BERTAUBATLAH DAN LAKUKANLAH AMAL SOLEH

"Demi zatKu yang Mulia, Aku bersumpah demi Bukit Thur, demi kitab Al-Quran yang tersusun, demi lembaran-lembaran yang disebarkan, demi Baitul Makmur(tempat bertawaf para malaikat), demi bumbung yang dinaikkan(langit), demi lautan yang berbahang-bahang, Aku tak mungkin bersumpah tentang neraka kecuali mereka yang kafir, suka mengumpat, suka melaga-lagakan orang, orang yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang riyak, orang yang tidak membayar zakat, orang yang suka berzina, orang yang suka memakan riba, peminum-peminum arak, orang yang menzalimi anak-anak yatim, orang yang suka berdusta atau menipu, orang-orang jahat yang sentiasa menyakiti jiran kecuali MEREKA BERTAUBAT KEPADA ALLAH dan BERAMAL SOLEH ."

MARI BERMUJAHADAH !

Adapun orang yang bersungguh-sungguh untuk jalan Aku , maka Aku akan pastikan dia mendapat petunjuk Aku , yakni orang yang bersungguh-sungguh untuk bermujahadah .

JOM BERSYUKUR ! TIDAK MENGAPA , SIKIT PUN TAKKAN RUGI

Tidur sebenarnya adalah perjudian yang terbesar. Sebab itu bila bangun, saya rasa bersyukur. Sebab kalau Allah matikan saya masa tidur, saya sentiasa rasa saya akan bangun dengan berhadapankan neraka. Tetapi Allah bangunkan saya, tanda dia masih cinta. Maka siapakah yang bersyukur? Tetapi ramai yang alpa. Maka hari baru diisi lagi dengan ingkar dan dosa. "Sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur." Surah Saba' ayat 13. -Hilal Asyraf-

DO WE REALLY WISH TO GO TO JANNAH ?

Jannah, imagine you and your father were in the same age . Imagine when you show off your book with no shame . Imagine the nights with the sahaba with their stories to entertain . Imagine Prophet Muhammad s.a.w knowing your name . Gardens underneath which rivers flow . A goal so far and yet so close . A journey worth taking for those who know . Tell me do you not wish to go for more? You forgot and He forgave . He gave you guidance and you still strayed . You ask for mercy that He gave and more and more and more .

DEATH IS INEVITABLE

When Azrael came to pick us up, what would we say ? Could we say " I 'm not ready yet. Another day please ? " or " No , no , no. Not a suitable time right now . " or " Hey, can't you see what I'm doing right now ?! Totally busy !" or " Relax , bro. Life is only once . Let's have fun ." People, living a life is totally difficult. So busy and full of stress. Lots of obstacles we need to face. But still, DEATH always awaits us. Every seconds and every minutes. So, make the very best preparations to face it ! Tomorrow could never be our day.

VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label info. Papar semua catatan

إعلان هام

Pernah dengar nama Maghribi tak? Rasanya bila disebut nama Maghribi ni, ramai yang tak tahu kan? Sebenarnya Maghribi ni sebuah negara arab yang terletak di barat benua Afrika. Maghribi ni nama lainya Morocco. Bagi adik-adik yang baru habis SPM dan berhajat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Islam, Bahasa Arab ataupun Usuluddin, Maghribi antara jawapannya.

Antara kelebihan Maghribi:
• Kurang mahasiswa dari Malaysia iaitu lebih kurang 150 orang seluruh Maghribi.(memudahkan penguasaan Bahasa Arab)
• Kos sara hidup yang agak murah.
• Nilai mata wang Maghribi lebih rendah dari Malaysia.(RM1=DH2.7)
• Negara yang sedang membangun.
• Berhampiran dengan eropah. (destinasi pelancongan ketika musim panas)
• Ada salji.
• dan banyak lagi……

Merokok halal?


