BERTAUBATLAH DAN LAKUKANLAH AMAL SOLEH

"Demi zatKu yang Mulia, Aku bersumpah demi Bukit Thur, demi kitab Al-Quran yang tersusun, demi lembaran-lembaran yang disebarkan, demi Baitul Makmur(tempat bertawaf para malaikat), demi bumbung yang dinaikkan(langit), demi lautan yang berbahang-bahang, Aku tak mungkin bersumpah tentang neraka kecuali mereka yang kafir, suka mengumpat, suka melaga-lagakan orang, orang yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang riyak, orang yang tidak membayar zakat, orang yang suka berzina, orang yang suka memakan riba, peminum-peminum arak, orang yang menzalimi anak-anak yatim, orang yang suka berdusta atau menipu, orang-orang jahat yang sentiasa menyakiti jiran kecuali MEREKA BERTAUBAT KEPADA ALLAH dan BERAMAL SOLEH ."

MARI BERMUJAHADAH !

Adapun orang yang bersungguh-sungguh untuk jalan Aku , maka Aku akan pastikan dia mendapat petunjuk Aku , yakni orang yang bersungguh-sungguh untuk bermujahadah .

JOM BERSYUKUR ! TIDAK MENGAPA , SIKIT PUN TAKKAN RUGI

Tidur sebenarnya adalah perjudian yang terbesar. Sebab itu bila bangun, saya rasa bersyukur. Sebab kalau Allah matikan saya masa tidur, saya sentiasa rasa saya akan bangun dengan berhadapankan neraka. Tetapi Allah bangunkan saya, tanda dia masih cinta. Maka siapakah yang bersyukur? Tetapi ramai yang alpa. Maka hari baru diisi lagi dengan ingkar dan dosa. "Sedikit sekali dari kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur." Surah Saba' ayat 13. -Hilal Asyraf-

DO WE REALLY WISH TO GO TO JANNAH ?

Jannah, imagine you and your father were in the same age . Imagine when you show off your book with no shame . Imagine the nights with the sahaba with their stories to entertain . Imagine Prophet Muhammad s.a.w knowing your name . Gardens underneath which rivers flow . A goal so far and yet so close . A journey worth taking for those who know . Tell me do you not wish to go for more? You forgot and He forgave . He gave you guidance and you still strayed . You ask for mercy that He gave and more and more and more .

DEATH IS INEVITABLE

When Azrael came to pick us up, what would we say ? Could we say " I 'm not ready yet. Another day please ? " or " No , no , no. Not a suitable time right now . " or " Hey, can't you see what I'm doing right now ?! Totally busy !" or " Relax , bro. Life is only once . Let's have fun ." People, living a life is totally difficult. So busy and full of stress. Lots of obstacles we need to face. But still, DEATH always awaits us. Every seconds and every minutes. So, make the very best preparations to face it ! Tomorrow could never be our day.

VIDEO MENARIK



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG SEKALIAN, PIHAK ADMIN SEDANG MENJALANKAN KERJA-KERJA MENGEMASKINI BLOG. HARAP MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN. TERIMA KASIH.

Mengembangkan Sayap Dakwah Qudwah Al-Hasanah


Assalamualaikum , kini Qudwah Al-Hasanah sudah berada di laman sosial Facebook. Segala maklumat yang dikemaskini di Blog Qudwah Al-Hasanah akan diberitahu di laman Qudwah Al-Hasanah di Facebook. Anda boleh untuk 'post' dan berkongsi maklumat dengan semua orang melalui laman ini.
Tinta Tamsil Penyubur Bi'ah Solehah. https://www.facebook.com/qudwahalhasanah

CINTA ITU FITRAH, COUPLE ITU PARAH


 
Argh. Pening. Sangat pening rasanya. Saban hari, semakin banyak drama-drama yang menjual kisah-kisah cinta murahan di televisyen. Bukan sahaja drama, kartun tatapan kanak-kanak kecil juga dimuatkan dengan elemen cinta antara lelaki dan perempuan. Begitu juga dengan novel-novel dan cerpen-cerpen yang memarakkan lagi rasa ingin berpasang-pasangan dengan memperindahkan kisah-kisah cinta antara sang pemuda dengan sang pemudi. Lebih teruk, bila elemen yang diutarakan berkaitan “couple islamik”. Aduh, ini semua ... terlalu memeningkan kepala.


