BERTAUBATLAH DAN LAKUKANLAH AMAL SOLEH

"Demi zatKu yang Mulia, Aku bersumpah demi Bukit Thur, demi kitab Al-Quran yang tersusun, demi lembaran-lembaran yang disebarkan, demi Baitul Makmur(tempat bertawaf para malaikat), demi bumbung yang dinaikkan(langit), demi lautan yang berbahang-bahang, Aku tak mungkin bersumpah tentang neraka kecuali mereka yang kafir, suka mengumpat, suka melaga-lagakan orang, orang yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang riyak, orang yang tidak membayar zakat, orang yang suka berzina, orang yang suka memakan riba, peminum-peminum arak, orang yang menzalimi anak-anak yatim, orang yang suka berdusta atau menipu, orang-orang jahat yang sentiasa menyakiti jiran kecuali MEREKA BERTAUBAT KEPADA ALLAH dan BERAMAL SOLEH ."

MARI BERMUJAHADAH !

Adapun orang yang bersungguh-sungguh untuk jalan Aku , maka Aku akan pastikan dia mendapat petunjuk Aku , yakni orang yang bersungguh-sungguh untuk bermujahadah .

JOM BERSYUKUR ! TIDAK MENGAPA , SIKIT PUN TAKKAN RUGI

Tidur sebenarnya adalah perjudian yang terbesar. Sebab itu bila bangun, saya rasa bersyukur. Sebab kalau Allah matikan saya masa tidur, saya sentiasa rasa saya akan bangun dengan berhadapankan neraka. Tetapi Allah bangunkan saya, tanda dia masih cinta. Maka siapakah yang bersyukur? Tetapi ramai yang alpa. Maka hari baru diisi lagi dengan ingkar dan dosa. "Sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur." Surah Saba' ayat 13. -Hilal Asyraf-

DO WE REALLY WISH TO GO TO JANNAH ?

Jannah, imagine you and your father were in the same age . Imagine when you show off your book with no shame . Imagine the nights with the sahaba with their stories to entertain . Imagine Prophet Muhammad s.a.w knowing your name . Gardens underneath which rivers flow . A goal so far and yet so close . A journey worth taking for those who know . Tell me do you not wish to go for more? You forgot and He forgave . He gave you guidance and you still strayed . You ask for mercy that He gave and more and more and more .

DEATH IS INEVITABLE

When Azrael came to pick us up, what would we say ? Could we say " I 'm not ready yet. Another day please ? " or " No , no , no. Not a suitable time right now . " or " Hey, can't you see what I'm doing right now ?! Totally busy !" or " Relax , bro. Life is only once . Let's have fun ." People, living a life is totally difficult. So busy and full of stress. Lots of obstacles we need to face. But still, DEATH always awaits us. Every seconds and every minutes. So, make the very best preparations to face it ! Tomorrow could never be our day.

VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label renungan. Papar semua catatan

Internal Reality vs. External Reality

Oleh : FITRI ARSHAD.


Assalamua’laikum ikhwan dan akhawat sekalian.  Pernahkah  ikhwani sekalian mendengar istilah internal reality dan external reality? Apakah internal reality? Dan apakah external reality? External reality, secara mudah untuk difahami, ialah sesuatu perkara yang jelas dilihat secara fizikal. Internal reality pula kebenaran hakiki sesuatu perkara tanpa mengira rupa paras. Untuk lebih faham, mari kita lihat contoh-contoh berikut:





Pandangan External Reality
Pandangan Internal Reality
Makanan
“Nampak sedap lak burger ni. Belilah.”
“Burger ni memang nampak sedap. Tapi, tak elok untuk kesihatan la.”
Minuman
“Ahh!!.. nikmatnya air coca cola ni.”
“Alhamdulillah. Air mineral ni sungguh menyegarkan.”
Pakaian
“Pakai baju ni la. Nampak cantik, seksi. Nampak mahal lak tu.”
“Emm... Pakaian ni sesuai. Tutup aurat. Maruah terjaga.”
Pelajaran
“Aku mesti rajin belajar. Aku nak bejaya. Nak jadi doktor pakar. Ish… Loaded siot.”
“Lillahi Taa’la. Ya Allah! Bukalah pintu hikmah kepadaku agar aku dapat memahamiMu melalui ilmu milikMu.”