Biar btol merokok halal? Sebagai penulis, saya yakin dan percaya bahawasanya sangat ramai orang yang dah tahu bahawasanya merokok tu banyak mudharatnya samada dari segi kesihatan, kewangan dan sebagainya. So, camne plak bleh timbul cakap2 org yg mengatakan rokok tu halal? Saya bukanlah dari kalangan orang yang alim untuk memberi pandangan dalam membincangkan isu ini. Oleh itu, moh kite sume baca ape pandangan ilmuan Islam tentang hukum merokok ni:

2009 SPM, STAM Results Out On March 11

KUALA LUMPUR, March 4 (Bernama) -- The results of the 2009 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) and Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) examinations will be announced on Thursday (March 11), according to a statement from the director-general of education.

The results will be released at schools from 10am on that day, the statement said, adding that private candidates will get their results in the mail.

A total of 165,853 sat for the SPM written examination at 3,569 centres in the country between Nov 18 and Dec 16 last year while 6,920 candidates took the STAM examination at 98 centres between Oct 19 and 27, the statement said.

-- BERNAMA

VALENTINE, PROPAGANDA BARAT

(Artikel asal diambil daripada http://badarkisas.blogspot.com/)

Assalamualaikum w.b.t.

Seperti yang kita sedia maklum, tahun ini hari raya tahun baru Justify Fullcina disambut serentak dengan hari valentine. Namun, penulis tidak ingin menghuraikan sebarang persoalan tentang tahun baru cina, sebaliknya tentang hari valentine. Di Malaysia, kebanyakan para remaja muslim mahupun bukan muslim, turut mengambil kesempatan ini untuk meluahkan pelbagai bentuk ekspresi cinta dan kasih terhadap orang yang disayangi.



Persoalannya, adakah benar tingkah laku tersebut? Adakah ianya salah satu sambutan yang harus turut disambut oleh islam?
Sudah tentulah jawapan bagi persoalan ini adalah TIDAK .
Mari kita ikuti serba sedikit sejarah perkembangannya dan faktor-faktor bagi umat islam HARAM menyambutnya.

Asal-usul Valentine

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulu kala. Menurut tarikh kalendar Athens kuno, masa antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

KONVENSYEN PELAJAR ISLAM PAHANG (KONPIP) KALI KE-8


Batu Talam,- 5-6 februari 2010 - Buat ke sekian kalinya, Konvensyen pelajar Islam Pahang (KONPIP) kali ke 8 dapat di jalankan dengan jayanya di Sekolah Menengah Agama Al-Falah batu Talam, Raub, pahang.

Program peringkat negeri pada kali ini bertemakan "Memperkasa Dakwah, Mengemudi Perubahan" juga merupakan program tahunan yang di adakan khusus membincangkan kesinambungan pergerakan badan dakwah setiap sekolah.

KEMPEN KENALI MUSUH-MUSUH ISLAM : MATLAMAT FREEMASONRY

MATLAMAT Freemasonry terbahagi kepada dua bahagian, iaitu ;

1)Matlamat Utama dan Membina Haikal Sulaiman

Bagi merealisasikan matlamat ini, mereka menggunakan segala bentuk perancangan untuk merampas Baitul Maqdis dan membina Haikal Sulaiman di atas runtuhan Masjidil Aqsa.

Mereka menggunakan segala bentuk tekanan dan kekerasan ke atas penduduk Palestin terutamanya pemimpin-pemimpin mereka. Ariel Sharon, Perdana Menteri Israel pernah berkata :

"Saya yakin, kita (kaum Yahudi) boleh hidup bersama umat Islam Palestin tetapi menerusi kaedah Sabra dan Syatila."
21 tahun lalu, selama tiga hari berturut-turut (16-18 September 1982) Menteri Pertahanan Israel, Ariel Sharon bersama pasukannya melakukan pembunuhan kejam terhadap umat Islam di perkhemahan Sabra dan Syatila, selatan Lubnan menyebabkan 3000 orang gugur syahid. Ini bukan kekejaman pertama dan terakhir. Ia telah bermula sejak dahulu dan berterusan hingga kini.