Maka tidak hairanlah jika anak-anak muda kita yang baru setahun jagung sudah mula ber”couple”, bermain mesej dengan bukan mahram, dan berangan-angan hidup bahagia selama-lamanya dengan artis-artis yang langsung tidak mengenali mereka. Saya sendiri pernah terjumpa seorang bapa yang membawa anak kecil di klinik, saya kira, berumur kurang lima tahun. Kemudian, ada seorang ibu membawa anak kecilnya pula, tetapi perempuan. Dalam usaha si bapa untuk mendiamkan anaknya, bapanya berkata “Tu, tengok tu. Awek, awek”. Budak itu pun pergi sambil tersengih-sengih, “Nama awak cape?”. Aduh ... kasihan sungguh saya melihatkan budak kecil itu, diberikan didikan yang sebegitu rupa pada usia yang sebegitu muda.
Jujur, sebagai seorang remaja, saya juga mengakui pernah terlibat dengan cinta murah ini. Namun, mujur ditunjuk jalan oleh-Nya agar kembali bertaubat. Mujur juga tidak diberikan ujian berupa paras muka yang menggugah iman. Ahahah.

Tapi, masih ada yang cuba menjustifikasikan perbuatan mereka dengan cuba menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang tidak ada tujuan. Antara hujah-hujah yang sering kita dengar : 

“Perasaan cinta itu fitrah. Takkan Islam menghalang fitrah”
 
Memang lah, cinta itu fitrah. Islam itu tidak menghalang fitrah, malah menunjukkan jalan untuk memenuhi tuntutan fitrah itu. Maka, Islam mengajarkan kepada kita :

Dan kahwinkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui”   an-Nur, 24:32

Nampak, Allah dah sediakan jalan; kahwin. Maka mengapa pula mencari jalan lain selain daripada Allah dah tunjukkan? Dah diberi betis, nak peha? Amboi!

Barangsiapa mencari yang di balik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.” Al-Mukminuun, 23 : 7

Apa pula hikmahnya Allah melarang cinta antara lelaki dan perempuan di luar pernikahan? Banyak, antaranya, menjauhkan daripada perasaan kacau bilau dalam diri. Ingatlah, Allah sayangkan hamba-hambanya. Allah tidak mahu kita ditipu oleh “wanita-wanita pisau cukur” , mahupun “lelaki yang bermata senyap”. Perasaan cinta ini, jika tidak dijalankan dengan satu komitmen yang benar, macam-macam boleh berlaku. Kerana, “cinta itu buta”. Kita pun selalu dengar kisah-kisah mereka yang ditipu kekasih, ditinggalkan kekasih semata-mata kerana perempuan atau lelaki lain. Kemudian? Muncul kekacauan emosi hingga ada yang tidak boleh belajar, malah bunuh diri.

Pernah, saya dengar sendiri daripada senior saya, kawan-kawannya berbual-bual selepas bermain bola keranjang. Entah bagaimana, topik perbincangan menjadi,  “Kau nak pergi dating esok? Alah, risau apa. Kalau kau nak tau, tempat sekian sekian ni memang takde orang yang lalu. Kalau kau nak buat ape pun, takkan ada orang perasan. Kalaulah tiba-tiba dia mengandung, kau ugut je dia dengan cara sekian sekian”.

Pergh. Setelah mendengar perbualan itu, barulah saya faham mengapa seorang sheikh pernah berpesan kepada para wanita, “Andai kalian mendengar apa yang lelaki-lelaki itu bincangkan sesama mereka, pasti kamu berasa seram dan takut”. Mungkin ada yang merasakan diri mereka terlalu bijak untuk tertipu, tetapi ingatlah bahawa kes-kes penipuan ini bukan satu-satunya hikmah Allah melarang hubungan di luar pernikahan. Pastinya ada banyak lagi hikmahnya. Apa, kamu ingin mendakwa diri lebih bijak daripada Allah?

