VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Sharingan, Genjutsu, Tsukiyomi, Amaterasu


Oleh : FITRI ARSHAD.
Assalamu’alaikum ikhwan dan akhawat sekalian. Ana doakan antum semua sentiasa sihat dan mendapat keredhaan-Nya sepanjang hari ini. Terus kepada tajuk artikel ana, “Sharingan, Genjutsu, Tsukiyomi, Amaterasu”. Menarik bukan? Pernah menonton anime Naruto? Pernah melihat kuasa kebanggaan puak Uchiha, Sharingan? Tahukah antum akan kekuatan Sharingan bertahap Mangekyo? Apa kaitannya dengan kehidupan kita?
Sharingan, doujutsu terhebat yang mampu menghasilkan ilmu khayalan. Bukan itu sahaja, apabila mata Sharingan mencapai tahap Mangekyo, tiga kuasa terhebat Sharingan terhasil ;  Tsukiyomi, Amaterasu dan Susanoo. Ya.. tiga nama bersempena dewa-dewi kepercayaan Shinto. Ikhwani dan akhawati sekalian, ana bukan seorang otaku anime, tetapi seorang penganalisis. Saudara seislam ana sekalian, sila renung-renungkan dan fikirkan kaitan “Sharingan” dan kehidupan realiti kita seharian. Sedarkah antum bahawa dunia ini tempat ujian buat kita semua? Tahukah antum semua bahawa dunia ini dipenuhi khayalan berbanding realiti?
Ya, syaitan dan konconya sangat hebat. Lebih hebat daripada puak Uchiha. Jika puak Uchiha menghasilkan dunia khayalan, syaitan lebih hebat. Diselimutinya dunia realiti dengan fantasi sehingga anak-anak Adam merasakan perkara baik menyusahkan, dan perbuatan jahat menyeronokkan. Manusia sekalian, SEDARLAH! BANGUNLAH! LEPASKAN DIRI ANDA DARIPADA DUNIA FANTASI INI.  Sekali anda terperangkap dalam dunia Tsukiyomi, anda akan dibakar api Amaterasu. Prinsip yang hampir sama digunakan Syaitan, anda terpesona dengan godaan fantasi dunia, anda akan dibakar api NERAKA.
Ikhwanil muslimin sekalian, ana ada cara untuk melepaskan diri daripada “Genjutsu” yang dihasilkan syaitan ini. Ingin mengetahui caranya? Untuk pengetahuan anda, cara-caranya telah difirmankan Allah dalam Al-Qur’an, kitab panduan sekalian manusia. Antara cara-caranya :
1)      “Baca dengan nama Tuhan Maha Pencipta”
Jumhur ulama’ bersepakat bahawa surah Al-Alaq ayat 1-5 merupakan wahyu pertama Rasulullah terima. Wahyu ini membawa signifikan yang amat besar kepada umat manusia. Mengapa? Kerana suruhan ini mampu mentransformasikan umat jahiliah kepada umat yang hebat. Membaca dengan nama Allah bermaksud mempelajari, mentelaah, mengkaji, mengenalpasti, menganalisis, mentadabbur dan berfikir akan tanda kekuasaan Allah melalui hasil ciptaan-Nya supaya kita dapat lihat kebenaran dunia dan akhirat.
2)      Ikhlas dalam mentaati Allah
Tahukah ikhwanil muslimin sekalian, apakah janji Iblis sebaik sahaja dia dilaknat Allah? Dinyatakan dalam surah Al-Hijr ayat 39-40 bahawa iblis akan berusaha menyesatkan anak-anak Adam supaya suatu hari nanti, mereka akan menemani Iblis dalam neraka. Namun iblis sendiri menyatakan jalan supaya kita tidak tergoda dengan hasutannya.
 “Iblis berkata:Wahai Tuhanku! Kerana Engkau jadikan daku sesat,(maka)demikian sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini,dan aku akan menyesatkan mereka semua.Kecuali(di antara zuriat-zuriat Adam)hamba-hambaMu yang ikhlas(bersih dari sebarang syirik”
(Al-Hijr 39-40)
Ya, kecuali ORANG-ORANG YANG IKHLAS. Ikhlas, penghalang terbaik untuk melepaskan diri daripada dunia khayalannya. Maka TAATILAH perintah Allah tanpa banyak soal, JAUHILAH larangan-Nya dengan penuh keazaman.  Pasti kita akan terlepas daripada “Genjutsu” syaitan dan konco-konconya.
Ana memohon maaf kerana artikel ini terlalu panjang. Jikalau boleh, ana ingin teruskan penulisan ana ini. Ada banyak lagi cara untuk melepaskan diri daripada fantasi iblis dan syaitan. Tapi, cukuplah dua cara yang ana kira sebagai benteng asas. Amalkan sahaja dua cara ini, insyaAllah mata rohani antum akan terbuka dan mengatasi semua khayalan ciptaan iblis dan syaitan. Satu peringatan daripada ana, ingatlah bahawa external reality dunia ini totally opposite dengan internal reality. Fikir-fikirkan dahulu. InsyaAllah, ana akan mengupas bab “internal dan external reality” dalam artikel ana selepas ini. Selamat beramal. Wassalam.


Biodata Penulis :
Fitri merupakan pelajar pusat asasi UIAM. Baru sahaja menghabiskan pelajarannya di pusat asasi dan akan melanjutkan pelajaran ke kampus utama UIAM Kuantan dalam jurusan Bioteknologi.

0 pandangan sahabat-sahabat: