Khamis, Disember 25, 2008
Tanpa Nama
0
Hijrah Satu Wawasan
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Setiap insan yang berwawasan
Inginkan perubahan
Untuk mencapai segala impian
Untuk mencipta suatu kejayaan
Yang lebih gemilang
Mulakan hijrah dengan niat
Yang suci dan pasti
Membina kehidupan harmoni
Hijrah menuntut pengorbanan kesabaran ketabahan
Sejahtera hidup aman sentosa
C/O
Hijrah satu peralihan
Dalam meniti arus kehidupan
Dari kejahilan kepada kebenaran
Contohilah Rasulullah
Berhijrah dari Makah ke Madinah
Demi menegakkan kalimah yang suci
Hijrah satu perubahan
Dalam meniti arus kemodenan
Dari kemunduran kepada kemajuan
Hindarilah permusuhan
Bersatu padu erat kasih sayang
Demi menjayakan hijrah yang murni
Senilagu: Putra Aiman (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainement)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Khamis, Disember 25, 2008
Tanpa Nama
Air KIckapoo!!!!!!
Assalamualaikum. .pengumuman untuk semua, sebenarnya, air kickapoo yang kita selalu beli dan minum itu berasal daripada SYARIKAT ARAK ! nama syarikat itu adalah Monarch Baverage. Untuk bukti lebih lanjut, layari:
http://www.kickapoojoy.com/history.html
http://www.monarch-beverage.com/home.htm
Selasa, Disember 23, 2008
Tanpa Nama
Hukum Kenduri Arwah
Walaupun penjelasan tentang perkara ini telah capkali diberikan oleh para ulama', namun masih ramai antara kita yang kurang faham tentang hukumnya. menurut penjelasan yang diberikan oleh syeikh nuruddin, tokoh ulama' nusantara, hukum mengadakan kenduri arwah adalah diharuskan. Sebabnya kerana hukumnya masih bernaung dibawah hukum sunat memberi orang ramai makan yang merupakan hukum umum. selain itu perlu diniatkan agar pahala dari kenduri tersebut disampaikan kepada si mati. Tetapi, ianya hanya akan menjadi salah jika ditetapkan hari untuk melakukan kenduri tersebut, seperti hari yang ke3, ke7, ke40, ke100. adalah lebih baik dicepatkan kenduri itu kerana si mati memerlukan amal2 yang baik dari anak2 dan kerabatnya semasa didalam kubur. lebih baik saja dibuat setiap hari dalam minggu pertama kematian itu berlaku jika ada kemampuan. Pada asalnya, yang dianjurkan untuk memberi makan ketika berlaku kematian adalah orang yang menziarahi keluarga si mati itu. tetapi itu hanya merupakan anjuran dari Rasulullah saw dan tidak membawa hukum wajib. Maka cuba kita fikirkan, semestinya bagus jika keluarga si mati dapat memberi makan kerana dalam keadaan yang mencabar dan duka, mereka masih mampu meraikan tetamu yang menziarahi jasad si mati.WALLAHU A'LAM..
P/s : Diatas merupakan penerangan yang diberikan oleh syeikh nuruddin berdasarkan dalil2 yang telah dikemukakannya.
(dipetik daripada Ketua BADAR 0607)
Selasa, Disember 23, 2008
Tanpa Nama
Buletin Yang di "forward" di laman Komuniti
Ramai antara kita yang selalu bimbang dengan gerakan2 agama kristian yang bergerak ingin memesongkan aqidah umat islam. Hingga ramai yang menyebarkan buletin-buletin tentang video2 atau laman-laman web yang dapat menggugat aqidah umat islam. ramai antara kita yang menghantar buletin tentang nasihat-nasihat agama dan tazkirah, tetapi sebenarnya semua ini hanyalah sesuatu yang sia-sia jika penulis atau penghantar buletin tersebut sendiri tidak mampu mengelakkan diri mereka dari satu perkara. Perkara itu adalah DUNIA yang dibentangkan kepada kita.sebagimana sabda Rasulullah saw "demi ALLAH aku tidak bimbangkan kamu akan berlaku syirik selepasku, akan tetapi aku bimbangkan dunia akan dibentangkan kepadamu". Kerana itulah kita melihat kenapa ramai antara kita yang melakukan usaha2 yang baik dengan menghantr bulitin2 tazkirah. malangnya ia tidak memberi hasil lansung. Ini hanyalah kerana penghantarnya sendiri masih terleka dan bercinta dengan kehidupan dunia. Ada yang hebat dalam menghantar buletin dan mesej2, tetapi dialah orangnya yang paling hebat didepan PS3. Ada yang pandai menyusun kata2 dalam buletinnya tetapi dialah orangnya yang paling slalu menghabiskan masanya dihadapan
TV dan internet. Ada yang rancak menhantar buletin tazkirah tetapi dialah orngnya yang setia dengan filem2 hollywood yang dalamnya sudah pasti mengandungi adegan2 dan pelakon2 yang berperwatakan hingga menaikkan nafsu shahwat. Wahai saudaraku, jika benar kita ingin menyampaikan seruan islam, janganlah hanya tahu menghantar buletin, tetapi perbaikilah diri kita dengan berhati-hati terhadap kehidupan dunia dan bersederhana dengannya..WALLAHU A'ALAM..
(Dipetik daripada Ahmad Muhsin bin Abd. Majid)
Selasa, Disember 23, 2008
Tanpa Nama
Kemuliaan Lelaki Yang Menutup Aurat
Tidak sepertimana wanita yang diwajibkan menutup aurat atas sebab bg menjaga faraj mereka, kaum lelaki disyariatkan agar menutup aurat bagi membezakan antara lelaki muslim dan lelaki yang kaafir, antara manusia dan haiwan, antara orang yang bermaruah dan tidak, antara orang yang berakal dan tidak, antara orang yang ingin ke syurga dan yang ingin ke neraka. perintah menutup aurat bagimu wahai saudara-saudara musliminku sekalian bertujuan untuk memberi kemuliaan kepada kita sebagai khalifah di muka bumi ini. adakah mungkin bagi makhluk yang tinggi darjatnya seperti manusia berperwatakan seperti haiwan-haiwan yang tiada dikurniakan akal kepada mereka. renungkanlah tentang perkara ini wahai saudara seagamaku sekalian...WALLAHU A'LAM
(Dipetik daripada Ketua Badar 0607)