Katakanlah: "Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang agamamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit dan apa yang di bumi, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu?"” al-Hujurat, 49 : 16

“Tapi, cerita bertabur-tabur pasal kawin pun tak guna bang. Kami ni mana mampu kahwin lagi”
Nah, sekali lagi, Islam ada solusinya; pertunangan. Pernah seorang senior mengadu memendam rasa terhadap seorang wanita yang baik akhlaknya, malah seorang ustazah. Namun, mereka masih lagi merupakan mahasiswa dan mahasiswi, yang barangkali, belum mampu untuk bernikah. Maka, dia bertanya pada saya, bolehkah mereka bercouple?

Saya jawab padanya, “Kenapa nak kapel pulak? Tunang kan ada? Bertunang boleh kan?”
Nah, jika sudah memendam rasa pun, sudah ada caranya yang Islam tunjukkan; pertunangan. Selain itu, jika belum ada calon yang tertentu pula, nabi ada tunjukkan caranya dalam hadith baginda riwayat Bukhari dan Muslim : 

“Wahai orang muda, jika kamu mampu berkahwin maka hendaklah berkahwin kerana ia dapat menutup pandangan mata dan menjaga kehormatan dan sekiranya tidak mampu , hendaklah berpuasa, kerana ia merupakan perisai”

Maka bersabarlah. Ingat bahawa kebahagiaan dalam pernikahan itu datang daripada Allah, dan bagaimana ingin meminta daripada Allah jika pernikahan itu sendiri dimulakan dengan maksiat seperti couple dan sebagainya? Rasa cinta antara suami isteri itu kurniaan Allah, maka tidak hairanlah jika sepasang suami isteri yang berkahwin tanpa mengenali satu sama lain, boleh hidup bahagia tahap guling-guling tepi bukit penuh bunga-bunga.

Akhir kata ...
“Eh, cop! Dah kalau tak kapel, macam mana kita nak pilih pasangan kita tu baik atau tidak?”
Err ... sudah terlalu panjang artikel ini sebenarnya. Tidak mengapa, saya cuba jawabkan juga. Kita boleh meminta pendapat daripada kawan-kawan rapatnya ataupun ahli keluarganya mengenai perangainya. Selain itu, boleh diaturkan pertemuan yang dihadiri oleh ibu bapa untuk kedua-dua pihak mengenali sesama sendiri serba sedikit sebelum membuat keputusan. Tapi, paling penting, untuk mendapatkan pasangan yang baik, perlulah mendidik diri sendiri terlebih dahulu kerana firman Allah SWT :

dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik”  an-Nur, 24 : 26

Jika di akhirnya, andai jodoh tersebut tidak sebaik yang diharapkan, mungkin sekali kerana diri kita sendiri yang masih belum cukup baik. Andainya sebegitu, maka sama-samalah berusaha untuk perbaiki diri mengejar redha-Nya. Bukankah antara tujuan perkahwinan itu adalah untuk sama-sama memimpin tangan menuju cinta-Nya? <3

Hairan pula. Tiba-tiba, artikel ini menjadi artikel berkenaan baitul muslim. -__-‘’
Akhir kata, bersabarlah, dan berkorbanlah demi cinta Allah, demi cinta yang sejati, yang berkekalan hingga ke syurga. Ingat pesan baginda SAW

“Sesungguhnya tidak engkau meninggalkan sesuatu kerana takutkan Allah, melainkan Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik daripada itu”  - Hadith riwayat Ahmad

Tasawwur Islam : Apa Itu Islam

PENGERTIAN ISLAM

Islam adalah sebagai Ad-Din yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia yang terkandung di dalamnya aqidah, amalan-amalan dan hukum-hakam berhubungan dengan rohani dan jasmani, fardiyah dan jamai'yyah, agama dan politik dan segala urusan hidup di dunia dan akhirat. Secara khususnya, Islam sebagaimana yang dikemukakan oleh ulama'-ulama' berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah adalah :

"Bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa"

Firman Allah swt,

"Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa yang ada dilangit dan dibumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan"

[Ali Imran : 83]

Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kepada Allah swt ialah redha menerima agamaNya yang diiringi pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama yang diredhai Allah, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul a.s untuk disampaikan kepada manusia.

Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yang lengkap bagi mengatur  kehidupan  manusia dan menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw daripada Allah swt, disampaikan kepada manusia serta menyatakan apa yang dikatakan mengenai orang yang mengikut dan menentang sama ada dosa dan pahala.

