Memaparkan catatan dengan label program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label program. Papar semua catatan
Selasa, September 07, 2010
SITOT
10
MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADHAN
Sepanjang bulan ramadhan tahun ini, pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan bagi menghidupkan bulan yang mulia ini.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuklah aktiviti tahunan seperti tadarus Al-Quran, solat terawikh,berbuka puasa, qiamullail, soal-jawab ad-din, dan lain-lain.
Pada tahun ini, bulan ramadhan disemarakkan lagi dengan pertandingan-pertandingan yang cukup menarik yang dilaksanakan dengan jayanya oleh ahli Badar dengan kerjasama guru-guru penasihat Badar. Antara pertandingan yang dijalankan ialah pertandingan khutbah yang disertai oleh wakil rumah dari kalangan pelajar tingkatan 5, pertandingan azan dari kalangan tingkatan 3&4, dan pertandingan nasyid untuk ahli usrah tingkatan 1&2.
Ahad, Februari 14, 2010
Tanpa Nama
KONVENSYEN PELAJAR ISLAM PAHANG (KONPIP) KALI KE-8
Batu Talam,- 5-6 februari 2010 - Buat ke sekian kalinya, Konvensyen pelajar Islam Pahang (KONPIP) kali ke 8 dapat di jalankan dengan jayanya di Sekolah Menengah Agama Al-Falah batu Talam, Raub, pahang.
Program peringkat negeri pada kali ini bertemakan "Memperkasa Dakwah, Mengemudi Perubahan" juga merupakan program tahunan yang di adakan khusus membincangkan kesinambungan pergerakan badan dakwah setiap sekolah.



