Cukuplah dengan contoh-contoh yang diberi, ana rasa sudah jelas untuk kita bezakan internal reality dengan external reality. Jika para pembaca sekalian perasan, pandangan external reality dipandu oleh nafsu manakala pandangan internal reality pula dikawal oleh akal/pemikiran yang waras dan iman. Ikhwani sekalian, cuba koreksi diri kita, pandangan manakah yang kerap kita gunakan? Internal reality atau external reality? Adakah para pembaca ingat akan apa yang ana tulis dalam artikel yang lepas? Syaitan dan iblis terlalu hebat Genjutsu mereka. Perkara baik dirasakan susah, perkara jahat dirasakan seronok. Namun pada hakikatnya perkara baik itu penyelamat sedangkan perkara jahat itu pembawa musibah.
Sebelum ana mengakhiri artikel ini, ana ingin menasihati ikhwani sekalian untuk berwaspada dengan kehidupan dunia ini. Masih belum terlambat untuk kita membuka mata hati kita. Latih kehidupan harian kita untuk menyelami internal reality dalam setiap tindakan yang kita lakukan. Jangan mudah terpedaya dan terpesona dengan external reality sesuatu benda atau perkara. Sekian sahaja daripada ana. Wassalam.



Biodata Penulis :
Fitri merupakan pelajar pusat asasi UIAM. Baru sahaja menghabiskan pelajarannya di pusat asasi dan akan melanjutkan pelajaran ke kampus utama UIAM Kuantan dalam jurusan Bioteknologi.

Sharingan, Genjutsu, Tsukiyomi, Amaterasu


Oleh : FITRI ARSHAD.
Assalamu’alaikum ikhwan dan akhawat sekalian. Ana doakan antum semua sentiasa sihat dan mendapat keredhaan-Nya sepanjang hari ini. Terus kepada tajuk artikel ana, “Sharingan, Genjutsu, Tsukiyomi, Amaterasu”. Menarik bukan? Pernah menonton anime Naruto? Pernah melihat kuasa kebanggaan puak Uchiha, Sharingan? Tahukah antum akan kekuatan Sharingan bertahap Mangekyo? Apa kaitannya dengan kehidupan kita?
Sharingan, doujutsu terhebat yang mampu menghasilkan ilmu khayalan. Bukan itu sahaja, apabila mata Sharingan mencapai tahap Mangekyo, tiga kuasa terhebat Sharingan terhasil ;  Tsukiyomi, Amaterasu dan Susanoo. Ya.. tiga nama bersempena dewa-dewi kepercayaan Shinto. Ikhwani dan akhawati sekalian, ana bukan seorang otaku anime, tetapi seorang penganalisis. Saudara seislam ana sekalian, sila renung-renungkan dan fikirkan kaitan “Sharingan” dan kehidupan realiti kita seharian. Sedarkah antum bahawa dunia ini tempat ujian buat kita semua? Tahukah antum semua bahawa dunia ini dipenuhi khayalan berbanding realiti?
Ya, syaitan dan konconya sangat hebat. Lebih hebat daripada puak Uchiha. Jika puak Uchiha menghasilkan dunia khayalan, syaitan lebih hebat. Diselimutinya dunia realiti dengan fantasi sehingga anak-anak Adam merasakan perkara baik menyusahkan, dan perbuatan jahat menyeronokkan. Manusia sekalian, SEDARLAH! BANGUNLAH! LEPASKAN DIRI ANDA DARIPADA DUNIA FANTASI INI.  Sekali anda terperangkap dalam dunia Tsukiyomi, anda akan dibakar api Amaterasu. Prinsip yang hampir sama digunakan Syaitan, anda terpesona dengan godaan fantasi dunia, anda akan dibakar api NERAKA.
Ikhwanil muslimin sekalian, ana ada cara untuk melepaskan diri daripada “Genjutsu” yang dihasilkan syaitan ini. Ingin mengetahui caranya? Untuk pengetahuan anda, cara-caranya telah difirmankan Allah dalam Al-Qur’an, kitab panduan sekalian manusia. Antara cara-caranya :
1)      “Baca dengan nama Tuhan Maha Pencipta”
Jumhur ulama’ bersepakat bahawa surah Al-Alaq ayat 1-5 merupakan wahyu pertama Rasulullah terima. Wahyu ini membawa signifikan yang amat besar kepada umat manusia. Mengapa? Kerana suruhan ini mampu mentransformasikan umat jahiliah kepada umat yang hebat. Membaca dengan nama Allah bermaksud mempelajari, mentelaah, mengkaji, mengenalpasti, menganalisis, mentadabbur dan berfikir akan tanda kekuasaan Allah melalui hasil ciptaan-Nya supaya kita dapat lihat kebenaran dunia dan akhirat.
2)      Ikhlas dalam mentaati Allah
Tahukah ikhwanil muslimin sekalian, apakah janji Iblis sebaik sahaja dia dilaknat Allah? Dinyatakan dalam surah Al-Hijr ayat 39-40 bahawa iblis akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam supaya suatu hari nanti, mereka akan menemani Iblis dalam neraka. Namun iblis sendiri menyatakan jalan supaya kita tidak tergoda dengan hasutannya.
 “Iblis berkata:Wahai Tuhanku! Kerana Engkau jadikan daku sesat,(maka)demikian sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,dan aku akan menyesatkan mereka semua.Kecuali(di antara zuriat-zuriat Adam)hamba-hambaMu yang ikhlas(bersih dari sebarang syirik”
(Al-Hijr 39-40)
Ya, kecuali ORANG-ORANG YANG IKHLAS. Ikhlas, penghalang terbaik untuk melepaskan diri daripada dunia khayalannya. Maka TAATILAH perintah Allah tanpa banyak soal, JAUHILAH larangan-Nya dengan penuh keazaman.  Pasti kita akan terlepas daripada “Genjutsu” syaitan dan konco-konconya.
Ana memohon maaf kerana artikel ini terlalu panjang. Jikalau boleh, ana ingin teruskan penulisan ana ini. Ada banyak lagi cara untuk melepaskan diri daripada fantasi iblis dan syaitan. Tapi, cukuplah dua cara yang ana kira sebagai benteng asas. Amalkan sahaja dua cara ini, insyaAllah mata rohani antum akan terbuka dan mengatasi semua khayalan ciptaan iblis dan syaitan. Satu peringatan daripada ana, ingatlah bahawa external reality dunia ini totally opposite dengan internal reality. Fikir-fikirkan dahulu. InsyaAllah, ana akan mengupas bab “internal dan external reality” dalam artikel ana selepas ini. Selamat beramal. Wassalam.