Firman Allah swt,

"Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam, maka dia tidak akan diterima daripadanya dan di akhirat nanti, dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi"

[Ali-Imran : 85]

Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada Rasulnya saw, yang terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala berita yang disebut di dalam Al-Quran dan As-Sunnah adalah perintah untuk disampaikan kepada manusia. 

Firman Allah swt,

"Wahai Rasul, sampaikanah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintah itu) bererti kamu tidak menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari gangguan manusia"

Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya perkara-perkara yang berhubung aqidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.

Firman Allah swt:

"Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran di sisi tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka juga tidak berdukacita"

[Al-Baqarah : 112]

Islam dengan makna menyerah diri secara zahir sahaja, sekalipun dengan tidak ada iman di dalam hati. Islam yang seperti ini tidak memberi apa-apa kepada penganutnya.

Firman Allah swt,

"Orang Arab Badwi berkata : "kami telah beriman". Katakanlah kepada mereka : "Kamu belum beriman", tetapi katakanlah : "Kami telah Islam, kerana iman itu belum masuk kedalam hati-hati kamu"

[Al-Hujurat : 14]

Islam merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap manusia, iaitu :

  1. Dari manakah ia datang ?
  2. Mengapakah ia dijadikan ?
  3. Kemanakah ia dikembalikan ?

Jawapan soalan yang pertama terkandung di dalam Firman Allah di dalam Surah Al-Haj ayat 5, Surah Al-Mukminun ayat 12-14 dan Surah At-Tariq ayat 5.

Jawapan soalan yang kedua, "Mengapahkah ia dijadikan" terkandung di dalam Surah Az-Zariyat ayat 56.

Jawapn untuk soalan yang ketiga, "Ke manakah ia akan dikembalikan" ada di dalam Surah Al-Insyiqaq ayat 6, Surah Ar-Rum ayat 11, Surah Az-Zumar ayat 7, Surah An-Najm ayat 42 dan Surah Al-Alaq ayat 8. 

Islam merupakan penghayatan yang sebenar  bagi manusia, merupakan cahaya petunjuk dalam kehidupan, merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi, memperbaiki masyarakat dan jalan yang sebenar yang tidak mungkin sesat kepada sesiapa yang melaluinya.

sumber

JOM KITA ISTIGHFAR

Salaam anda semua,

Mengikut riwayat yang sahih, Rasulullah SAW beristighfar 70x dalam sehari! Saya ulang,TUJUH PULUH KALI dalam sehari. Sedangkan baginda adalah seorang yang maksum; diampunkan segala dosanya, past, present and future.

Kita...?

Uhmm..... Setakat 3x selepas solat fardhu, baru 15x sehari!

Ok, jom kita fikir. Saya ambil contoh aktiviti seharian saya. Berjalan ke masjid untuk solat jemaah, pergi balik paling cepat sepuluh minit. Andailah kata, satu istighfar lengkap (Astaghfirullah...wa a-tu bu-ilaih) mengambil masa 5 saat setiap satu (mengikut kiraan sendiri yang agak cepat). Dalam masa 5 minit..? Ok la, nak pakai kasut, nak tutup pintu, nak bukak kasut balik bila dah sampai masjid... Jadikan 3 minit la. Dalam 3 minit ada 180 saat. Maknanya, dalam perjalanan nak ke masjid tu, dah boleh beristighfar sebanyak kurang lebih 36x! Pergi balik = 72x! Subhanallah...

Kalau diamalkan untuk setiap solat fardhu, Insha-Allah dah dapat 360x istighfar! Wow...!!

Tu baru pergi masjid. Belum duduk dalam tube nak pergi kelas lagi! Misal lah kata ada 10 minit free duduk dalam tube tak buat ape, dalam perjalanan pergi ke universiti. Kalau pergi balik dah digunakan semata-mata untuk beristighfar, dah boleh dapat 240x istighfar! Best kan...?? Campur dengan yang istighfar pergi balik masjid tadi, dah jadi 600x...! Subhanallah... Susah ke...?

