MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADHAN
KONVENSYEN PELAJAR ISLAM PAHANG (KONPIP) KALI KE-8
Batu Talam,- 5-6 februari 2010 - Buat ke sekian kalinya, Konvensyen pelajar Islam Pahang (KONPIP) kali ke 8 dapat di jalankan dengan jayanya di Sekolah Menengah Agama Al-Falah batu Talam, Raub, pahang.
Program peringkat negeri pada kali ini bertemakan "Memperkasa Dakwah, Mengemudi Perubahan" juga merupakan program tahunan yang di adakan khusus membincangkan kesinambungan pergerakan badan dakwah setiap sekolah.
Ingin Menyumbang Bakti Kepada Blog Qudwah Alhasanah???
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....
Salam dan selawat kepada junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan juga para pengikutnya, semoga sentiasa dirahmati Allah s.w.t.
Ana mewakili semua krew dan sidang editor Qudwah Alhasanah amat berbesar hati jika ada antara antum sekalian yang ingin menyumbang khidmat bakti dalam memantapkan lagi isi kandungan dan artikel dalam blog ini. Ana akui blog ini agak suram kerana jarang dikemaskini dari semasa ke semasa. Ana harap jika ada yang ingin menjadi moderator blog ini, sila hantarkan resume ringkas seperti berikut ke aidil0623@yahoo.com atau azim_chaohakkai@yahoo.com.my :
Nama :
No. h/p :
alamat gmail * :
sek. menengah :
(butiran bertanda (*) paling penting untuk proses invitation untuk menjadi moderator)
Jika anda masih belum mempunyai akaun gmail, sila daftar dahulu sebelum menghantar resume. Hanya alamat gmail sahaja boleh digunakan untuk blogger.
Bersama kita gerakkan dakwah islamiah!!!!
Takbir!!!QH EDISI KE-19 TELAH DITERBITKAN!!!
Setinggi-
tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada allah s.w.t. kerana dengan keizinannya dapat lagi kami menerbitkan majalah Qudwah Alhasanah (QH) untuk edisi ke-19. Walaupun dengan kesuntukan masa, ruang dan peluang serta tekanan dalam persediaan untuk menghadapi peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia 2009, tetapi dengan kekuatan dan semangat untuk meneruskan dakwah islamiah di samping usaha untuk memuhasabah diri ini yang sering alpa dan lalai dengan duniawi, akhirnya penerbitan QH edisi ke 19 ini dapat diterbitkan dengan sempurna. QH edisi ke-19 ini merupakan keluaran yang terakhir dibawah pimpinan saya sebagai ketua lajnah buletin dan penerbitan merangkap ketua editor qudwah alhasanah sesi 0809. Dalam keterpaksaan ini, saya berasa amat sedih untuk meninggalkan lajnah ini kerana telah banyak pengalaman pahit dan manis yang telah dilalui bersama ahli-ahli lajnah yang telah membanting tulang bersama-sama saya dalam usaha untuk memperkasakan lagi gerak kerja dakwah.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada guru-guru amnya dan guru-guru penasihat Badan Dakwah dan Kerohanian (BADAR) SBP Integrasi Temerloh, yang telah memberikan sokongan dan bimbingan sepanjang penglibatan saya dan ahli-ahli lajnah dalam gerak kerja BADAR. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli lajnah buletin dan penerbitan 0809 yang telah banyak menyumbang dalam penerbitan QH selama ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penerbitan QH selama ini.
Akhir kalam, saya ingin memohon maaf kepada semua pelajar atas kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan selama ini. Saya berharap agar kualiti penerbitan QH akas terus dipertingkat dari semasa ke semasa pada masa akan datang.
Sekian, wassalam.
“DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA”



