Biodata Penulis :
Fitri merupakan pelajar pusat asasi UIAM. Baru sahaja menghabiskan pelajarannya di pusat asasi dan akan melanjutkan pelajaran ke kampus utama UIAM Kuantan dalam jurusan Bioteknologi.

Semasa Menyemai Islam, Jangan Nifaq Yang Tumbuh Subur


“Imam, kenapa baca panjang-panjang?” bentak seorang jemaah di masjid.
“Saya baca Surah apa tadi?” saya bertanya.
“Surah Sabbihisma rabbika al-A’la. Imam tahu kan, Maghrib sunnah memendekkan bacaan?” beliau meneruskan bantahan.
“Pendek pada kamu, Surah apa cadangannya?” saya meneruskan pertanyaan.
“Baca Qulya ayyuha al-Kaafiroon sudahlah!” beliau bertegas.
“Baiklah” saya mengangguk.
“Tapi, kalau Imam sudah tahu, kenapa baca panjang-panjang tadi?” beliau masih belum berpuas hati.
Saya tersenyum.
Kelat.
Cuba menghias tebu di bibir senyum.
Pengalaman bekerja sebagai Imam yang sangat muda bagi sebuah komuniti yang sangat mencabar di Belfast ,Ireland Utara, memberikan saya satu pelajaran penting.
Bukan semua soalan perlu dijawab.
Sesetengahnya, iyakan sahaja.
Sesungguhnya itulah satu-satunya petua yang membantu saya bertahan untuk meneruskan tugas sebagai Imam ketika itu. Belajar berhenti daripada mengikut rentak perdebatan.
Debat  1 Ramadan dan 1 Syawwal hari apa, debat baca panjang sangat, baca pendek sangat, Arab masak rasa macam plastik, Pakistan masak pedas macam api Neraka masuk ke perut, khutbah mesti banyak Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris, musim panas yang tiada waktu Isyak sepatutnya dijamakkan solat atau dilewatkan Isyak… segala-galanya tidak pernah berakhir, berulang sama ada secara harian, mingguan, bulanan, malah tahunan.
Di peringkat awal, semuanya mahu dijelaskan. Mahu dipertahankan. Atas nama kebenaran, atas nama dakwah.
Tetapi selepas satu perjalanan masa, saya belajar pelajaran pahit yang manis ini.
Tekan butang pause, berhenti menjawab selepas jawapan yang diperlukan sudah dinyatakan.
AMALAN DI BLOG
Demikian juga yang saya amalkan di blog ini.
13 tahun mengendalikan Saifulislam.Com, dari semasa ke semasa banyak ombak dan taufan yang datang. Jika pengunjung biasa yang akhirnya sudah menjadi kawan, lazimnya perbincangan adalah santai biar pun ketika berbeza pendapat. Tetapi dengan pengunjung berkala yang hadir secara bermusim, ada yang berminat dengan perdebatan hingga tidak dapat dikesan hujung dan pangkalnya.
“Ok?”
“Jom solat”
“Will you marry me?”
Itu adalah contoh-contoh reaksi yang termampu saya berikan, tatkala perbincangan berubah menjadi perdebatan.
Selepas apa yang perlu dijelaskan, telah dijelaskan, bertawakkallah kepada Allah.
Jangan berlebih-lebihan dalam perdebatan. Jangan berkelakuan fajir dalam pertengkaran. Ketika jawapan dianggap alasan, penjelasan dianggap menegak benang yang basah, diamlah, biar pun diam dianggap kalah.
((أربع من كُنَّ فيه كان منافقاً خالصاً، ومن كانت فيه خُلَّة منهن كانت فيه خُلَّة من نفاق حتى يدعها: إذا حدَّث كذب، وإذا عاهد غَدَر، وإذا وعَدَ أخلف، وإذا خاصم فَجَر))
“Empat karakter, barangsiapa memilikinya maka dia itu adalah seorang munafiq yang tulen. Barangsiapa yang memiliki salah satu daripada karakter itu, maka dia berada di atas salah satu cabang nifaq sehingga dia benar-benar meninggalkannya: Apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mungkiri, apabila berpakat dia khianat, apabila bertengkar, dia melampau” [Hadith riwayat al-Bukhari (3007) dan Muslim (58) dengan lafaz Muslim]
Dalam menyemai Islam, jangan nifaq yang subur tumbuh.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
43000 Bandar Seri Putra