Tapi, bukanlah maknanya saya nak kata, kena istighfar sahaja sepanjang masa tak buat benda lain. Kalau ada benda lain yang berfaedah dah boleh mendatangkan pahala, silalah sila, jangan malu-malu. Cuma... Kebanyakan masa kita digunakan untuk buat benda-benda tak senonoh, yang banyak mendatangkan dosa! Betul tak...??

So jom kita istighfar sama-sama! Jom kita hapuskan dosa-dosa kecil kita yang menggelapkan hati ni! Jom kita buang semua dosa-dosa kita yang dah bertimbun ni..!


"Astaghfirullahal adzim. Alladzi la-ila ha-illa, hu-wal hayyul qayyum wa a-tu bu-ilaih..."

"Aku memohom ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat kepadaMu."


Senang je kan...? =)

Jom jom jom kita istighfar!

Persona 4 - The Ultimate XD

“Jangan ingat gamer tak boleh berdakwah! (:P) 

Assalamuaikum sahabat~ 
Setelah lama belog QH ni tidak diupdate, akhirnya Rossiluna gagahkan juga pakcik otak untuk memerah idea yang memang sudah sedia tandus. Cik mata dua pasang ini sudah lama terglue pada skrin laptop, mulut ternganga, jari-jemari kaku, tidak tahu hendak menaip bondo. Muncul mentol menyala. Baiklah, Rossiluna nak taip artikel tentang..
Persona 4.

Rasanya ramai tak antara sahabat-sahabat Rossiluna yang pernah main@dengar pasal game ni?

Hah. Rossiluna tidak kira, tahu atau tidak,  Rossiluna tetap hendak cerita juga.

Baiklah~  Dalam game ini, ada satu sistem namanya Social Link.
Social Link ialah pergaulan protagonis dengan masyarakat sekeliling. Ada banyak rank dalam Social Link. Maksudnya, setiap kali jumpa dengan seorang makcik contohnya, kita perlulah membuat pilihan kata yang tepat untuk dicakapkan kepada makcik tersebut. Kalau kita cakap benda yang tidak menyenangkan hati, rank kita tidak akan naik. Hubungan setakat itu sahajalah. Dan Social Link mempunyai impak besar terhadap kemampuan kita ketika bertarung. Kalau kita buat tidak kisah sahaja terhadap Social Link, jangan haraplah hendak berjaya mengalahkan raksasa-raksasa dalam game.

Simple bukan?
Tetapi sedar tak, yang Social Link mengajar kita tentang sesuatu?

Tentang betapa pentingnya HABLUMINANNAS (menjaga hubungan dengan manusia)

Bukankah ALLAH pernah berfirman,

“Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri,”

Cuba kita muhasabah diri kita semula.

Adakah kita mencintai sahabat kita seperti itu? Mungkin, ramai yang akan menjawab ya.
Kalau begitu, apa buktinya?
Kalau cinta, kenapa dibiarkan sahabat bergelumang melakukan dosa?
Kalau sayang, kenapa dibiarkan sahabat terkontang-kanting mencari cahaya?
Kenapa?
Malah, ada yang berbangga bila dapat berkawan dengan kawan yang berani melanggar undang-undang. Tidak kiralah undang-undang dunia atau undang-undang ALLAH.

Adakah kita sudah dikira beriman dengan sikap sebegini rupa?
Alangkah indahnya jika ada sesuatu yang dapat menunjukkan kita apa yang salah dan apa yang betul.
Memang ada pun sebenarnya. Kerana itulah peranan iman yang sebetulnya.
Tapi untuk mencapai tahap iman sebegitu hebat, mampukah kita?
Dan di sinilah sahabat memainkan wataknya. Memberi peringatan kepada kita.
Benar, sukar mencari sahabat sebegini.
Tapi, tidak salah bukan, jika kita yang menjadi sahabat dambaan jiwa?
Jika kita yang menjadi sahabat dunia akhirat?

Persiapkanlah diri kita untuk menjadi sahabat yang betul-betul sahabat.
Kerana itulah tanda kita mencintai saudara kita.
Hatta jika dia dihumban ke neraka sekalipun, kita masih ada.
Kitalah yang akan menjadi penyelamatnya, menariknya keluar daripada habang maut neraka.
Memimpin tangannya meniti titian sirat.
Sentiasa bersama hingga ke syurga. :)