dan mereka dibenarkan untuk berkata demikian sekalipun mereka bukan muslim . 8. Menggunakan kalimah Allah swt secara benar dan betul adalah tidak mengapa . Sebagaimana yang disebut di dalam al Quran , bagaimana golongan musyrikin apabila ditanya : [ siapakah yang menjadikan langit dan bumi serta menundukkan matahari dan bulan nescaya mereka menjawab Allah , maka mengapa mereka masih boleh dipalingkan daripada kebenaran .] Dalil ini bagi menegaskan tidak mengapa penggunaan kalimah Allah swt dengan maksud yang benar dan bertepatan dengan konsep ketuhanan Allah swt . tanpa mereka berpaling dari kebenaran itu . 9. Melalui pengamatan saya , aliran Kristian di negara - negara arab seperti Mesir meletakkan kalimah Allah di dalam gereja dan restoran - restoran mereka . Pengalaman saya dengan aliran Kristian di Mesir ini mendapati mereka sememangnya menganggap Allah swt adalah Tuhan yang menciptakan manusia dan memberi rezeki . Bahkan mereka menggunakan kalimah Allah swt sejak awal [ ribuan tahun ] yang lalu . 10. Situasi ini sangat berbeza dengan aliran Kristian yang lain seperti di barat mahupun di negara kita . Sejak awal mereka tidak pernah menggunakan kalimah Allah swt sebagai merujuk kepada tuhan yang mereka sembah di dalam upacara ibadat , penerbitan dan gereja - gereja mereka. Sebaliknya mereka sering menggunakan kalimah God sebagai tuhan mereka dan Jesus tatkala merujuk kepada Nabi Isa a.s . 11. Apabila timbul isu penggunaan kalimah Allah oleh akhbar Herald , ia suatu yang sangat asing maka ia mencetus kesangsian dikalangan ummat Islam . Apakah motif penggunaan kalimah tersebut ? Jika untuk tujuan ibadah , tidak pernah pula mereka menggunakan kalimah tersebut sebelum daripada ini . Inilah persoalan yang mesti diberikan penjelasan yang jujur dari pihak terbabit . 12. Kebimbangan ummat Islam adalah berasas . Penggunaan kalimah Allah tanpa motif yang jelas menimbulkan pelbagai prasangka . Apakah ini strategi mereka untuk menimbulkan kekeliruan dikalangan ummat Islam lalu memurtadkan mereka ? atau ini satu siri provokasi untuk menilai sensitiviti ummat Islam . Prasangka ini akan terus bersarang dan berlegar dalam jiwa ummat Islam . 13. Sikap saya jelas , jika mereka guna kalimah Allah secara salah , pasti mereka akan berdepan dengan penentangan dan kemarahan ummat Islam yang tidak rela Allah swt dipersenda dan diperlekehkan . Tetapi jika mereka menggunakan kalimah Allah dengan betul dan benar seperti menyebut bahawa Allah adalah Tuhan yang mencipta langit dan bumi , Allah adalah Tuhan yang mencipta manusia , Allah adalah tuhan yang memberi rezeki dan seumpamanya , maka itu tidak mengapa dan saya boleh bersetuju sekalipun yang melafazkan itu bukan muslim . 14. Menghormati mahkamah , Kementerian Dalam Negeri berhak membuat rayuan segera bagi membolehkan mahkamah mengkaji dan menyemak semula keputusan yang telah dibuat . Saya juga mengharapkan selepas ini , hakim yang mengendalikan kes mestilah juga hakim yang memahami kedudukan agama Islam dan Kristian di Malaysia . Campurtangan pihak Raja - Raja Melayu juga mungkin boleh meredakan keadaan yang kini kian panas dan tegang . 15. Insyaallah , bagi pihak Pemuda PAS senantiasa bersedia untuk berdialog dan berdepan dengan pelbagai pihak bagi menyelesaikan masaalah secara hujjah , tenang dan damai tanpa mencetus pergolakan antara agama . Kita juga melahirkan rasa kesal terhadap sikap kerajaan UMNO dan BN yang selama ini terlalu banyak mendiamkan diri dalam kes - kes yang mempersendakan Islam dan ummatnya .