1 MUHARRAM 1433H : Hijrahkan Diri Ini


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah swt. kerana masih memberi kita ruang dan peluang untuk kita berpijak di muka bumi ini, dapat menghirup udara segar, suatu nikmat yang tidak putus-putus Allah  kurniakan kepada kita yang membolehkan kita hidup sampai ke saat ini. Lebih bermakna hidup kita ini kerana masih diberi nikmat Iman dan Islam. Walaupun kadang-kadang level Iman kita menurun secara mendadak, terlalu mudah diperdaya dek musuh durjana syaitan laknatullah dan hawa nafsu yang serakah, membuatkan kita rebah tersungkur dan terjatuh daripada landasan sebenar, berpaling tadah dan mengkhianati tuntutan hidup sebagai seorang hamba-Nya yang kerdil lagi daif. Namun, Sang Pencipta dan Pemilik Alam ini masih membuka pintu taubat untuk kita. Begitu sayangnya Allah kepada hamba-Nya. Walau berapa banyak pun maksiat kita terhadap Allah, tapi Dia tetap membuka pintu-pintu kemaafan dan keampunan. Alangkah rendahnya sifat pemaaf kita berbanding Allah, jika orang lain melakukan kesalahan kepada kita, cukup payah untuk kita bersedia memaafinya.Justeru, gunakan peluang yang ada untuk kita terus berusaha untuk bangkit dan bangun semula, kembali ke pangkal jalan yang diredhai-Nya, agar kita terhindar daripada murka-Nya. Jangan biarkan nafsu amarah dan syahwat mu terus merantai dan membelenggu diri.

1432 tahun sudah berlalu setelah penetapan kalendar hijrah, kini sudah masuk tahun ke-1433. Adakah kita telah bersedia untuk melakukan perubahan dalam diri kita? Atau masih ingin bersama kesalahan dan maksiat yang seringkali menjadi rutin kita? Jadikan tahun baru hijrah ini sebagai sebuah 'catalyst' untuk kita memperbaiki segala kelemahan yang ada. Sampai bila kita nak berdamping dengan kemaksiatan? Cukuplah sampai hari ini. Berazamlah untuk meninggalkannya, berdoalah supaya Allah menghindarkan kita daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kepada kemurkaan-Nya. Memang benar, kita akui amat payah dan susah untuk kita meninggalkan suatu kemaksiatan begitu sahaja tatkala kita telah terjerumus ke dalamnya. Disinilah pengorbanan itu dituntut. Korbankanlah slot untuk kemaksiatan dan gantilah dengan slot untuk jalan ketaqwaan. Biarlah penghijrahan kita tak berlaku secara drastik dan mendadak, tetapi istiqamah dan berterusan. Sentiasalah berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam disertai dengan doa yang berterusan kepada Allah supaya Allah sentiasa membantu kita dalam merealisasikan usaha kita ini.

SALAM MAAL HIJRAH daripada BADAN DAKWAH DAN KEROHANIAN SBPI TEMERLOH. (n_n)