Fenomena gerhana bulan separa awal pagi tarik pengunjung

KUALA LUMPUR, Jan 1 — Keunikan gerhana bulan separa yang berlaku awal pagi ini menarik perhatian kira-kira 1,500 orang untuk bersama-sama berkumpul melihat kejadian itu di perkarangan Masjid Negara di sini.

Bagaimanapun, pemandangan fenomena itu sedikit terjejas ekoran keadaan bulan yang dilitupi awan.

Bagi membolehkan orang ramai membuat pencerapan, Agensi Angkasa Negara dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia dan Majlis Mufti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyediakan sebanyak 10 teleskop untuk mereka melihat fenomena itu secara lebih jelas.

Pengarah Pendidikan dan Sains Angkasa Azreena Ahmad berkata bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan kejadian itu, mereka boleh menonton siaran ulangan fenomena gerhana bulan separa itu menerusi laman web www.angkasa.gov.my.

Beliau berkata kejadian gerhana bulan boleh berlaku sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun.

Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama, bulan melintasi bayang bumi.

Bermula dengan fasa penumbra iaitu bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia, kejadian itu bagaimanapun belum menampakkan kesan gerhana memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap selain faktor keadaan langit berawan.

Gerhana, yang dijangkakan jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu bahagian bayang sangat gelap, yang turut digelar fasa gerhana separa pada pukul 2.53 pagi juga tidak dapat dilihat.

Bagaimanapun, orang ramai daripada pelbagai kaum setia menunggu untuk melihat fenomena itu sejak 9 malam, tidak hampa dan sanggup beratur panjang untuk menggunakan teleskop melihat gerhana bulan penuh (maksimum) yang mula kelihatan pada pukul 3.24 pagi.

Keadaan gerhana bulan penuh itu bagaimanapun hanya berlaku selama 29 minit sebelum bulan dilihat mula keluar daripada bayangan umbra bumi pada pukul 3.53 pagi.

Gerhana dijangkakan terus berlaku sehingga 5.28 pagi namun fenomena itu tidak dapat disaksikan dengan mata kasar pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Selain fenomena gerhana bulan separa, orang ramai juga berpeluang melihat kemunculan planet Marikh dan Zuhal menerusi teleskop yang disediakan.

Pada 2.30 pagi, umat Islam turut menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Azreena berkata gerhana bulan separa juga dapat disaksikan di seluruh Asia dan Afrika.

Menurutnya pada 15 Jan ini, fenomena gerhana matahari dijangka berlaku.

"Sebenarnya, kita mempunyai perkiraan mengenai kejadian gerhana ini," katanya.

Turut hadir untuk melihat fenomena gerhana bulan separa itu ialah Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.

Sementara itu, Imam Masjid Negara Amru Al-Haz Adnan dalam khutbah khas gerhana bulan meminta umat Islam berdoa agar kejadian gerhana itu tidak memberi kesan kepada cuaca, serta kehidupan di dunia.

"Pada hari ini, kita berkumpul dengan sepenuh harapan agar doa rayuan kita diterima Allah. Semoga Allah memulihkan cuaca selepas gerhana bulan yang kita saksikan malam ini dan kita sentiasa dalam rahmat-NYA hendaknya," katanya.

Muhammad Nizam Shamsury, 26, seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) ketika ditemui Bernama berkata pada awalnya beliau agak kecewa kerana tidak dapat melihat gerhana bulan pada dua fasa pertama sebelum ia menjadi gerhana penuh.

"Saya tunggu sehingga habis kerana saya nak tahu proses gerhana itu berlaku. Ini adalah pertama kali saya tengok gerhana cuma tadi saya agak kecewa sedikit kerana bulan dilitupi awan dan tidak dapat melihatnya," katanya.

Bagi Muhammad Ridhuan Che Alim, 27, kesempatan bercuti sempena tahun baru digunakan sebaiknya untuk datang melihat proses gerhana bulan.

"Saya tidak kisah tunggu lama kerana saya nak tengok sendiri maca mana gerhana berlaku. Dulu saya tidaklah ambil kisah sangat mengenai perkara ini dan selepas menyaksinya saya mendapat ilmu baru.

"Walaupun agak kecewa kerana tidak dapat melihat dua proses awal kejadian gerhana, tetapi saya berpuas hati dengan penerangan yang diberikan Agensi Angkasa," katanya yang bekerja sebagai Pembantu Perangkaan. — Bernama

Akhbar Mingguan iLuvislam Edisi Pengenalan

www.iLuvislam.com Im Koyube Editor : Im Koyube Alhamdulillah, akhbar mingguan iLuvislam(edisi pengenalan) telah pun siap dicetak. Akhbar setebal 40 muka surat dengan kertas berkualiti dan berwarna-warni, memaparkan isu kontemporari Islamik, dalam negara, luar negara dan pelbagai lagi kisah yang umat Islam dan bukan Islam. Ia sepatutnya dijadikan koleksi mingguan kita semua dalam usaha mencari cinta; cinta yang sempurna. InsyaAllah ia boleh didapati di pasaran bermula esok pagi dan akan sepenuhnya berada di pasaran pada hari Isnin. Menurut sumber, di mana ada jual akhbar Sinar Harian, di situ juga ada jual akhbar iLuvislam. Mengikut perancangan pihak pengurusan, insyaAllah akhbar ini akan dirasmikan pada 19 Disember 2009. Team event iLuvislam.com Malaysia bersama-sama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB) akan menganjurkan sebuah aktiviti istimewa sempena majlis pelancaran tersebut. Edisi pertama (01) akhbar majalah ini akan bermula pada 1 Januari 2010, setiap hari Jumaat, dijual dengan harga RM2.00. Dikesempatan ini, saya mewakili pihak pengurusan iLuvislam.com dan krew-krew iLuvislam.com, ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada CEO/Group Managing Director KKSB, Dato' Hussamuddin Yaacub, pihak pengurusan KKSB terutamanya Kak Fir (Penerbit Eksekutif), Abang Nong (Pengurus Perancangan Korporat), Abang Afif (Pengurus New Media), Abang RJ (Pengurus Pemasaran Jenama), Kak Salina (Managing Editor), Kak Fouziah (editor akhbar iLuvislam) dan semua individu yang terlibat dalam menjayakan penerbitan akhbar ini. Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menukarkan suatu mimpi menjadi realiti. InsyaAllah, kita sama-sama doakan agar usaha sederhana dalam merancakkan lagi media islamik di Malaysia, akan diberkati oleh Allah SWT. Syurga Firdaus bukan mudah untuk dimasuki. Namun, itulah visi jangka panjang kami dan kita semua sepatutnya. Mari kita sama-sama muhasabah, apakah usaha dan komitmen yang kita lakukan untuk mencapainya. Jangan berlengah lagi, pastikan akhbar iLuvislam menjadi pilihan mingguan anda. Dapatkan edisi pengenalannya di pasaran dengan hanya RM 1! Pelaburan anda pasti berbaloi!

Dajjal Muncul Tahun 2020?????

(GENUIENE ARTICLE FROM http://apa-kenapa-bagaimana.blogspot.com/)

Dalam artikel lepas, ada satu perenggan yang menyatakan bahawa Dajjal akan muncul pada tahun 2020. Perenggan tersebut berbunyi begini: "Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020." Tahun 2020 bukanlah dipilih secara semberono atau kerana ramalan masyarakat kuno seperti Aztec dan Maya yang terkenal dengan ramalan-ramalan dan kalender yang sangat persis dan tepat, tetapi berdasarkan hadis Rasulullah dan ulama seperti Syeikh Imran Hussein. "Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa." Apakah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dalam hadis ini. Maksud di sebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein. satu hari terasa bagaikan setahun Pada waktu ini, Dajjal memerintah dunia melalui Britain. Waktu itu, mata wang pound sterling merupakan mata wang dunia dan mata wang yang paling mahal. satu hari terasa bagaikan sebulan pada waktu ini pula, Dajjal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat. waktu ini Amerika merupakan kuasa dan negara yang paling kuat. US Dollar menjadi mata wang dunia seperti apa yang berlaku ketika ini. satu hari terasa bagaikan seminggu Waktu ini, Dajjal akn memerintah dunia melaui Holy Land, Jerusalem (Israel). Dan bila Dajal perintah dunia melalui Israel, Israel akan jadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia. Sepertimana yang terjadi sekarang Israel seakan-akan kebal dari undang-undang dunia. Dollar amerika akan jatuh dan semua matawang di dunia ni akan turut jatuh Sekarang ini kita dah nampak tanda-tanda tu. Hanya emas yang akan kekal nilainya (jadi simpanlah emas banyak-banyak). Pasti ada yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan setahun, sebulan dan sehari seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah. Sekarang kita akan mula mengira. Menurut Islam, satu tahun syurga bersamaan 1000 tahun manusia. Berdasarkan hadis di atas Dajjal memerintah melalui Britain selama setahun, membawa maksud Dajjal memerintah melalui Britain selama 1000 tahun. Mengikut sejarah, Kerajaan beraja Britain bermula pada thun 900 M. Jadi, 1000+900=1900. Maka berakhirlah pemerintah di Britain dan beralih pula kepada Amerika selama sebulan. Pada 1917, Amerika Syarikat telah melibatkan diri ke dalam perang dunia (boleh tengok wiki) dan ini adalah langkah untuk menjadikan amerika sebagai kuasa dunia baru. Dajal memerintah dari sana seperti satu hari seperti sebulan. Jadi jika setahun bersamaan 1000 tahun, satu bulan bersamaan 1000/12=83 tahun... 1917+83=2000. Maka tamatlah pemerintahan Dajjal melalui Amerika. Cuba kita lihat apa yang berlaku pada tahun 2000, George W.Bush menjadi Presiden Amerika Syarikat. Selepas itu Dajal memerintah dunia melalui Israel pada 2000 dan menjadikan kita berada di satu hari yang terasa satu minggu an berlakulah pelbagai kekejaman ke atas umat islam yang didalangi Israel. 2001=World Trade Center (9/11)- Ini adalah konspirasi pihak Freemason sendiri untuk dijadikan modal menyerang umat Islam. Osama Laden adalah 'spacegoat' mereka. 2002=Afghanistan diserang dan ditawan. 2003=Irag pula menjadi mangsa. 2006=Lubnan pula diserang. 2009=Serangan ke atas Gaza. Semakin lama semakin cepat masa berlalu, peperangan berlaku dalam mase yang singkat. Selepas 9/11 Amerika Syarikat menubuhkan pangkalan tentera di 10 buah negara sepanjang Asia Barat. Ini untuk memastikan keselamatan Israel. As a Final Capital of New World Order! Setiap tindakan dan perang yang akan datang adalah untuk perlindungan dan keselamatan Israel. Untuk mempertahankan Israel sebagai kuasa utama dunia dan selepas itu bermula dari itu bermulalah fasa terakhir, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa. Seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Tentang 2012 pula ada pendapat mengatakan pada 2012 Planet Nibiru (boleh tengok kat youtube) akan menghentam bumi (ramalan masyarakat Maya mengatakan akan berlaku malapetaka besar pada 2012). Di sini saya jelaskan tanda2 kelahiran Imam Mahdi telah lama muncul, iaitu Pertumpahan darah di Mekah pada 1979 (rujuk internet untuk maklumat lanjut), 2 gerhana dalam satu ramadhan (1981 dan 1982). Tanda-tanda ini telah lama terjadi. Dan mengikut hadis rasullulah Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum Planet Berekor Nibiru (komet=berekor???) menghentam bumi. Di sini kita boleh kaitkan kronologi. Ok, jika betul Nibiru akan menghentam bumi pada 2012, bermakna pada 2013 Imam Mahadi akan dilantik di Mekah juga dikenali sebagai Haji Akbar. 2013-2020 (7 tahun). Imam Mahdi akan memerintah 7-9 tahun sebelum keluarnya Dajal al-masih. 2013-2020 (7 tahun). Anda sudah nampak kronologinya di sini? Ini bukan ramalan atau apa-apa. Ini hanyalah teori ulama (Imran N. Hosein). Segalanya adalah atas kekuasaan Allah s.w.t.. Jangan dijadikan pegangan, jadikanlah sebagai pengetahuan dan peringatan. Wallahualam.

Aidilfitri Rasulullah dan Masa Kini

Aidilfitri Rasulullah
Mari kita lihat bagaimana produk Ramadan Rasulullah dan para sahabat. Aidilfitri Rasulullah dipenuhi dengan takbir sebagai tanda kesyukuran membesar Allah Taala yang bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan dan simbol kehinaan kita sebagai hamba. Firman Allah S.W.T.: “Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.
Rasulullah juga beramah mesra dengan sahabat dengan perkataan-perkataan mulia seperti yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya: “Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.
Rasulullah dan para sahabat juga memenuhi program harian dengan amalan-amalan sunat seperti meneruskan qiamullail, mandi sunat pada hari raya, makan sebelum solat sunat Aidilfitri, memakai pakaian yang indah, solat sunat Aidilfitri, ziarah-menziarahi sanak saudara dan sahabat-sahabat, meminta maaf kepada semua orang dan puasa 6 hari Syawal. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.
Beginilah produk Ramadan Rasulullah dan sahabat yang juga diwarisi oleh para ulamak dan pejuang-pejuang Islam zaman kini. Iman dan ketaqwaan mereka semakin meningkat dan bertambah saban tahun. Tapi, bagaimana pula dengan produk Ramadan umat Islam zaman sekarang?
Adilfitri Umat Islam kini
Umat Islam Malaysia diperkenalkan dengan konsep "raya sebulan". Hari raya pertama, kedua, ketiga hinggalah ketiga puluh. Hari-hari Syawal dipenuhi dengan rumah terbuka dan majlis-majlis yang langsung tidak mengingatkan kita kepada Allah bahkan menjauhkan lagi dengan hiburan yang mengaburi rasional iman manusia sehingga lupa kewajipan dan amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah yang telah dilatih pada bulan Ramadan. Kepadatan tentatif Syawal ini bukan sahaja menghalang untuk beramal soleh dan mendekatkan diri kepada Allah dengan Puasa 6 dan bertakbir bahkan digantikan dengan majlis makan yang hanya bermatlamatkan nafsu.
Rancangan-rancangan tv pula mengurung umat Islam daripada amalan kunjung-mengunjung yang dapat mengeratkan hubungan silaturRahim dan mengukuhkan sistem masyarakat Islam. Konsert-konsert dan hiburan-hiburan yang melampau atau di luar sunnah Rasulullah dihidangkan melalui pelbagai media, melalaikan umat Islam dengan dunia, hijab terbesar manusia, dan mengaburkan minda umat Islam dari mengingati Allah, akhirat dan kematian. Maka, sia-sia segala amalan dan usaha di Madrasah Ramadan, tercemar konvokesyen Ramadan dengan maksiat dan kemungkaran umat Islam sendiri akibat kejahilan umat Islam yang sentiasa ditipu oleh dunia dan pengaruh Barat serta kebodohan pemerintah yang hanya berkulitkan riak kebaikannya dan berhati tamakkan dunia serta kezaliman yang sentiasa menysatkan umat Islam dari hakikat sebenar seperti kehidupan Rasulullah S.A.W. dan para sahabat.
Kesimpulannya Sambutlah hari kemenangan kali ini dengan perbanyakkan tasbih, takbir, istighfar dan tahmid. Semoga ianya menjadi pelengkap kepada hari kemenangan yang diraikan. Teruskan roh Ramadhan dengan melengkapkannya dengan puasa 6 hari di bulan Syawal. Biar Syawal benar-benar menjadi hari kemenangan melaksanakan perintah Allah s.w.t. serta konvokesyen gilang-gemilang bagi graduan Universiti Tarbiyyah Ramadhan. Dengan harapan, "taqwa" yang dicita-citakan menjadi milik kita.